Tuesday, 24 October 2017

[Video Rafizi Ramli - Penyelewengan Felda Mengenai Hotel di London & Rafizi buat laporan polis] Penahanan Shafie bukti Umno-BN lancar serangan sebelum PRU14.

Rabu, 25 Oktober 2017


Image result for Gambar Shafie Apdal

Penahanan Shafie bukti Umno-BN lancar serangan sebelum PRU14

Penahanan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Shafie Afdal baru-baru ini tidak boleh dipandang ringan oleh seluruh rakyat dalam negara ini.
Malah ia merupakan antara rencana yang telah dilakarkan untuk diakses sepenuhnya menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang semakin hampir.
Dengan penuh ketakutan dan kebimbangan, Umno-BN akan terus menyerang dan menangkap lebih ramai pimpinan pembangkang yang mampu menggugat sokongan mereka.
Kamarudin Mohd Noor
Demikian dizahirkan oleh Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Kamarudin Mohd Noor ketika ditemui semasa majlis Jelajah Semarak Bersatu di Tebing Tinggi, Perlis.
Beliau berkata, rakyat jangan terpengaruh dengan setiap dakwaan yang sedang dipertontonkan oleh kerajaan pimpinan Umno-BN tatkala ini.
“Kenapa baru sekarang kerajaan menyedari adanya penyelewengan dalam kementerian yang diterajui oleh Shafei?
“Apakah sebelum ini belum ada audit dan laporan mengenai kepincangan semasa pentadbiran kementerian tersebut sejak Shafei menjadi menterinya.
“Yang menjadi persoalan ialah kenapa baru sekarang kerajaan menyedari adanya salah laku, setelah bekas menteri tersebut meninggalkan Umno dan kerajaan,” kata beliau.
Menurut Kamarudin lagi, kerajaan sepatutnya menyiasat setiap kementerian yang ada dan mengambil tindakan segera walaupun ianya melibatkan pimpinan Umno sendiri.
“Janganlah apabila sudah tidak bersama Umno dan kerajaan, barulah menyedari adanya salah laku.
“Sedangkan semasa memimpin kerajaan pun masih banyak kepincangan yang ada, sebaliknya tidak diambil tindakan seperti isu 1MDB dan juga RM2.6 bilion.
“Apa lagi mengenai isu penyelewengan dan skandal yang telah dibongkar sehinggalah ke peringkat Parlimen, tetapi ianya dengan mudah dinyahkan,” ujarnya lagi.
Beliau juga berkata, sebelum menjelangnya PRU14, ramai lagi senarai pemimpin yang ditakuti oleh BN akan disekat dan ditangkap.
“Mereka akan memberi tumpuan kepada pemimpin pembangkang khususnya Pakatan Harapan yang senantiasa membongkar kelemahan kerajaan yang memerintah.
“Kita menuntut kerajaan bersikap adil dan tidak ‘double standard’ dalam membuat pendakwaan.
“Buktikan kepada rakyat bahawa bukan bilis-bilis kecil saja yang ditangkap, sebaliknya jerung-jerung besar yang telah melahap ratusan juta ringgit juga mesti diambil tindakan dengan adil dan saksama,” katanya.
Tambahnya lagi, yang menjadi persoalan apakah kerajaan berani untuk mengheret mereka yang terlibat dengan dakwaan skandal 1MDB ke muka pengadilan.
Oleh kerana itu katanya, rakyat mesti segera membuka mata, menolak kerajaan kleptokrasi yang mencuri wang rakyat serta membuat perbandingan cara pendakwaan yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan pimpinan Umno-BN ketika ini.
Malaysia Dateline

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena