Sunday, 29 October 2017

[Video PANAS!~Najib Nak BELI Muhyiddin Yassin?] #bajet2018 senyum atau sengih Najib? Najib patut profesional bentang Bajet 2018 sebagai menteri kewangan bukan pemimpin UmnoBN

Isnin, 30 Oktober 2017

Related image
#bajet2018 senyum atau sengih? apa yang dia nk sampaikan pon susah nak paham. pakai ler bahasa melayu yang mudah paham.
KETERANGKUMAN? KEPEDULIAN? SEGMEN?
Foto Kelab Che Det.

Najib patut profesional bentang Bajet 2018 sebagai menteri kewangan bukan pemimpin BN

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 7 Safar 1439H, Jumaat – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu bersikap lebih profesional dan menyedari kedudukannya sebagai Menteri Kewangan, dengan tidak melibatkan sebarang unsur-unsur bersifat politik ketika membentangkan Bajet 2018, petang tadi.
Penganalisis politik, Prof Madya Dr Mohd Noor Mat Yazid berkata, menerusi pembentangan bajet petang tadi, Najib dilihat tidak berdiri sebagai seorang menteri kewangan, sebaliknya meletakkan beliau sebagai pemimpin Barisan Nasional (BN).
“Di peringkat awal pembentangan itu lagi, beliau membangkitkan mengenai kenapa dirinya dikutuk dengan mengaitkan isu Bugis dan sebagainya, kemudian ia diakhiri pula dengan ucapan semangat dan berjuang untuk PRU14.
“Saya kira perkara sebegitu harus dikurangkan dalam pembentangan belanjawan kerana ia adalah bajet atas dasar kedudukannya sebagai menteri kewangan,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.
Ditanya adakah bajet kali ini dilihat untuk ‘memancing undi’, Dr Mat Yazid berkata, beliau tidak menolak kemungkinan wujud unsur-unsur tersebut memandangkan pilihan raya umum dijangka diadakan tidak lama lagi, apabila banyak pihak menerima manfaat daripadanya.
“Belanjawan ini dilihat positif untuk mereka yang berpendapatan kurang RM9,000, dan mereka juga mudah ditarik untuk memberi sokongan kepada pihak tertentu.
“Dan secara dasarnya darjah pemikiran mereka, bukan saya nak menafikan, tetapi pemikiran dan analisis mereka juga rendah serta mudah terpukau dengan bayaran-bayaran sebegini. Maka, sasaran itu sampai.
“Unsur-unsur pancing undi itu ada, cuma ianya tidak secara langsung kerana mungkin ada yang menerima tetapi tidak memberi kesan, khususnya mereka berpendapatan tinggi, ianya hanya memberi kesan kecil,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena