Monday, 30 October 2017

[Video Mansuh tol: MP UMNO, pembangkang bertikam lidah] Editor S'wak Report dakwa saman Hadi untuk lindungi Najib.

Isnin, 30 Oktober 2017

Image result for Gambar tol
Gambar Seorang Penunggang Motosikal Gigih Bayar Tol Jadi Tular

Editor S'wak Report dakwa saman Hadi untuk lindungi Najib


Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown mendakwa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berpakat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan memfailkan saman fitnah terhadapnya.
Menurut kenyataan pembelaannya yang dilihat Malaysiakini, beliau berkata saman tersebut bertujuan untuk mencemarkan namanya, Sarawak Report dan "kempen absah" laman itu untuk menyingkirkan Najib dan menegakkan keadilan.
Pada April lalu, Hadi memfailkan saman terhadap Rewcastle-Brown atas artikel komentar yang disiarkan Sarawak Report yang mendakwa Najib telah menyalurkan dana berjumlah RM90 juta kepada PAS.
Berdasarkan dokumen mahkamah, hujah pembelaan Rewcastle-Brown berdasarkan Seksyen 3 Akta Fitnah 2013 United Kingdom, yang menyatakan adalah satu pembelaan kepada tindakan fitnah jika kenyataan yang dikeluarkan berkaitan kepentingan awam.
Dengan mengambil kira perkara itu, kenyataan pembelaan Rewcastle-Brown menerangkan secara panjang lebar rentetan peristiwa, berdasarkan sisi pandangnya, seputar skandal 1MDB dan bagaimana ia berkait dengan penglibatan politik Najib, termasuk PAS.
Beliau juga memfailkan tuntutan balas terhadap Hadi ekoran gangguan yang dikatakan dihadapinya selepas dua laman web menerbitkan artikel yang menyatakan butiran saman fitnah oleh Hadi.
Beliau mendakwa Hadi atau ejennya merupakan pihak yang terlibat dalam penerbitan artikel itu, yang berniat memfitnah dan menyerangnya secara perkauman.
Dalam dokumen itu, Rewcastle-Brown juga menamakan bekas pengerusi Majlis Peguam Datuk S Ambiga sebagai sumbernya, berhubung dakwaan dana yang diberikan Najib kepada PAS.
Beliau juga berkata kenyataannya yang menjadi pertikaian itu tidak ditujukan secara langsung kepada Hadi atau mana-mana individu secara peribadi.
Sebelum ini, beliau dituduh terlibat dalam konspirasi menjatuhkan Najib yang diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad, dan menerima dana daripada bekas perdana menteri itu.
Beliau menafikan kedua-dua tuduhan tersebut.

Read more at https://www.malaysiakini.com

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena