Saturday 18 November 2017

[Video Duduklah Dalam PAS, Tapi Undi Pakatan Harapan] Bajet 2018 bukan ibu segala bajet sebab Melayu dipinggirkan, kata Perkasa.

Ahad, 19 November 2017

Related image

Bajet 2018 bukan ibu segala bajet sebab Melayu dipinggirkan, kata Perkasa 

Bajet 2018 bukan ibu segala bajet sebab Melayu dipinggirkan, kata Perkasa 
Kata Perkasa, Bumiputera juga sudah jauh ketinggalan dalam bidang sosioekonomi. – Gambar The Malaysian Insight, 19 November, 2017.

BAJET 2018 bukanlah ibu segala bajet kerana ia meletakkan Bumiputera sebagai kaum kelas kedua, kata kumpulan pendesak Melayu Perkasa.
Perkasa berkata demikian berikutan langkah kerajaan memberikan hak dan peruntukan sama rata kepada semua kaum.
“Kita jadi warga kelas kedua. Tapi Perkasa tak reda perkara ini berlaku. Bila bajet 2018, ini bukan ibu segala bajet.
“Saya pernah jadi Pengerusi Mara, MRSM diwujudkan untuk melonjakkan modal Bumiputera. Bila bajet yang kerajaan beri sama nilai dengan SK (J) Tamil, saya tak boleh terima," kata naib presiden Perkasa Ruhanie Ahmad seperti dilapor oleh Sinar Harian.
Ruhanie merujuk kepada peruntukan RM50 juta diberikan kepada Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang mendapat jumlah sama dengan Sekolah Kebangsaan Jenis Tamil (SJKT) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)
Kerajaan pada Oktober lalu mengumumkan bajet tertinggi untuk Sekolah Kebangsaan (SK) iaitu RM250 juta.
Selain itu, MRSM, Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan turut mendapat peruntukan sama iaitu RM50 juta. 
Ruhanie pada ucapan pembukaan dalam forum "Belanjawan 2018 - Di Mana Keistimewaan Bumiputera" turut mendakwa kadar kemiskinan di Malaysia pada masa ini disumbangkan oleh kaum Bumiputera.
Malah, kaum Bumiputera juga sudah jauh ketinggalan dalam bidang sosioekonomi.
“Pergilah Pavilion, kita gigit jari tengok kedai-kedai dalam tu. Berapa ‘kerat’ orang Bumiputera yang ada kedai dalam tu?
“Adalah seorang dua yang berniaga itupun gerai-gerai di luar, bukan kedai, sedangkan Melayu adalah bangsa teras,” katanya lagi. 
Beliau menambah, sejak akhir-akhir ini wujud pelbagai petanda di mana kedudukan sosioekonomi Bumiputera dalam bahaya.
"Ini bukan kerana kerajaan tidak mempedulikan keselamatan, kelangsungan dan kesejahteraan sosioekonomi tetapi disebabkan kerajaan menyamatarafkan perjuangan dengan bukan Bumiputera.
“Walaupun tak salah tetapi ia bertentantangan dengan Perkara 153 Perelembagaan Persekutuan di mana segala dasar dan program affirmatif dan ‘empowerment’ sosioekonomi Bumiputera tidak boleh disamaratakan dengan kaum-kaum lain di Malaysia,” katanya lagi. – 19 November, 2017.
The Malaysian Insigh


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena