Thursday, 30 November 2017

[Video GELOMBANG RAKYAT SABAH! Parti WARISAN Goyangkan Umno Semenanjung] Kerajaan Umno Sabah ZALIM! Menangguh projek bekalan air penduduk Pulau Gaya..."Duit sudah ada, tetapi projek ditahan oleh kerajaan Sabah".

Jumaat, 1 Disember 2017


Related image
 Kg. Lok Urai yang terletak di Pulau Gaya.


KUALA LUMPUR, 28 NOV: Tindakan kerajaan UMNO-BN Sabah menangguhkan projek sistem agihan air di Pulau Gaya melibatkan 2,441 rumah yang di diami sekitar 15,000 penduduk merupakan kezaliman kepada rakyat kata Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Jimmy Wong Sze Phin.
Beliau membangkitkan perkara itu ketika perbahasan peringkat Jawatankuasa baru-baru ini merujuk kepada laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Sabah.
Daripada RM93 juta yang diperuntukkan oleh persekutuan, hanya sekolah, resort dan pejabat ESSCOM sahaja yang memperoleh kemudahan bekalan air bersih di pulau tersebut.
Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Jimmy Wong Sze Phin
“Apa yang berlaku ialah, duit sudah ada, tetapi projek ditahan oleh kerajaan Sabah pimpinan Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman.
“Alasannya hanya kerana rumah-rumah ini tiada status yang sah. Saya amat terkejut dan hairan. Saya juga berasa amat sedih dengan tindakan zalim kerajaan UMNO Sabah ini.
“Penduduk Pulau Gaya berhak untuk dapatkan kemudahan air walaupun status rumah mereka tidak sah! Mereka ini adalah manusia juga macam kita. Kenapa dilayan sebegitu?” soalnya lagi menggesa kerajaan negeri menyelesaikan status tanah penduduk di sana.
Lebih menghairankan kata Jimmy, penduduk Pulau Gaya terus ditindas meski pun selama ini merupakan penyokong kuat UMNO-BN.
“Rakyat di Pulau Gaya dan Pulau Sepanggar ini dua-dua merupakan kawasan penyokong kuat UMNO. Tapi apakah yang UMNO kasi? Mereka mungkin mau dapat undi sahaja,” kata beliau.
Jelasnya, isu status tanah itu tidak sepatutnya timbul memandangkan pulau itu telah pun diduduki sejak sebelum penjajahan Jepun.
Paling ironi, walaupun kerajaan UMNO Sabah menangguhkan projek infrastruktur itu, sebanyak RM600 juta telah digunakan bagi pembinaan bangunan baru pentadbiran kerajaan negeri yang hanya bertentangan dengan Pulau Gaya dan Sepanggar.
“Persoalannya ialah, peruntukan yang diberikan lebih dari mencukupi untuk membekal setiap rumah di Pulau Gaya dengan air paip bermeter, tapi apa sudah jadi dengan peruntukkan ni?” katanya lagi. – Roketkini
Kredit foto: DAP Sabah

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena