Thursday, 26 October 2017

[Video 'Selangor tak ada Umno, P Pinang pun tak dak Umno, tapi boleh jadi negeri termaju' - Azmin] Tun M: Saya tak kata 'Pahlawan Bugis' mencuri...yang saya kata ialah (Perdana Menteri) Najib mungkin berasal dari lanun Bugis.

Jumaat, 27 Oktober 2017

Pahlawan Bugis tidak mencuri, kata Dr Mahathir kepada Najib

Pahlawan Bugis tidak mencuri, kata Dr Mahathir kepada Najib 

Pengerusi Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohamad menegaskan beliau tidak menghina komuniti Bugis dengan menggelar mereka lanun. – Gambar fail The Malaysian Insight, 26 Oktober, 2017.

PAHLAWAN Bugis tidak mencuri, kata Pengerusi Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohamad hari ini merujuk kepada musuhnya Najib Razak, dan menegaskan beliau tidak menghina komuniti Bugis dengan menggelar mereka lanun. 
"Saya tidak pernah kata orang Bugis semuanya lanun. Yang saya kata ialah (perdana menteri) Najib (Razak) mungkin berasal dari lanun Bugis," kata bekas perdana menteri itu dalam posting terbaru di blognya.
Beliau turut menyertakan pautan video dalam satu ucapannya baru-baru ini yang mana beliau berkata, "Ya lah, mungkin kerana dia (Najib) berasal daripada lanun Bugis".
"Ucapan saya dituju kepada Najib yang sering mendakwa ia adalah pahlawan Bugis. Pahlawan Bugis tidak mencuri. Najib pencuri besar dan dikenali sebagai penyamun oleh seluruh dunia," kata Dr Mahathir.
Masyarakat Bugis di Malaysia mendesak Dr Mahathir untuk memohon maaf dan menarik balik kenyataan dari Dr Mahathir kerana menyifatkan mereka sebagai lanun.
Minggu lalu Persatuan Perpaduan Rumpun Bugis Melayu Malaysia (PPRBMM) yang berhimpun secara aman di hadapan Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya sebagai membantah kenyataan bersifat perkauman tersebut.
Dr Mahathir, yang juga pengerusi parti pembangkang Bersatu, membuat kenyataan itu pada satu perhimpunan di Petaling Jaya sebagai maklum balas terhadap Najib yang sebelum ini sering mendakwa dirinya "pahlawan Bugis", yang tidak akan tunduk dengan kritikan bekas mentornya itu. 
Dr Mahathir merupakan bekas mentor Najib namun kini menentangnya kerana dakwaan penyelewengan membabitkan syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad dan pengurusan negara serta ekonomi. 
Dr Mahathir berkata masyarakat Bugis perlu berbangga dengan Najib yang menggelarkan dirinya pahlawan Bugis. 
"Apakah orang Bugis dapat menyambut baik bahawa penyamun ini seorang pahlawan berketurunan Bugis. Saya tidak fikir orang Bugis boleh berbangga dengan seorang penyangak mendakwa ia adalah pahlawan Bugis."  – 26 Oktober, 2017.
The Malaysian Insight

1 comments:

PAK RUSDI DI SEMARANG said...

Assalamualaikum wr.wb mohon maaf kepada teman teman jika postingan saya mengganggu anda namun apa yang saya tulis ini adalah kisah nyata dari saya dan kini saya sangat berterimah kasih banyak kepada Mbah Rawa Gumpala atas bantuan pesugihan putihnya tampa tumbal yang sebesar 15m kini kehidupa saya bersama keluarga sudah sangat jauh lebih baik dari sebelumnya,,saya sekaran bisa menjalanka usaha saya lagi seperti dahulu dan mudah mudahan usaha saya ini bisa sukses kembali dan bermanfaat juga bagi orang lain,,ini semua berkat bantuan Mbah Rawa Gumpala dan ucapa beliau tidak bisa diragukan lagi,bagi teman teman yang ingin dibantuh seperti saya dengan pesugihan putih bisa anda hubungi di no 085 316 106 111 jangan anda ragu untuk menghubuni beliau karna saya sud ah membuktikannya sendiri,karna Mbah tidak sama seperti dukun yang lain yang menghabiskan uang saja dan tidak ada bukti sedankan kalau beliau semuanya terbukti nyata dan sangat dipercay,,ini unkapan kisah nyata dari saya pak Rudi di semarang.Untuk lebih lenkapnya silahkan buka blok Mbah di šŸ£PESUGIHAN PUTIH TANPA TUMBALšŸ£

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena