Thursday 12 October 2017

[Video Zamihan diheret ke lembaga tatatertib JAKIM & Dr Rozaimi: Ahli sunnah ni luas jgn sempit sangat] Polis tahan Zamihan.

Khamis, 12 Oktober 2017



Polis tahan Zamihan

Presiden Persatuan Ahli Sunnah wal Jamaah (Aswaja) ditahan polis ekoran ceramahnya yang dikatakan mengkritik Sultan Johor berhubung isu kedai dobi mesra Muslim.
Ketika dihubungi Malaysiakini Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd mengesahkan penahanan Zamihan Mat Zin itu.
Katanya Zamihan ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di Kuala Lumpur kira-kira jam 3.50 petang tadi.
"Dia disiasat mengikut Akta Hasutan bersama Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.
Menurut Wan Ahmad Najmuddin penceramah yang pernah berkhidmat bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia serta Kementerian Dalam Negeri itu akan dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan kebenaran tahanan reman esok.
malaysiakini.

Zamihan turut diheret ke lembaga tatatertib Jakim

Di sebalik penafian, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan Zamihan Mat Zain sebagai pegawai kader mereka yang ditugaskan di Kementerian Dalam Negeri.
Ketua pengarahnya Tan Sri Datuk Othman Mustapha mengesahkan perkara itu dalam kenyataan media semalam, selepas kontroversi Zamihan mengkritik sultan Johor.
“Jakim memandang serius terhadap ceramah yang telah disampaikan oleh Ustaz Zamihan Mat Zain, pegawai kader Jakim di Kementerian Dalam Negeri yang kini ditempatkan di penjara Kajang,” katanya.

Sementara itu, semakan Malaysiakini di laman web Jakim mendedahkan bahawa Zamihan menyandang jawatan "pegawai hal ehwal Islam".

.
CERAMAH USTAZ ZAMIHAN MAT ZAIN YANG DIDAKWA MENGANDUNGI UNSUR KRITIKAN TERHADAP DYMM SULTAN JOHOR
1. Jakim memandang serius terhadap ceramah yang telah disampaikan oleh Ustaz Zamihan Mat Zain, pegawai kader Jakim di Kementerian Dalam Negeri yang kini ditempatkan di Penjara Kajang. Ceramah beliau yang telah dimuat naik dalam Youtube didakwa mengandungi unsur kritikan terhadap DYMM Sultan Johor.
2. Justeru, Jakim telah memanggil Ustaz Zamihan Mat Zain pada pagi tadi untuk mendapatkan penjelasan lanjut berkaitan perkara berkenaan. Jakim telah memutuskan untuk merujuk perkara ini kepada Lembaga Tatatertib untuk tindakan lanjut.
Sekian, dimaklumkan.
TAN SRI DATO’ HAJI OTHMAN
BIN MUSTAPHA
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kompleks Islam Putrajaya
11 Oktober 2017

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena