Tekanan politik punca hotel Ipoh batalkan tempahan, kata Azmin
Mesyuarat tertutup PKR Perak yang dijadualkan berlangsung di sebuah hotel di Ipoh terpaksa dipindahkan kerana tempahan dibatalkan saat akhir, tindakan yang didakwa Mohamed Azmin Ali kerana tekanan politik. – Gambar fail The Malaysian Insight, 17 November, 2017.
SEBUAH hotel di Ipoh membatalkan tempahan dilakukan PKR Perak yang merancang mengadakan sebuah mesyuarat tertutup di situ, kata Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali.
Beliau menerusi akaun Twitternya mengatakan mesyuarat itu terpaksa dipindahkan ke tempat lain dan menyalahkan pembatalan itu kerana tekanan politik.
Pertemuan tertutup dengan pimpinan KEADILAN Perak pagi di Hotel Seri Malaysia Ipoh terpaksa berpindah kerana pengurusan hotel ditekan untuk batal tempahan saat akhir. YB Dato’ Seri Nazri Aziz perlu jawab.
Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming membalas tweet Azmin itu, meluahkan tidak puas hati mengenai berita itu.
Mesyuarat tertutup antara Azmin dan pemimpin Perak lain akan dipindahkan ke Ibu Pejabat PKR Perak.
Azmin akan menghabiskan hari ini dengan berkempen di Perak.
The Malaysian Insight sedang cuba mendapatkan penjelasan ibu pejabat Hotel Seri Malaysia di Kuala Lumpur. – 17 November, 2017.
0 comments:
Post a Comment