Wednesday 29 November 2017

[Video Najib 'Kecut Teloq' Takut Kalah] Hampir 10 ribu ahli Umno Pulau Pinang keluar parti, sertai Bersatu.

Rabu, 29 November 2017

Sebahagian ahli Umno yang keluar parti dalam majlis penyerahan borang menyertai Bersatu di Bagan.

Hampir 10 ribu ahli Umno Pulau Pinang keluar parti, sertai Bersatu


Umno dan BN di Pulau Pinang jangan merasa selesa menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-14 akan datang memandangkan keahlian mereka semakin susut setelah begitu ramai meninggalkan parti tersebut.

Umno dan BN di Pulau Pinang jangan merasa selesa menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-14 akan datang memandangkan keahlian mereka semakin susut setelah begitu ramai meninggalkan parti tersebut.

Sehubungan itu dakwaan Umno dan BN akan merampas kembali Pulau Pinang kini hanyalah omongan dan tidak lagi berdasarkan pada fakta.

Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Negeri Pulau Pinang, Marzuki Yahya ketika ditemui di Bagan kelmarin.



Marzuki Yahya menerima penyerahan borang keahlian Bersatu daripada bekas ahli Umno.


Menurut beliau lagi, 80 peratus daripada ahli Bersatu yang ada di Pulau Pinang ketika ini adalah terdiri daripada ahli Umno yang telah keluar parti.
“Ahli Umno yang paling ramai semakin susut adalah bagi Bahagian Bayan Baru, Tasek Gelugor dan juga Bagan.
“Yang terkini ahli Bersatu di negeri ini telah pun mencecah 12 ribu orang dan 50 peratus daripadanya merupakan golongan muda.
“Ia sekali gus membuktikan bahawa kedudukan Umno di kesemua 13 bahagian berada dalam keadaan yang semakin meruncing, ” ujarnya.
Walau bagaimanapun katanya, statistik yang tidak dikemaskini menunjukkan ahli Umno masih ramai, walaupun terlalu ramai yang telah pun keluar parti dan menyertai Pakatan Harapan (PH).
Beliau juga berkata, Bersatu hampir mencapai penyelesaian dan kesepakatan bersama PH dalam pengagihan kerusi bagi menentang Umno dan BN serta mana-mana parti yang bersekongkol dengan mereka.
“PH sebenarnya tidak tergugat dengan pelbagai ancaman Pas di Pulau Pinang.
“Sebenarnya Pas tidak mempunyai kekuatan sama ada di Seberang Perai maupun di Pulau Pinang.
“Sekiranya mereka mendapat sokongan rakyat, sudah jelas ia akan dapat dipamerkan dalam keputusan pilihan raya umum sebelum ini, ” jelasnya.
Malah katanya, sejak sekian lama Pas hanya mampu menang di kerusi Dun Permatang Pasir.
“Dalam pilihan raya umu ke-13 Pas bertanding di enam kerusi Dun, tapi hanya mampu menang satu kerusi tunggal.
“Manakala calon mereka bagi kerusi Sungai Acheh turut hilang deposit.
“Kini dengan senario politik yang ada, tidak mungkin Pas mampu untuk menang satu pun kerusi sekali lagi termasuk Dun Permatang Pasir sekiranya ia turut ditandingi oleh Amanah, ” tegasnya lagi.
Beliau juga berkata kehadiran Pas dalam pilihan raya umum akan datang di Pantai Barat agak berbeza dengan situasi yang ada di Pantai Timur.
Justeru katanya, kehadiran Pas untuk turut bertanding dalam pertandingan tiga penjuru merupakan platform untuk memenangkan Umno dan BN serta tidak harus dipandang enteng.
Namun begitu tambahnya, ia sedikitpun tidak akan menggugat sokongan dan kemenangan yang akan diraih oleh Bersatu dan PH sekali pun dalam pertandingan tiga penjuru.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena