Showing posts with label Kepala bapak kau. Show all posts
Showing posts with label Kepala bapak kau. Show all posts

Saturday, 20 January 2018

[Video Najib 'Pelanun' Duit Rakyat Pecat Saya Sebab Takut Dedah Jenayah 1MDB] Baliklah ke pangkal jalan, kata anak Najib kepada Dr Mahathir, 'Kepala Bapak Kau' & ANAK NAJIB, PERGILAH NASIHATKAN BAPA KAMU TERLEBIH DULU!

Sabtu, 20 Januari 2018


Baliklah ke pangkal jalan, kata anak Najib kepada Dr Mahathir

Baliklah ke pangkal jalan, kata anak Najib kepada Dr Mahathir
Nazifuddin Najib, anak lelaki Najib Razak dalam satu catatan di akaun media sosialnya meminta Dr Mahathir kembali kepada Umno dan berada di belakang ayahnya jika benar negarawan itu mengenang legasi Perdana Menteri Kedua Malaysia Abdul Razak Hussein.– Gambar Facebook, 19 Januari, 2018.

NAZIFUDDIN Najib, anak lelaki Perdana Menteri Najib Razak malam ini memujuk musuh ayahnya, Dr Mahathir Mohamad untuk mengenang legasi Perdana Menteri Kedua Malaysia Abdul Razak Hussein dengan kembali kepada Umno.
Cucu Razak itu berkata jika Dr Mahathir benar-benar menghargai legasi Razak, beliau akan melindungi Najib seperti mana Najib mempertahankan Dr Mahathir ketika Krisis Umno 1987 yang menyebabkan parti orang Melayu itu diharamkan.
The Malaysian Insight.

ANAK NAJIB, PERGILAH NASIHATKAN BAPA KAMU TERLEBIH DULU!!!

Anak Najib Razak, Nazifuddin Najib hari ini tampil menasihatkan Tun Mahathir Mohamad agar kembali ke haluan yang dietapkan oleh datuknya, Allahyarham Tun Razak iaitu mempertahankan UMNO dan bukan menghancurkannya.

Kata beliau, Tun Razak membawa kembali Tun Mahathir menyertai UMNO setelah dipecat oleh Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj sebelum itu ialah untuk mengukuhkan dan mempertahankan parti itu, bukan bertindak sebaliknya.

Tun Mahathir, kembalilah ke pangkal jalan iaitu laluan yang Tun Razak telah rintis untukmu menjadi insan keempat berpeluang menjadi Perdana Menteri, kata Nazifuddin dalam catatan di Facebook miliknya.

Siapa pun yang membaca tulisan seorang anak ini pasti menyedari betapa terdesaknya Najib sekarang untuk menghadapi pilihanraya akan datang.

Tidak cukup dengan Najib sendiri membelasah dan menyindir Tun Mahathir, sekarang anak pula muncul meraih simpati dengan memainkan sentimen Tun Razak.

Bukan saja Najib sedar kuasanya sedang berada di hujung tanduk, malah anaknya sendiri seolah-olah dapat merasakan awan mendung sedang menyelubungi seluruh kepimpinan bapanya.

Bila pula Riza Aziz mahu tampil mempertahankan Najib?
Malangnya, sang anak ini terlalu naif agaknya untuk melihat realiti yang ada di depan matanya sendiri.

Kerosakan UMNO dan kerajaan hari ini seratus-peratus berpunca daripada bapanya sendiri, bukan disebabkan oleh Tun Mahathir.


Jika bapanya tidak dikuasai oleh Jho Low, tidak tebabit dalam skandal 1MDB, tiada kemasukan beribu-ribu juta ringgit wang ke dalam akaun peribadinya, saudara tirinya, Riza Aziz tidak tiba-tiba kaya dengan mampu menerbitkan filem dan membeli pelbagai hartanah mewah di luar negara, ibu tirinya Rosmah Mansor tidak bermewah dan membazir di sana sini, bukan saja Tun Mahathir, malah majoriti rakyat masih lagi menyokong UMNO dan kerajaan hingga ke hari ini.

Bapa kamulah Nazifuddin yang telah merosakkan UMNO dan negara ini. 

Bapa kamu jugalah yang sebenarnya melencong jauh daripada asas dan laluan yang telah dibina oleh Tun Razak, manakala Tun Mahathir terpaksa bangkit semula daripada persaraannya semata-mata untuk menyelamatkan negara.

Malah, apa yang dibina oleh Tun Mahathir selama 22 tahun sehingga nama Malaysia harum di seluruh dunia, kini telah bertukar busuk dan bernanah akibat kerakusan bapa kamu itu.

Tun Razak diketahui umum hidup sederhana dan tidak bermewah, jauh sekali membazir, tetapi bapa kamu dengan keluarganya sekarang hidup ibarat langit dengan bumi daripada teladan yang pernah ditunjukkan oleh bapanya sendiri.

Dalam hal ini, jika Tun Razak masih hidup, adakah beliau gembira dengan kehidupan dan kelakuan anaknya itu atau akan menangis melihatnya?

Kepada Nazifuddin, sebelum kamu pergi terlalu jauh mahu menasihatkan Tun Mahathir agar kembali ke laluan yang pernah ditetapkan oleh Tun Razak, eloklah kamu nasihatkan bapa kamu sendiri terlebih dahulu.

Ingatkanlah bapa kamu tentang etika dan cara hidup Tun Razak sebelum meminta Tun Mahathir melakukannya.
Najib adalah darah daging Tun Razak, berapa peratus ciri-ciri kepimpinan dan gaya hidup Tun Razak masih mengalir dalam tubuhnya sejak beliau menjadi Perdana Menteri dan sejak berkawan dengan Jho Low?
Kepada Nazifuddin, pergilah ke Seri Perdana dahulu dan nasihatkanlah bapa kamu yang sedang menghancurkan UMNO dan negara ini agar kembali ke pangkal jalan dan banyak ingatkan Tuhan.

Jika kamu tidak berupaya pergi ke Seri Perdana untuk menyampaikan nasihat itu, tulis saja di Facebook atau Twitter, sama seperti kamu nasihatkan Tun Mahathir ini. (ShahbudinHusin 19/01/2018)

Read More

Monday, 1 January 2018

[Video JANGAN GELAK~3 kata-kata Najib yang mengejutkan Amerika] Tahun Baru & Harga Baru? 2018: Tambang Feri Langkawi NAIK HARGA..."Kepala Bapak Kau" Dengar Teguran Dr. MAZA Ini.

Isnin, 1 Januari 2018



Image result for Gambar Feri Langkawi

Image result for Gambar Feri Langkawi
Bawa Kenderaan Sendiri ke Langkawi Menaiki Feri Baharu Jeti Kuala Perlis

2018 : Tambang Feri Langkawi NAIK HARGA

Fb Aduan Rakyat Kedah
Viral dari Whatsapp pagi ini Rakyat yang ke Langkawi mengeluh kerana harga tiket sudah naik berbeza dari kelmarin 31 Disember 2017.
Assalamualaikum untuk makluman semua :
TAMBANG BARU HARGA FERI KE LANGKAWI DARI KUALA KEDAH 2018
RM 23.00 naik RM 26.00 dewasa
RM 17.00 naik RM 20.00 kanak-kanak
TAMBANG BARU HARGA FERI DARI KUALA PERLIS KE LANGKAWI 2018 :
RM18.00 naik ke RM21.00 Dewasa
RM12.00 naik ke RM16.00 Kanak-Kanak
Tahun Baru & Harga Baru ???
#SapaMenangSapaSenang
#MuafakatBayarHargaTambangBaru

KDL.
Read More

Wednesday, 22 November 2017

[Video "Apa beliau buat di situ?" soal Gobind] JANGANLAH KECEWAKAN KAMI, KAK ROS! We love kak ros...We love kak ros...'Kepala Bapak Kau'!

Khamis, 23 November 2017

Image result for Kartun Zunar kepala bapak kamu

JANGANLAH KECEWAKAN KAMI, KAK ROS!!!

Kegembiraan menyambut penurunan harga minyak sebanyak 8 sen semalam, barangkali sedikit terganggu bagi majoriti rakyat negara ini apabila dalam masa yang sama, isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor mengumumkan beliau tidak berhasrat untuk bertanding dalam pilihanraya umum akan datang.

Pengumuman beliau  itu adalah berita sedihnya sebenarnya, malah difahamkan ramai yang menitiskan airmata dan hilang selera makan dibuatnya.

Ia adalah sesuatu yang tidak dijangka kerana hanya beberapa hari sebelum ini beliau ada mendedahkan bagaimana Najib sendiri meminta pandangannya mengenai tarikh yang sesuai untuk mengadakan pilihanraya.

Meskipun Rosmah menjawab, "I don't knowlah, I don't know politik" kepada pertanyaan Najib itu, tetapi itu adalah kerana sifat merendah diri dan tidak mahu menunjuk-nunjuk kepada umum akan kecerdikannya dari segi memberi pandangan.
Logiknya, jika tentang tarikh pilihanraya pun, Najib bertanyakan kepada Rosmah untuk meminta pandangan, tidak mustahil  banyak perkara lain juga dirujuknya kepada isteri kesayangannya itu.

Maka, siapakah kita mahu menafikan peranan Rosmah selama ini?
Dengan wibawa membangunkan Permata, berwatak tahan uji, sabar dan daya intelektual yang lebih tinggi berbanding kebanyakan menteri-menteri yang ada, keputusan Rosmah tidak mahu bertanding itu tentu saja suatu kerugian yang besar kepada UMNO dan negara.

Rosmah dipercayai bukan saja mampu menang di kawasan Parlimen yang sukar atau milik Pakatan Harapan, malah jika diberikan tanggungjawab menerajui kementerian pun....perghhh.....pasti jauh tertinggal menteri-menteri lain dibuatnya.

Lebih dari itu, dengan kesediaan Wanita UMNO sendiri menjemput beliau meraikan dan berucap di Majlis Tahunan Skuad Sayang, ia adalah gambaran jelas bahawa sayap wanita UMNO itu juga tidak ragu-ragu dalam mengiktiraf kemampuan dan kewibawaan Rosmah.
Sudah tentu, jika Rosmah bertanding dalam pilihanraya akan datang, seluruh kekuatan Wanita UMNO akan digerakkan untuk memastikan kemenangan cemerlangnya.

Tetapi, meskipun Rosmah telah membuat keputusannya sendiri, majoriti rakyat akan melonjak dan menangis gembira jika beliau sedia menimbang semula keputusannya itu.

Fikirkanlah semula ya Kak Ros!!

We Love Kak Ros...we love Kak Ros....we love Kak Ros!!

Hakikatnya, jika Rosmah bertanding dan BN kekal lagi berkuasa, beliau adalah paling layak menerajui Kementerian Kewangan selepas itu untuk negara menuju lebih kecemerlangan dari segi membangunkan ekonomi dan memberi kesejahteraan kepada rakyat.
Bayangkan betapa hebatnya ekonomi negara melonjak tahun depan selepas saja Rosmah membentangkan buat pertama kalinya Bajet 2019 yang pastinya pakar-pakar ekonomi pun tersentak dengan idea-idea luar kotak dan tidak terjangkau dek fikiran mereka selama ini.

Tun Mahathir Mohamad, Tun Daim Zainuddin dan Anwar Ibrahim pun jadi kelu lidah ketika itu.

Kiranya UMNO dan BN kalah pula, kebarangkaliannya ialah Najib dan Zahid Hamidi lebih selesa untuk berundur dan bersara terus daripada dunia politik. Tiada apa lagi yang perlu mereka kejar dalam hidup ini.

Ketika itu, Rosmah adalah paling sesuai untuk menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen untuk berlawan dengan kerajaan baru Pakatan Harapan.

Bermakna, sama ada BN kalah atau menang, Rosmah adalah permata yang kekal bergemerlapan dalam politik negara ini.

Oleh itu, bertandinglah Kak Ros dalam PRU 14 nanti....janganlah kecewakan kami hamba rakyat di bawah ini. (ShahbudinHusin 23/11/2017)

Image result for Kartun Zunar kepala bapak kamu
Read More

Sunday, 19 November 2017

[Video PAS Jangan Berbohong Kalau Nak Berkecuali dalam Parlimen & Aik, NGO pendesak melayu pon marah bajet Najib?] Sekali lagi - kepala bapak kau & Najib terus dikepung. Najib terus diasak. Najib terus terpinggir.

Ahad, 19 November 2017


Pasar Peduli di Bandar Tasik Kesuma.
Foto Parti Amanah Negara.
Ustaz Hasanuddin, Naib Presiden AMANAH dalam program Pasar Peduli di Bandar Tasik Kesuma. Usaha membantu meringankan bebanan kos kehidupan.

Foto Parti Amanah Negara.

Foto Parti Amanah Negara.

Foto Parti Amanah Negara.

Sekali lagi - kepala bapak kau.

Najib terus dikepung. Najib terus diasak. Najib terus terpinggir. Suara menuntut Najib dinyahkan semakin nyaring. Gerakan nyah Najib semakin merebak. Gerakan ini sedang berjalan dalam dan juga di luar negara.
Sentimen nyah Najib ini telah berjaya menjalar masuk ke lubang telinga ahli parti United Malays National Organisation. Ini jelas sedang berlaku.
Secara senyap-senyap ahli parti telah mula 'berbisik-bisik' sesama sendiri. Sohseh sohseh tung tang tung tang telah mula kedengaran. Najib ini dikatakan lebih banyak membawa bala dari membawa laba. Najib ini akan menjadi beban penolak undi dalam PRU14 nanti.
Bukan sahaja undi bukan Melayu yang menolak Najib. Kes Najib yang bertampuk-tampuk ini telah juga menghakis banyak undi Melayu. Ini dibuktikan dengan tertubuhnya parti BERSATU.
Kalau Parti Keadilan Nasional wujud pada tahun 1999 bermula dengan bencikan Mahathir yang membuang Anwar, BERSATU pula lahir pada tahun 2017 kerana bencikan Najib yang didakwa mencuri duit.
Ahli-ahli parti United Malays National Organisation dalam gelak hilai berseloroh tentang betapa beratnya memikul beban Rosmah di mata pengundi. Kini ditambah pula dengan beban memikul seorang yang didakwa mencuri.
Tetiba sebuah laman pro parti ketuanan Melayu telah menulis berita dalam Bahasa Inggeris - Kepala Bapak Building Gateway Home on Koh Samui Island. Apakah makna tulisan - Kepala Bapak Membuat Rumah untuk Lari di Pulau Koh Samui? Apakah Kepala Bapak telah bersedia hendak lari. Kenapa lari ke Siam tidak ke Shanghai?
Sayangnya berita ini belum sempat dipungut oleh Malaysian Insider atau Malaysiakini telah menjadi 404 - hilang lesap. Bila dicari tajuk berita ini Lebai Google akan menjawab - Sorry the page you were looking for in this blog does not existKhalas. Apakah dedak telah bertukar tangan? Walahhualam.
Sesiapa pun yang diserang bertalu-talu seperti ini akan berjiwa kacau. Jiwa kacau akan melahirkan sakit jiwa. Sakit jiwa ini telah dimanifestasikan dengan jeritan - "kepala bapak kau".
Sebenarnya sesiapa pun boleh menjeritkan "kepala bapak kau". Malah jeritan ini bukan satu yang baru atau satu yang unik. Ia juga bukan jeritan sakral. Tetapi apabila Najib menjeritkan "kepala bapak kau", ia membawa makna lain.
Malah tempat si Najib menjeritkan "kepala bapak kau" ini juga wajib difahami dan diteliti.
Hakikatnya, "kepala bapak kau" ini adalah jeritan orang sakit jiwa. Ini tanda-tanda sakit jiwa yang maha sangat. Jika seseorang tidak sakit jiwa, dia tidak akan menjerit. Sosok yang dilamun kebahagiaan akan tersenyum lebar hingga ke telinga.
Saya tidak perlu mengulangi kembali kenyataan Jabatan Keadilan Amerika (DOJ) atau kenyataan peguam negara Switzerland. Atau berkisah tentang kes Scorpene Najib yang telah bermula di mahkamah Paris. Atau kes jenayah 1MDB di mahkamah Los Angles. Atau kes tertangkap, tertuduh dan terpenjara beberapa orang pegawai bank di Singapura. Semua ini telah beberapa kali kali saya tulis.
Telan Prozac
Semua ini pasti menyesakkan nafas Najib. Semua ini pasti menjadikan jiwa kacau. Dalam keadaan sedemikian saya yang tidak berijazah dalam bidang kedoktoran tidak dapat membantu apa-apa.
Kalau kena migrain saya tahu jawabnya ialah Panadol. Kalau diserang sakit jiwa saya hanya mendengar khabar bahawa Prozac boleh membantu. Berapa botol Prozac wajib ditelan hanya Guru Nanak sahaja yang maha mengetahui.
Kemudian muncul lagi babak terkini. Babak ini amat amat menarik. Ini babak baru. Bukan babak akhir atau babak penutup. Maksud saya ini babak Najib melawat Vietnam untuk Persidangan APEC yang baru berlangsung pada 10-11 November 2017.
Apa yang menarik media dunia ialah kehadiran presiden Trump di Vietnam. Presiden Trump yang sedang dipertikaikan kewarasannya terus menjadi sasaran untuk digodam oleh media.
Dalam parlimen apabila Najib ditanya tentang 'kejayaan lawatan' ke Rumah Putih. Si Najib dengan bangganya mengatakan bahawa ketika melawat Rumah Putih, dia telah bermain golf dengan Trump.
Ini betul-betul labun mat temberang. Sebenarnya Najib main golf dengan Trump sebelum Trump menjadi Presiden. Ketika itu Trump akan main golf dengan sesiapa sahaja termasuk dengan Lokman Adam jika Lokman Adam boleh membawa peluang perniagaan.
Kerana itu tidak ada gambar Najib main Golf dengan Trump ditularkan. Jika ada pasti gambar resmi akan dikeluarkan oleh Rumah Putih.
Di Amerika ketika ini jika Trump terkentut pun pasti akan jadi berita. Bayangkan jika Trump main Golf dengan Najib, satu padang golf itu akan dipenuhi oleh media Amerika. Van stesen TV, helikopter dan drone media pasti sibuk cuba membuat 'breaking news'. Ini berita paling 'hot' di Amerika - Presiden Amerika bermain golf dengan 'pencuri'.
Najib melabun. Melabun, berbohong dan membuat temberang adalah juga ciri dan pola-pola serangan sakit jiwa.
Pada Jumaat 10 November sebelum Persidangan Apec bermula, harian The Guardian London telah membuat berita mengenai lawatan Trump ke Asia. Tajuk: Trump's tricky talks: Five world leaders meeting to watch at Apec summit.

Salah seorang dari lima pemimpin itu ialah Najib. Dalam kes Najib media dunia telah diberi ingatan untuk memerhati bagaimana Trump akan cuba mengelak dari dilihat terlalu ramah dengan Najib.
Media dunia dikatakann telah diberi tahu lebih awal tentang bagaimana Najib akan cuba 'masuk frame' untuk dilihat mesra dengan Trump. Najib akan cuba masuk frame dengan tujuan agar media dunia melihat bahawa kes dakwaan curi duit 1MDB tidak mengganggu hubungan dirinya dengan Trump.
Pada hemat saya, laporan The Guardian ini adalah bukti agenda nyah Najib dari luar negara. Jika tidak yakin apa yang saya tulis ini sila rujuk kepada The Guardian London. Saya bukan penjaja tohmah atau fitnah.
Klip dari TV Vietnam
Saya menimbulkan berita dari The Guardian ini kerana ada satu klip dari TV Vietnam telah menular. Ini gambar jamuan makan malam di akhir persidangan APEC. Tetamu negara semuanya telah siap siaga duduk bersembang. Tetiba masuk Rosmah dan Najib.

Presiden Jokowi, Putin dan Xi Jin Ping sedang bersembang. Najib melintasi sebelah belakang Trump. Tapi sayangnya Si Trump ini tidak ambil pot. Malah seperti biasa Trump berpeluk tubuh. Ini betul-betul bahasa badan yang kurang ajar.

Setelah melihat klip ini saya terfikir betulkah Si Trump ini kaki golf Najib? Jika rakan golf sekurang-kurang berilah senyuman. Si Trump langsung tidak peduli.
Saya agak si Trump tidak berani dilihat mesra dengan Najib kerana takut ditibai oleh media Amerika. Tetapi berilah senyuman kepada si Rosmah yang memakai baju merah renda-renda dengan disalut oleh anting-anting intan berlian.
Kurang ajar betul presiden Trump ini. Mentang-mentang isterinya Melania cantik, langsing dan bergetah.

Atau apakah ini ditujukan kepada Kim Jong-un? Apa yang sahih laporan BBC ini telah dinafikan oleh si Trump.
Jeritan sakit jiwa "kepala bapak kau" ini telah juga meledak dalam parlimen pada minggu lalu. Semuanya macam telah dirancang. Macam wujud satu konspirasi.
Pada minggu lalu dalam parlimen Menteri Kesihatan Dr S Subramaniam telah memberi laporan kesihatan negara. Menteri ini bukan memberi laporan demam denggi, atau laporan kepialu, atau penyakit barah. Tidak. Tidak. Tidak.

Menteri Kesihatan Dr S Subramaniam telah memberi laporan statistik pesakit jiwa dalam Malaysia. Menurut laporan menteri ini, 29.2 peratus penduduk Malaysia yang berumur 16 tahun ke atas mengalami sakit jiwa. Peratus ini telah ditemui melalui Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan tahun 2015.
Ini juga bukan fitnah Hishamuddin Rais. Jika tidak yakin sila rujuk kepada hansard Parlimen November 2017.
Kenyataan menteri kesihatan disambut oleh YB Zuraida dari parlimen Ampang yang memperakui data ini. Malah mengikut YB Ampang statistik ini pasti bertambah. Tanda terkini tentang serangan sakit jiwa ini ialah jeritan "kepala bapak kau". Para YB dalam parlimen terbarai ketawa. Kasihan pada Najib dan penasihatnya, dua-dua ponteng parlimen.
Sila ambil perhatian, menteri kesihatan bukan pro-Pakatan Harapan. Menteri ini dari parti Malaysian Indian Congress. Justeru persoalan sakit jiwa minggu lalu bukan dirancang oleh Pakatan Harapan.
Mungkin persoalan sakit jiwa dalam parlimen minggu lalu telah dirancang secara sulit oleh pegawai kerajaan atau 'orang dalam' yang ternampak peluang untuk menambahkan lagi sakit jiwa kepada Najib. Walhahuallam bissawab.
Apa yang jelas data dari parlimen ini membuktikan bahawa sakit jiwa ini bukan satu yang asing di Malaysia. Kes Najib menjeritkan "kepala bapak kau" ini bukan ganjil.
Jika Mat Felda atau minah kilang yang menjeritkan "kepala ayah kau", kita boleh tersenyum atau ambil sikap tidak peduli. Tetapi apabila Najib menjeritkannya, ini bermakna kita dalam bahaya.
Bahaya apa? Tunggu minggu depan.

HISHAMUDDIN RAIS seorang aktivis politik, penulis dan pengarah filem.
KDL
Read More

Tuesday, 14 November 2017

[Video Isu Kepala Bapak Kau, Dengar Teguran Dr. MAZA Ini...] Berkecuali Bajet 2018: Pas didakwa jadi kuda tunggangan Umno? KHAIRUDIN: Ahli Pas perlu sedar halatuju pemimpin mereka.

Rabu, 15 November 2017

Berkecuali Bajet 2018: Pas didakwa jadi kuda tunggangan Umno


Pas bekerjasama serta menjadi kuda tunggangan Umno-BN, tegas Koordinator Deklarasi Rakyat, Khairuddin Abu Hassan.

Kecaman bekas ahli bersatu itu ekoran tindakan 11 Ahli Parlimen Pas berkecuali pada pengundian Bajet 2018 semalam diikuti ucapan terima kasih daripada ahli Majlis Tertinggi Umno.
Beliau berpendapat, hanya sandiwara politik semata-mata jika Pas mendakwa tidak akan bekerjasama dengan Umno dan akan bersendirian untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
“Kini semakin jelas bahawa parti Pas sedang bekerjasama dan menjadi ‘kuda tunggangan’ Umno serta BN apabila 11 ahli parlimennya berkecuali!
“Manakala ahli majlis tertinggi Umno, Dr Asyraf Wajdi Dusuki pula secara terang-terangan mengucapkan terima kasih pada Pas!” tegasnya.
Menggelarkan Bajet 2018 yang dibentangkan pada 27 Oktober lalu oleh ‘Perdana Menteri paling korup’, Khairuddin berkata, Pas pada masa ini sudah merelakan diri diperalatkan dan dipergunakan oleh Umno bagi mempertahankan kuasa kerajaan kleptokrasi selepas PRU-14.
“Pakatan Harapan bermatian lawan kerajaan kleptokrasi dan Perdana Menteri paling korup yang sudah merosakkan amalan demokrasi, sistem politik, sistem ekonomi serta institusi-institusi kerajaan di negara kita tetapi Pas sedang menyokong segala kemungkaran ini!
Tindakan Husni perlu jadikan ikutan, kata Khairudin yang juga bekas pemimpin Umno.
KHAIRUDIN… ahli Pas perlu sedar halatuju pemimpin mereka.
“Rakyat Malaysia secara keseluruhannya termasuk ahli-ahli peringkat akar umbi Pas dan Umno harus mengharamkan memberi walaupun satu undi kepada kedua-dua parti ini yang sudah rosak wadah perjuangannya mahupun aqidah agama mereka!” bidasnya.
Sehubungan itu, orang kuat Tun Mahathir berkenaan menyeru supaya ahli Pas membuka mata seluas-luasnya terhadap pendirian 11 ahli parlimen mereka.
“Pas jangan berdolak-dalik lagi! Pas jangan tipu ahli-ahlinya lagi! Pas jangan buat retorik politik lagi! Parti Pas mesti mengakui bahawa kini mereka sedang menjadi ‘kuda tunggangan’ Umno serta BN.
“Malahan sedang bekerjasama dengan kerajaan kleptokrasi yang secara tidak langsung juga membuktikan Pas menyokong kemungkaran!
“Halatuju Pas sekarang semakin ‘gelong’ kerana ramai daripada tokoh-tokoh pemimpinnya semakin ‘sewel’!” selar bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan itu lagi.
Malaysia Dateline.
Read More

Thursday, 9 November 2017

[Video Isu "Kepala Bapak Kau", Dengar Teguran Dr. MAZA & Kepala bapak kau!, Tun M senyum sinis] Harga minyak naik: Kementerian mana dapat ‘Musang King’ RM3.5 bilion?

Jumaat, 10 November 2017


Related image
“Esquilo pega carona em pica-pau e bomba nas redes". 

Harga minyak naik: Kementerian mana dapat ‘Musang King’ RM3.5 bilion?

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mendesak pentadbiran Datuk Seri Najib Razak menjelaskan jumlah pendapatan luar jangka secara langsung dan tidak langsung yang diperoleh akibat harga minyak mentah dunia naik lebih tinggi berbanding anggaran pendapatan Kerajaan Persekutuan dalam Bajet 2017.
Beliau juga menuntut Najib menerangkan kementerian mana yang menerima hasil pendapatan luar jangka sekurang-kurangnya RM3.5 bilion yang digelarnya sebagai durian runtuh ‘Musang King’ itu.
Menurutnya, sumber pendapatan Kerajaan Persekutuan akan meningkat antaranya melalui pertambahan kutipan cukai pendapatan syarikat hasil keuntungan daripada syarikat-syariat berasaskan minyak.
Selain itu, jelasnya, kutipan cukai pendapatan petroleum atau PITA serta perseorangan lebih tinggi kerana bonus dan bayaran gaji yang lebih mahal dan lebih ramai orang yang diambil bekerja dalam sektor minyak dan gas.
Tiga lagi sumber pendapatan Kerajaan Persekutuan meningkat ekoran kenaikan harga minyak mentah adalah melalui kutipan cukai barang dan perkhidmatan (GST), royalti petroleum dan dividen dari Petronas yang lebih tinggi kerana keuntungan bertambah.
“Datuk Seri Najib tidak berterus terang bahawa sebenarnya pada harga purata minyak mentah sepanjang tahun, Kerajaan Persekutuan telah mendapat pendapatan luar jangka yang saya anggarkan berjumlah RMXX bagi tahun 2017,” ujarnya.
Menurutnya, pendapatan langsung Kerajaan Persekutuan dianggarkan sebanyak 40 peratus daripada harga jualan minyak mentah bagi setiap satu tong pengeluaran minyak dan gas di negara ini yang berjumlah 643,000 tong sehari.
Sehubungan itu, Rafizi berkata, pentadbiran Najib telah, sedang dan akan membelanjakan pendapatan luar jangka itu kerana kenaikan harga minyak mentah adalah RM9.7 juta sehari iaitu RM3.5 bilion bagi sepanjang tahun ini merangkumi pendapatan langsung iaitu royalti, duti dan cukai petroleum.
“Ini tidak termasuk kutipan GST dan pendapatan tidak langsung yang lain iaitu cukai syarikat, cukai pendapatan dan dividen,” jelasnya.
Mengulas lanjut, Rafizi mendakwa pendapatan luar jangka yang diperoleh Najib hasil kenaikan harga minyak mentah sejak awal tahun ini tidak dikembalikan kepada rakyat dalam bentuk subsidi.
“Jika pun ia dipulangkan, ia dalam suasana penuh kerahsiaan dan tidak diketahui oleh rakyat kalau tembelangnya tidak dipecahkan oleh Tan Sri Irwan Serigar (Ketua Setiausaha Perbendaharaan),” tegas Naib Presiden PKR itu lagi.
 Malaysia Dateline
Read More

[Video Kepala Bapak Kau? Ish, ish! Kepala bapak kau petanda sakit mental] MINYAK NAIK DAN NAIK MINYAK...Buang 'seseorang' itu dan partinya sekali, pasti akan berkuranganlah masalah kita semua.

Khamis, 9 November 2017


Foto Otai BERSIH.
Pakai kereta mahal...Bangga
Pakai motor mahal... Bangga
Kayuh basikal mahal..Bangga
Pakai baju mahal... Bangga
Pakai jenama mahal... Bangga
Pakai fon mahal....Bangga
Duduk Rumah Mahal...Bangga

Pakai minyak mahal..
Tak kan tak bangga???.

Foto Otai BERSIH.

NAIK MINYAK...

MINYAK takkan naik lagi
MINYAK umum naik lagi
MINYAK bisik naik lagi
MINYAK bising naik lagi
MINYAK selfie naik lagi
MINYAK tadi naik lagi
MINYAK akan naik lagi
MINYAK tahan naik lagi
MINYAK pasti naik lagi
MINYAK mesti naik lagi
MINYAK esok naik lagi
MINYAK kena naik lagi
MINYAK baru naik lagi
MINYAK mana naik lagi
MINYAK selalu naik lagi
MINYAK biasa naik lagi
MINYAK terpaksa naik lagi
MINYAK tak naik lagi
MINYAK kecoh naik lagi
MINYAK semua naik lagi
MINYAK dunia naik lagi
MINYAK bila naik lagi
MINYAK tiba tiba naik lagi
MINYAK belum naik lagi
MINYAK DAH NAIK LAGI !!!

MINYAK NAIK DAN NAIK MINYAK, NAJIB KENA DITURUNKAN


Minyak adalah keperluan asas rakyat dan sebarang kenaikannya akan memberi kesan berantai kepada banyak keperluan lain dalam kehidupan. Sebarang kenaikan harga minyak akan menaikkan harga hampir semua barangan dan perkhidmatan.

Ketika pentadbiran Tun Abdullah Badawi dipertikai dengan isu budak tingkat 4 dahulu, kedudukan beliau tambah merudum dengan keputusannya menaikkan harga minyak sebanyak 78 sen di mana akhirnya beliau terpaksa akur kepada peralihan kuasa.

Dalam hal ini, Tun Mahathir Mohamad ternyata lebih bijak. Meskipun sepanjang 22 tahun berkuasa, pelbagai cabaran dihadapinya, tetapi beliau hampir tidak pernah mengusik hal-hal yang berkaitan keperluan asas rakyat.

Beliau terus mengekalkan subsidi minyak dan pelbagai barang keperluan lain dengan tujuan agar rakyat dapat hidup selesa dan tidak mudah naik minyak. Kemarahan rakyat kerana faktor politik lebih mudah ditangani jika mereka tidak tertekan dalam kehidupan atau poket sentiasa berisi.

Najib sebaliknya bukan saja menarik subsidi minyak, gula, tepung dan sebagainya dengan omongan kononnya diganti dengan subsidi bersasar seperti BR1M, malah turut memperkenalkan cukai pukat harimau GST?

Kutipan GST adalah sekitar RM42 bilion setahun, manakala BR1M hanya RM6 bilion. Jika dicampur dengan subsidi yang ditarik balik, kerajaan sebenarnya masih banyak lebihan, meskipun pendapatan daripada Petronas kian merosot.

Tetapi, kenapa Najib masih tidak kecukupan wang untuk mengurus negara?

Dalam hal ini, tidak seperti Tun Mahathir yang gigih berusaha menampung kekurangan dana kerajaan  dengan menambah pendapatan melalui pelaburan dan menyediakan iklim ekonomi yang selesa kepada perniagaan, Najib agak lemah dalam hal tersebut.

Beliau hanya tahu mencukai rakyat untuk mendapatkan wang, sambil terus bersikap boros dalam berbelanja, selain iklim ekonomi sentiasa demam untuk  perniagaan atau mencari wang.

Dana Pejabat Perdana Menteri meningkat saban tahun, kos jamuan dan makanan hampir tiada had dan berbelas bekas pemimpin diberikan jawatan bertaraf menteri semata-mata untuk mendapatkan sokongan dan populariti.

Semua pembaziran itu tidak berlaku di zaman Tun Mahathir, bahkan ketika mesyuarat kabinet waktu itu hidangan yang disediakan hanyalah nasi lemak bungkus saja. Ia berbeza dengan sekarang di mana jamuan ditempah dari hotel lima bintang.

Perbezaan nyata antara Tun Mahathir, baik dengan Tun Abdullah Badawi mahu pun Najib ialah beliau jauh lebih bijak dan mempunyai lebih kemampuan berbanding kedua-duanya itu.

Beza Najib dengan Tun Abdullah Badawi pula, meskipun sama-sama lemah, beliau turut terpalit dengan ibu segala skandal iaitu 1MDB yang membuatkan kedudukannya ibarat telur di hujung tanduk.

Dengan dasar kenaikan harga minyak secara mingguan, Najib kini terdedah kepada maki hamun, kebencian dan penolakan rakyat pada setiap minggu. Jika kenaikan berlaku pada setiap Rabu dan seiring dengannya Najib juga terus dimaki, dibenci dan ditolak setiap minggu, adalah mustahil rakyat mahu terus mengekalkan UMNO dan BN lagi dalam piliharaya akan datang.

Sifirnya mudah saja, kalau sekarang pun beliau tiada perasaan simpati dengan menarik subsidi dan mengenakan GST, sudah tentu apabila diberikan lagi kuasa, Najib akan terus melakukannya lagi dan lagi tanpa berhenti.

Kenaikan harga minyak dan sebelum rakyat terus naik minyak,  "seseorang" mesti diturunkan sebagai jalan penyelesaiannya. Kalau tidak, masalah ini akan terus wujud tanpa kesudahan.

Kecuali penerima dedak bulanan yang terus mempertahankan kenaikan harga minyak, rakyat dan ahli UMNO sendiri rata-rata menolak dan jengkel dengannya.

Jika kenaikan minyak memberi kesan berantai kepada naiknya pelbagai barangan dan perkhidmatan, punca kenaikan itu juga adalah rantaian daripada sifat boros, suka bermewah dan tiada kemampuan "seseorang" di atas sana sebagai pemimpin.

Buang "seseorang" itu dan partinya sekali...kalau pun tak selesai sepenuhnya, pasti akan berkuranganlah masalah kita semua. (ShahbudinHusin 09/11/2017)
Read More

Monday, 6 November 2017

[Video TANAH HARGA RM38 JUTA JADI RM1 Billion!~Lagi Penyelewengan 1MDB] 'KEPALA BAPAK KAU!' Apa sudah jadi dengan Najib kebelakangan ini? Adakah Tun M yang semakin hampir untuk menyingkirkannya makin mengganggu hidupnya?

Isnin, 6 November 2017

"KEPALA BAPAK KAU"...MASYA ALLAH, INI BAHASA PERDANA MENTERI ATAU BAHASA MAT REMPIT?


Apa sudah jadi dengan Najib Razak kebelakangan ini?

Kenapa sampai terkeluar daripada mulutnya ungkapan "kepala bapak kau"?

Tidakkah beliau sedar kedudukannya sebagai Perdana Menteri yang berketurunan Melayu dan beragama Islam di mana seharusnya beliau sentiasa menjaga budi bahasa dan percakapannya di khalayak ramai? 

Lupakah Najib bahawa beliau berasal daripada keluarga  baik-baik yang kebiasaannya memang dididik untuk menjauhi daripada menggunakan perkataan keji atau bahasa jalanan seperti "kepala bapak kau" itu?
Lebih daripada itu, sedarkah Najib bahawa mat rempit pun tidak kedengaran lagi mengucapkan perkataan "kepala bapak kau" secara terbuka dan di depan umum sekarang ini, malah ramai di antara mereka yang tinggi budi bahasa dan bersopan santun ketika berbicara?

Adakah Najib sekarang lebih rendah tarafnya daripada mat rempit?
Yang lebih memalukan, baru saja semalam beliau mengatakan tidak akan merendahkan martabat dirinya dengan menyentuh hal-hal peribadi sepertimana "orang itu", suatu panggilan kegemaran kepada Tun Mahathir Mohamad, kenapa hanya beberapa jam selepas itu sudah melupai kata-katanya sendiri?

Dengan mengucapkan perkataan "kepala bapak kau", Najib dengan sendirinya meletakkan dirinya bukan saja jauh lebih rendah berbanding Tun Mahathir yang hanya mengatakan Presiden UMNO itu mungkin berasal dari lanun Bugis, malah mat rempit juga tidak lebih rendah berbanding dirinya.

Ini kerana berbanding mat rempit yang hanya menaiki kapcai dan hidup serba tidak selesa, kedudukan Najib yang ada jet peribadi, tinggal di Seri Perdana, makan pakai ditanggung oleh duit rakyat, ada kawalan keselamatan UTK lagi, malangnya semua keselesaan itu  masih tidak mampu menjadikan dirinya lebih berbudi bahasa di khalayak ramai.
Tidakkah ia bermakna mat rempit lebih mulia lagi?

Tidak cukupkah lagi dengan perkataan bangang, haramjadah dan bangsat yang pernah dilafazkannya sebelum ini?
Adakah Najib sekarang begitu tertekan sehingga banyak perlakuannya jadi tak keruan?

Atau kehadiran Tun Mahathir Mohamad yang semakin hampir untuk menyingkirkannya makin mengganggu hidupnya?

Kesian....takkanlah Pahlawan Bugis boleh begitu lemah dalam menghadapi cabaran? (ShahbudinHusin 05/11/2017).
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena