Saturday 14 October 2017

[Video SPRM tak boleh tangkap PM?] Pegawai kanan SPRM dituduh 'pikat’ bini orang? Dr Mahathir: Najib musuh negara! "Hari ini, SPRM rajin ke Sabah dan tangkap orang, tetapi penyangak terbesar tiada apa-apa siasatan."

Ahad, 15 Oktober 2017

Pegawai kanan SPRM dituduh 'pikat’ bini orang?
Sebuah laporan polis difailkan bagi mendesak agar siasatan dijalankan ke atas dakwaan bahawa seorang pegawai kanan SPRM cuba memikat isteri orang, yang merupakan satu kesalahan jenayah.
Menurut ahbar berbahasa Cina Sin Chew Daily, laporan itu difailkan oleh seorang ahli perniagaan berusia 37 tahun, dengan ibu pejabat polis daerah Wangsa Maju, pada Selasa lalu.


Akhbar itu memetik Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif sebagai berkata, kes dirujuk kepada Bukit Aman.
Menurut laporan berkenaan, pengadu menyedari perkara itu apabila menonton sebuah rakaman video di YouTube.
Pengadu mendakwa bahawa wanita itu mempunyai dua orang anak dan pasangan itu bercerai September lalu berikutan pembabitan orang ketiga dalam perkahwinan tersebut.
Dalam usaha menyindirnya, video itu juga memaparkan ucapan pegawai SPRM berkenaan.
Kes berkenaan boleh disiasat mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan atas tuduhan “memikat atau membawa pergi atau menahan seseorang perempuan yang bersuami dengan tujuan untuk mengadakan hubungan seks .”
Pesalah boleh dipenjara sehingga dua tahun, dikenakan denda atau kedua-duanya sekali.
Pertuduhan itu tercetus ketika SPRM, di bawah kepimpinan Ketua Pesuruhjaya Tan Sri Dzulkifli Ahmad, memperhebatkan kempen membanteras rasuah ke atas penjawat awam dan ahli politik.
Kes berprofil tinggi terbaru membabitkan siasatan SPRM ke atas penyelewengan dana untuk projek-projek pembangunan luar bandar di Sabah.
Selasa lalu, SPRM menahan adik kepada bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berhubung kes itu. Spekulasi tersebar bekas naib presiden Umno itu  adalah sasaran seterusnya.
Shafie, yang digugurkan sebagai menteri pada tahun 2015 berikutan pandangannya yang kritis terhadap 1MDB, kini mengetuai parti pembangkang Parti Warisan Sabah yang berpangkalan di Sabah.
malaysiakini.


Najib musuh negara, kata Dr Mahathir

Di hadapan kira-kira 8,000 hadirin himpunan anti-kleptokrat, Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) menggelarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai "musuh negara".
Beliau mendakwa, Malaysia yang satu ketika dahulu dipandang tinggi di peringkat antarabangsa sudah mendapat imej buruk, yang didakwanya berpunca daripada pentadbiran Najib.
"Najib sebenarnya adalah musuh negara. Di mana-mana kita pergi, (orang) bertanya apa sudah jadi pada negara kamu.
Dulu mereka pandang tinggi Malaysia, anggap Malaysia negara contoh," kata bekas perdana menteri itu dalam ucapan penutupnya.
Mahathir berikrar HARAPAN akan menjadikan Malaysia kembali "mulia" dan menjadi antara 10 negara paling bersih di dunia menjelang 2030, jika mereka berjaya mentadbir negara.
Mahathir berkata, HARAPAN akan mengambil lima langkah antirasuah bagi masa 100 hari mentadbir negara, antaranya menangkap "Malaysian Official 1", menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat dakwaan penyelewengan 1MDB dan Felda dan menubuhkan badan bebas untuk mengembalikan aset rakyat yang diselewengkan.
SPRM akan dijadikan badan bebas dan diletakkan di bawah Parlimen dan amalan rundingan terus bagi kontrak kerajaan juga akan dihapuskan, katanya lagi.
Beliau mengkritik Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Dzulkifli Ahmad yang menurutnya berbohong apabila mengatakan badan itu berusaha membanteras rasuah.
"Hari ini, SPRM rajin ke Sabah dan tangkap orang, tetapi penyangak terbesar tiada apa-apa siasatan."
Beliau merujuk tangkapan beberapa pemimpin Umno dan Parti Warisan Sabah (WARISAN) berhubung dakwaan penyelewengan dana yang sepatutnya dilaksanakan Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, sebelum pemecatan Datuk Seri Shafie Apdal daripada portfolio itu ketika rombakan kabinet pada 2015.
"Selagi tiada siasatan terhadap RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Najib...tak usahlah Dzulkifli nak kaburi mata rakyat kononnya dia cergas menghalang (rasuah)," katanya lagi.
Najib sebelum ini menafikan dakwaan itu, manakala Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali telah membersihkannya daripada sebarang kesalahan berhubung dakwaan itu.
Mahathir menyifatkan siasatan SPRM di Sabah sebagai usaha melemahkan pembangkang.
"Tetapi kami tidak akan gentar dan akan terus memperjuangkan rakyat," katanya.

malaysiakini.

1 comments:

Unknown said...

Salam sejahtera!
Nama saya Dewi Rumapea, saya berasal dari kota SEMARANG, Indonesia. Saya ingin menggunakan medium ini untuk memaklumkan semua dalam kumpulan ini mencari pinjaman yang sangat berhati-hati kerana ada penipuan di mana-mana. Beberapa bulan yang lalu, saya secara kewangan turun dan saya memutuskan untuk mendapatkan pinjaman dari Man di Malaysia dan saya tertipu oleh pemberi pinjaman palsu di Malaysia. Saya hampir kehilangan harapan sehingga seorang kawan saya merujuk saya kepada pemberi pinjaman yang sangat dipercayai dan tulen yang dipanggil Puan Glory, seorang pemberi pinjaman swasta yang meminjamkan saya pinjaman sebanyak Rp500,000,000 tanpa tekanan, pada kadar faedah 2% yang merupakan kadar yang berpatutan untuk saya.

Selepas memindahkan kredit saya ke akaun bank saya, saya sangat terkejut apabila saya menyemak baki akaun bank saya dan mendapati bahawa jumlah saya memohon, telah dipindahkan terus ke akaun saya, oleh puan Glory, tanpa berlengah-lengah. Jadi saya berjanji kepada puan Glory bahawa saya akan berkongsi berita baik agar orang ramai mendapat pinjaman mudah tanpa tekanan. Jadi, jika anda memerlukan sebarang pinjaman, sila hubungi Puan Glory melalui email: gloryloanfirm@gmail.com

Saya menggunakan masa ini untuk memaklumkan kepada anda semua bahawa anda boleh menghubungi saya melalui e-mel saya: dewiputeri9@gmail.com atau anda boleh menghubungi Nur Izzatul Azira Ismail, dari Malaysia yang memperkenalkan saya dan memberitahu saya mengenai Puan Glory, Dia juga mendapat pinjaman dari Puan Glory, Anda juga boleh menghubunginya melalui e-mel: utariwirmayaty@gmail.com Kini, semua yang saya lakukan adalah cuba untuk memenuhi pembayaran pinjaman saya yang saya hantar terus ke akaun bulanan.

Nota: Tiada yuran insurans, yuran pendaftaran atau yuran pemindahan.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Allah SWT kerana menggunakan puan Glory untuk mengubah kisah kewangan saya dan kini saya seorang pemilik perniagaan saya yang bangga, semoga Allah terus memberkati Puan Glory dan terus menggunakannya untuk membantu kita semua dalam kesulitan kewangan

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena