Sunday 26 November 2017

[Video KERANA BERKECUALI, Pas MENANGKAN Barisan Nasional] Masa saya sebagai Ahli Parlimen Pandan semakin singkat? BERSEDIA UNTUK #tipuraya dan #berkecualiraya ke-14.

Isnin, 27 November 2017

Foto Rafizi Ramli.
Masa saya sebagai Ahli Parlimen Pandan semakin singkat dan tinggal beberapa bulan saja lagi. Saya mula turun membantu kempen KEADILAN di Pandan sekitar April 2011 pada ketika KEADILAN masih mencari jalan menumpaskan penyandang, Dato’ Seri Ong Tee Keat.
Ramai yang membantu. Mereka menerima saya sebagai adik dan kawan. KEADILAN Pandan kekal sebagai sebuah keluarga besar dan kami kekal bersahabat di antara yang Melayu, Cina dan India.
Setahun sekali saya adakan majlis makan malam tahunan di tempat yang baik, kerana saya hanya belanja setahun sekali ha3.
Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang juga.
Foto Rafizi Ramli.

Foto Rafizi Ramli.

Foto Rafizi Ramli.

Foto Rafizi Ramli.

Foto Rafizi Ramli.

Foto Rafizi Ramli.

BERSEDIA UNTUK #TIPURAYA KE-14
Ini rakaman peristiwa bersejarah bila BN tewas semasa pengundian bajet tetapi diselamatkan oleh #tipuraya.
Saya berada di dewan ketika ini berlaku. Jelas BN telah kalah dan sepatutnya peruntukan KPDNKK yang bertanggungjawab mengenai harga minyak sepatutnya telah ditewaskan, dan PH ada pengaruh besar untuk menekan BN menyemak kembali harga minyak.
Tetapi BN mempermainkan peraturan dan memberi tafsiran yang tidak masuk akal. Alasan Speaker kenapa ada menteri dan wakil rakyat yang dibenarkan mengundi setelah undi telah siap dikira ialah kononnya tiada had masa untuk mengundi. Kalau macam tu baik tunggu sehingga pagi esok biar ramai sikit. Lagi baik, tunggu Dato’ Seri Najib balik dari luar negara atau mana-mana tempat yang dia sedang berada dan baru pengundian ditutup.
40 hari pun kita boleh tunggu! Macam kita tunggu dia saman WSJ sampai sekarang tak saman pun.
Sedang saya berterima kasih kepada 6 orang sahabat PAS yang mengundi menolak bajet KPDNKK itu, ada 2 orang yang tetap berkecuali.
Akhirnya BN menang dengan #tipuraya dan #berkecualiraya
Inilah gambaran PRU14 nanti, penuh dengan #tipuraya #berkecualiraya #harihariraya dan macam-macam raya lagi.
Saya telah laksanakan tanggungjawab saya sebagai seorang wakil rakyat, seorang rakyat, seorang bapa dan seorang manusia.
Bolehkah anda berkata yang sama mengenai diri anda?
Jika anda mahu hentikan penipuan seperti ini berlaku dalam PRU14, jangan hanya bimbang atau bersungut. Tampil menjadi rakyat yang bertanggungjawab membentengi negara dari penipuan pilihanraya.
Anda perlu menjadi Ejen Tempat Mengundi dan Ejen Kira Undi.
Daftar sekarang, klik bit.ly/JOMJOININVOKE
Anda akan dilatih serta-merta untuk menjadi wira rakyat melawan #tipuraya terhebat abad ini.
Rafizi Ramli

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena