Tuesday, 21 November 2017

[Video TERBAIK: Ucapan Dato Husam Di Sidang DUN Kelantan 21.11.17] Bersatu harap Pas, Umno segerakan pernikahan.

Selasa, 21 November 2017

Image result for Gambar Husam

Bersatu harap Pas, Umno segerakan pernikahan

Bersatu harap Pas, Umno segerakan pernikahan
Setelah sekian lama merisik dan bertunang, Pas sepatutnya sudah lama menikah dengan Umno.
Pas seharusnya mengisytiharkan dengan segera pernikahan mereka dengan parti yang sebelum ini digelar sebagai ‘parti assabiyah’ oleh mereka tanpa menanti lebih lama lagi, demikian dinyatakan oleh Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Negeri Kedah, Dato Azimi Daim.
Menurut beliau, Pas sepatutnya tidak menjadi pelupa setelah telah begitu lama memusuhi Umno.
“Takkanlah dulu berkelahi berpuluh tahun dengan Umno tiba-tiba dengar khabar dan nak bersama pula. Rakyat negara ini tak pernah lupa dengan apa yang Pas laung-laungkan dulu, mana hudud yang dinantikan.
“Kita juga ingin tahu apa kesudahannya dengan RUU 355 yang amat lantang mereka perkatakan sehingga ke Parlimen,” kata beliau.
Malah katanya, apakah Pas lupa semasa mereka menggelarkan ulama yang berada dalam Umno sebagai ‘syaitan bisu’.
“Mana mungkin dakwaan ‘syaitan-syaitan bisu’ dalam Umno hilang begitu saja, apakah Pas lupa lagi. Kalau dulu Umno tak boleh didekati kerana parti sekular, parti assabiyah, tau-tau sekarang boleh pula. Sebenarnya apa yang pernah Pas dakwa dan katakan dulu, kini berbalik kepada mereka semula,” jelasnya.
Beliau juga berkata parti yang tidak memperjuangkan hak rakyat tidak sepatutnya diberi sokongan.
“Apa yang didakwa oleh Pas sebetulnya umpama meludah kelangit, akhirnya terkena batang hidung sendiri. Kalau Pas nak bersama dengan Umno, ia tidak akan memberi kesan kepada Pakatan Harapan (PH).
“Perjuangan kami dalam PH tetap istiqamah untuk memperjuangkan hak rakyat, dan bukan bersekongkol dengan kerajaan rasuah dan kleptokrasi.
“PH inginkan kemenangan adalah untuk memastikan nasib rakyat tetap diberi pembelaan serta menentang pimpinan Umno dan BN yang membebankan rakyat melalui pelbagai polisi, ” tegasnya.
Oleh kerana itu katanya, kemenangan PH adalah kemenangan rakyat yang mesti menjadi kenyataan dalam pilihan raya umum ke-14 akan datang.
Tambahnya lagi, sekiranya Umno dan BN maupun parti yang bersekongkol dengannya diberikan mandat, kehidupan rakyat akan melarat dalam tempoh lima tahun yang akan datang.
Beliau juga berkata PH mensasarkan kemenangan bagi kesemua kerusi Dun yang ada dalam Parlimen Kulim-Bandar Baru tidak lama lagi.
 Malaysia Dateline

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena