Tuesday, 31 October 2017

[Video Kemunculan Shafie di Parlimen selepas bebas & Mantap: Perbahasan DSSA di Parlimen hari ini] Hadi sanggup korbankan kemenangan PAS demi Najib, kata Dr Mahathir.

Selasa, 31 Oktober 2017


Image result for Foto Parti Warisan sabah

Hadi sanggup korban kemenangan PAS demi Najib, kata Dr Mahathir

Hadi sanggup korban kemenangan PAS demi Najib, kata Dr Mahathir


Dr Mahathir Mohamad mendakwa Presiden PAS, Abdul Hadi Awang akan melakukan apa sahaja termasuk menggunakan Islam walaupun perjuangan untuk melaksanakan hudud sudah terhenti. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 31 Oktober, 2017.

PRESIDEN PAS, Abdul Hadi Awang cuba melindungi rasuah dan penyelewengan Perdana Menteri Najib Razak dengan memastikan Umno menang pilihan raya akan datang.
Dan beliau akan terus melakukannya walaupun PAS kalah, kata bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menerusi tulisan di blognya chedet.cc hari ini.
Untuk mencapai matlamatnya, PAS akan menggunakan Islam walaupun perjuangan untuk melaksanakan hudud sudah terhenti.
"Tuntutan terhadap hudud PAS sudah digugur. Sekarang kononnya PAS akan bawa usul RUU 355. Berkali-kali usul ini ditangguh. Tetapi PAS masih mengguna usul ini untuk menarik sokongan politik bagi dirinya," kata pengerusi Bersatu itu.
"Inilah PAS. Sebelum adanya PAS orang Melayu bersatu dan bersaudara sebagai dituntut oleh agama mereka – agama Islam.
"Perpecahan dan permusuhan sesama orang Islam di Malaysia bermula dengan penubuhan parti PAS. Dianya tidaklah begitu buruk sehingga Hadi keluar Amanatnya."
"Hadi suruh saya bertaubat. Sebenarnya yang mesti bertaubat ialah Hadi sendiri," kata Dr Mahathir.
Hadi sebelum ini memberitahu pengerusi Bersatu itu agar bertaubat atas segala kerosakan yang berlaku di bawah pemerintahannya.
Beliau berkata Dr Mahathir tidak pernah mengakui atau meminta maaf kepada mereka yang terjejas ketika itu.
Dr Mahathir juga mempersoalkan apa hak pihak parti Islam itu untuk mengutuk mereka yang tidak menyertai parti itu sebagai kafir.
"Di mana dalam Quran atau hadis yang berkata hanya dengan menjadi ahli PAS sahaja barulah seseorang itu beragama Islam.
"Apakah 1.7 billion orang Islam diseluruh dunia bukan Islam kerana mereka tidak masuk parti PAS?" kata Dr Mahathir.
Beliau juga mendakwa "Amanat Hadi" menjadi faktor kepada kematian empat pegawai polis yang diserang penyokong Ibrahim Libya dalam tragedi Memali kerana amanat itu menganggap perjuangan menentang kerajaan sebagai "jihad" dan mereka yang meninggal dunia dalam memerangi pihak berkuasa akan dianggap sebagai mati syahid.
"Sesunguhnya Hadi melakukan banyak kerosakan terhadap agama Islam dan orang Islam di Malaysia. Perpecahan yang disebabkan Hadi telah melemahkan orang Islam.
"Saya sedar ramai pengikut Hadi telah bai’ah kepadanya. Mereka taksub kepadanya sehingga ajaran al-Quran dan hadis yang sahih pun diketepikan. Mereka sudah jadi puak assabiah yang terima sahaja apa yang didakwa oleh Hadi tanpa soal," katanya.
Pengerusi Pakatan Harapan itu sebelum ini mengatakan beliau mengalu-alukan suruhanjaya siasatan diraja terhadao insiden Memali pada 1985, yang berlaku semasa beliau menjadi perdana menteri tetapi ia perlu memberi tumpuan kepada "Amanat Hadi".
Tragedi Memali di Baling, Kedah, menyaksikan pertentangan antara pihak berkuasa dan orang awam, yang mengorbankan nyawa di kedua-dua pihak, termasuk polis dan pemimpin militan. – 31 Oktober, 2017.
The Malaysian Insight


0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena