Monday 27 November 2017

[Video Datuk AZIZ JAMMAN (Warisan) dedah kes SPRM & Skandal Air Sabah!] Projek bekalan elektrik luar bandar Sabah gagal capai sasaran.

Selasa, 28 November 2017

Projek bekalan elektrik luar bandar Sabah gagal capai sasaran

Projek bekalan elektrik luar bandar Sabah gagal capai sasaran
BELB yang terdiri daripada 33 projek kecil, merupakan inisiatif Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah untuk menyalurkan bekalan elektrik ke kawasan luar bandar di Sabah. – Gambar fail The Malaysian Insight, 27 November, 2017.

PROJEK bernilai RM2.196 bilion gagal untuk menyediakan bekalan elektrik ke rumah-rumah di pedalaman Sabah, dengan banyak isi rumah sama ada tidak menerima bekalan elektrik atau bekalan ke rumah kosong.
Siasatan Jabatan Audit Negara mendapati, lapan daripada 24 talian elektrik bagi projek bekalan elektrik luar bandar (BELB) mendapati prestasinya tidak memuaskan. 
BELB yang terdiri daripada 33 projek kecil, merupakan inisiatif Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2016 iri 2 yang dikeluarkan hari ini. 
Ia termasuk enam projek hibrid solar dan tiga talian untuk menyediakan bekalan elektrik ke rumah dan di luar jangkauan pihak berkuasa tempatan. 
BELB siap sepenuhnya pada hujung 2016 dan proses audit dijalankan pada Mac hingga Jun 2017. 
Bagaimanapun, jabatan audit mendapati 33.8% daripada 6,891 buah rumah yang sepatutnya disambungkan kepada talian empat grid sama ada tidak langsung atau lewat menerima bekalan elektrik, kata Ketua Audit. 
Sementara itu, kira-kira 60 buah rumah yang mana tidak diduduki atau masih belum siap disambungkan kepada talian kuasa. 
Pelaksanaan projek itu adalah lemah kerana kekurangan tenaga kerja mahir di kementerian. – 27 November, 2017.
The Malaysian Insight.


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena