Wednesday, 25 October 2017

[Video 'Senior sekolah' jemput Jho Low pulang makan nasi kandar] Polis sudah tutup siasatan terhadap Jho Low, kata Zahid.

Rabu, 25 Oktober 2017

Image result for Gambar nasi kandar

Polis sudah tutup siasatan terhadap Jho Low, kata Zahid

Polis sudah tutup siasatan terhadap Jho Low, kata Zahid

Jho Low (kanan) adalah orang utama dalam skandal kewangan rentas negara, 1MDB. Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengatakan yang siasatan polis terhadapnya sudah ditutup. – Gambar AFP, 23 Oktober, 2017.

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) sudah menutup siasatan ke atas ahli perniagaan Low Taek Jho kata Timbalan Perdana Menteri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Kerana itu persoalan untuk mendapatkan bantuan Interpol bagi mencari Low, yang juga dikenali sebagai Jho Low tidak timbul, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
"Jawapan timbalan perdana menteri ketika di sidang Parlimen pagi ini ke atas soalan tambahan Ahli Parlimen Gombak (Azmin Ali) jelas menyatakan bahawa tiada kes untuk disabitkan (terhadap Jho Low)," kata kenyataan itu.
"Pejabat Timbalan Perdana Menteri menafikan secara tegas laporan yang dibuat oleh beberapa media sosial yang telah memanipulasikan jawapan Timbalan Perdana Menteri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa PDRM sedang meminta bantuan Interpol bagi menjejak ahli Perniagaan Jho Low."
Awal hari ini, dilaporkan yang Malaysia sudah meminta bantuan Interpol untuk membantu mengesan Jho Low yang dikenalpasti sebagai dalang penting dalam skandal kewangan rentas negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Laporan menyebut kenyataan itu dikeluarkan Zahid ketika menjawab soalan Azmin Ali di Dewan Rakyat pagi tadi.
Azmin bertanyakan timbalan perdana menteri itu yang juga merupakan menteri dalam negeri jika Interpol membantu Malaysia mengesan Jho Low.
Jho Low adalah seorang ahli perniagaan Malaysia dan penerima pelbagai aset yang didakwa Jabatan Kehakiman Negara AS dibeli menggunakan wang dirompak daripada 1MDB.
Persoalan tentang di mana Jho Low sudah timbul sejak 2015 lagi.
Kementerian Dalam Negeri dalam jawapan bertulis mengatakan ia tidak berjaya mengesan beberapa individu yang dihendaki bagi membantu siasatan 1MDB, termasuk Jho Low.
Kementerian juga mengatakan yang Interpol juga gagal mengenalpasti di mana Low dan individu lain yang dikaitkan dengan skandal 1MDB. – 23 Oktober, 2017.
The Malaysian Insight.


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena