Monday 9 October 2017

[Video Mat Sabu: Pemerintah Yang Zalim Perlu Di Tumbangkan & Kenapa Sabah jadi tumpuan Ini jawab bos SPRM] Kes seleweng RM1.5b: SPRM tahan 1 dari Warisan & 2 Ketua Pemuda Umno.

Selasa, 10 Oktober 2017


Image result for Foto Sayangi malaysia dan hapus kleptokrasi

Kes seleweng RM1.5b: SPRM tahan tiga pemimpin politik Sabah

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia menahan tiga pemimpin politik Sabah – dari Parti Warisan Sabah dan Umno, di Kota Kinabalu petang tadi bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyelewengan RM1.5 bilion dana persekutuan untuk projek pembangunan luar bandar di Sabah antara tahun 2009 dan 2015.
Mereka ialah Ketua Pemuda Warisan Azis Jamman; Ketua Pemuda Umno Bahagian Tenom Jamawi Jaafar; dan Ketua Pemuda Umno Bahagian Tawau Ariffin Kassim.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mengesahkan penahanan itu.
"Kesemua mereka ditahan pada 5 petang tadi di SPRM Kota Kinabalu dan SPRM Tawau.
"Ketiga-tiga mereka akan dibawa ke mahkamah esok untuk tujuan reman," kata SPRM dalam satu kenyataan ringkas.
Jamawi adalah juga Ketua Penerangan Pemuda Umno Malaysia dan pegawai khas kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia Salleh Said Keruak.
Penahanan Azis turut disahkan oleh Setiausaha Agung Warisan Loretto Padua kepada The Malaysian Insight.
"Azis ditahan di pejabat SPRM di Kota Kinabalu pukul 5 petang tadi," katanya.
Aziz, bekas ketua Pemuda Umno Semporna, keluar parti pada 2015 selepas ketua bahagian itu yang juga bekas naib presiden Umno Shafie Apdal meninggalkan parti dan kemudian menubuhkan Warisan.
Ini pemimpin kedua Warisan yang ditahan berhubung siasatan kes yang sama.
Naib Presiden Warisan Peter Anthony ditahan pada Khamis lepas dan dikenakan perintah reman selama lima hari sejak Jumaat.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Dzulkifli Ahmad sebelum itu memberitahu wartawan di Kuala Lumpur akan ada satu lagi tangkapan hari ini.
"Insya-Allah hari ini ada tangkapan lagi. Kita belum tangkap, dia tak tau lagi nanti," katanya.
Ditanya apakah suspek utama siasatan sudah ditahan, Dzulkifli menjawab: "Mana you tahu siapa suspek yang utama?"
Azis malam tadi dipanggil oleh SPRM untuk hadir ke pejabat agensi anti rasuah itu untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.
Beliau hadir di pejabat SPRM di Kota Kinabalu malam tadi selama lebih kurang 15 minit, lapor The Borneo Post, dan diminta hadir semula pada 10.30 pagi tadi.
"Kita akan memanggil siapa saja untuk membantu siasatan. Setakat ini, berdasarkan maklumat yang kita terima, selepas kes (Jabatan Air Sabah), kita dapat banyak maklumat berkenaan (siasatan sekarang).
"Kita sedang tumpu usaha kita pada kes ini," katanya.
Siasatan SPRM ini bertumpu pada peruntukan dana persekutuan berjumlah RM1.5 bilion yang didakwa diselewengkan daripada keseluruhan RM7.5 bilion bagi tujuan pembangunan infrastruktur luar bandar termasuk bekalan air dan elektrik di Sabah.
Timbalan Pesuruhjaya SPRM Azam Baki minggu lalu memberitahu wartawan kes yang sedang disiasat oleh agensi anti rasuah itu melibatkan 60 syarikat yang didakwa melakukan penyelewengan selama enam tahun kebelakangan.
Anthony yang juga pengarah sebuah syarikat, serta seorang ahli perniagaan ditahan reman selepas ditangkap setelah diambil keterangan mereka di pejabat SPRM di Kota Kinabalu pada Khamis.
Seorang bekas timbalan setiausaha sebuah jabatan di Kementerian Kemajuan Luar dan Wilayah ditahan reman enam hari oleh Mahkamah Majistret di Putrajaya.
SPRM sebelum ini membeku akaun bank bernilai RM180 juta yang dipercayai ada kaitan dengan siasatan.
Shafie sebelum ini dilaporkan nafi memiliki 15 syarikat yang sedang disiasat kerana bersubahat dengan pegawai kementerian itu untuk menyeleweng dana jutaan ringgit.
Katanya, siasatan SPRM ke atas kementerian yang pernah beliau ketuai itu "bermotifkan politik" dan merupakan satu percubaan untuk menghancurkan masa depan politiknya.
Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun menafikan penahanan pemimpin parti pembangkang dalam operasi anti rasuah terhadap kementerian itu di Sabah bermotifkan politik.
"Saya percaya kita telus dalam hal ini. Ia tidak berunsurkan politik," kata Zahid. – 9 Oktober, 2017.
The Malaysian Insight

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena