Tuesday 14 November 2017

[Video Isu Kepala Bapak Kau, Dengar Teguran Dr. MAZA Ini...] Berkecuali Bajet 2018: Pas didakwa jadi kuda tunggangan Umno? KHAIRUDIN: Ahli Pas perlu sedar halatuju pemimpin mereka.

Rabu, 15 November 2017

Berkecuali Bajet 2018: Pas didakwa jadi kuda tunggangan Umno


Pas bekerjasama serta menjadi kuda tunggangan Umno-BN, tegas Koordinator Deklarasi Rakyat, Khairuddin Abu Hassan.

Kecaman bekas ahli bersatu itu ekoran tindakan 11 Ahli Parlimen Pas berkecuali pada pengundian Bajet 2018 semalam diikuti ucapan terima kasih daripada ahli Majlis Tertinggi Umno.
Beliau berpendapat, hanya sandiwara politik semata-mata jika Pas mendakwa tidak akan bekerjasama dengan Umno dan akan bersendirian untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
“Kini semakin jelas bahawa parti Pas sedang bekerjasama dan menjadi ‘kuda tunggangan’ Umno serta BN apabila 11 ahli parlimennya berkecuali!
“Manakala ahli majlis tertinggi Umno, Dr Asyraf Wajdi Dusuki pula secara terang-terangan mengucapkan terima kasih pada Pas!” tegasnya.
Menggelarkan Bajet 2018 yang dibentangkan pada 27 Oktober lalu oleh ‘Perdana Menteri paling korup’, Khairuddin berkata, Pas pada masa ini sudah merelakan diri diperalatkan dan dipergunakan oleh Umno bagi mempertahankan kuasa kerajaan kleptokrasi selepas PRU-14.
“Pakatan Harapan bermatian lawan kerajaan kleptokrasi dan Perdana Menteri paling korup yang sudah merosakkan amalan demokrasi, sistem politik, sistem ekonomi serta institusi-institusi kerajaan di negara kita tetapi Pas sedang menyokong segala kemungkaran ini!
Tindakan Husni perlu jadikan ikutan, kata Khairudin yang juga bekas pemimpin Umno.
KHAIRUDIN… ahli Pas perlu sedar halatuju pemimpin mereka.
“Rakyat Malaysia secara keseluruhannya termasuk ahli-ahli peringkat akar umbi Pas dan Umno harus mengharamkan memberi walaupun satu undi kepada kedua-dua parti ini yang sudah rosak wadah perjuangannya mahupun aqidah agama mereka!” bidasnya.
Sehubungan itu, orang kuat Tun Mahathir berkenaan menyeru supaya ahli Pas membuka mata seluas-luasnya terhadap pendirian 11 ahli parlimen mereka.
“Pas jangan berdolak-dalik lagi! Pas jangan tipu ahli-ahlinya lagi! Pas jangan buat retorik politik lagi! Parti Pas mesti mengakui bahawa kini mereka sedang menjadi ‘kuda tunggangan’ Umno serta BN.
“Malahan sedang bekerjasama dengan kerajaan kleptokrasi yang secara tidak langsung juga membuktikan Pas menyokong kemungkaran!
“Halatuju Pas sekarang semakin ‘gelong’ kerana ramai daripada tokoh-tokoh pemimpinnya semakin ‘sewel’!” selar bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan itu lagi.
Malaysia Dateline.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena