Sunday, 29 October 2017

[Video Dato Rashid PPBM: MALAYSIA BOLEH HANCUR angkara UmnoBN!] APA KHABAR KP SPRM? Di mana Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dzuklifli Ahmad ketika ini agaknya?

Isnin, 30 Oktober 2017
Related image

APA KHABAR KP SPRM?

Di mana Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dzuklifli Ahmad ketika ini agaknya?

Bagaimana keadaan dan apa khabar dirinya? 

Adakah beliau dalam keadaan sihat walafiat seperti selalu atau tidur pun tidak lena seperti dulu?

Adakah beliau sedang bercuti atau masih menjalankan tugas serta datang ke pejabat seperti biasa?

Jika sedang bercuti, adakah beliau berehat di rumah saja atau pergi  ke mana-mana destinasi?

Kalau ke mana-mana destinasi, pergi seorang diri atau bersama keluarga?

Masihkah ada lagi jemputan membaca khutbah diterimanya sejak kebelakangan ini?

Jika masih bertugas dan datang ke pejabat seperti biasa, kenapa senyap saja sedangkan sebelum ini beliau agak mesra dengan media dan rajin mengumumkan tangkapan demi tangkapan?

Adakah beliau sebagai ketua tetap memberi arahan seolah-olah tiada apa-apa yang mengganggu fikirannya?

Apa pula perkembangan siasatan pihak polis yang dipantau pasukan petugas khas terhadap dirinya?

Sudahkah beliau disiasat dan keterangannya diambil?

Agak-agaknya, apa pengakuan beliau kepada pihak polis berhubung video yang didakwa mengaitkannya itu?

Adakah beliau mungkin menafi atau mengakuinya?

Bila agaknya keseluruhan siasatan akan selesai?

Siapa yang akan mengumumkan hasil siasatan itu nanti - Ketua Polis Negara atau Peguam Negara?

Dalam pada itu, sehingga bila Dzulkifli sanggup mendiamkan diri dan tidak muncul di mana-mana, sedangkan beliau masih memegang jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM?

Apa bentuk intergriti seorang ketua kalau berterusan sebegitu?

Bukankah rakyat sedang memerhati?

Tidak teringankah beliau untuk berlaku jujur dan berundur sebelum penyiasatan pihak polis yang dipantau pasukan petugas khas berakhir dan mengumumkan hasilnya, demi semata-mata untuk menjaga nama baik SPRM? (ShahbudinHusin 29/10/2017)

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena