Thursday 16 November 2017

[Video Akhbar UMNO Tak Laku, Pemimpin UMNO BERANG] Al-Jazeera temubual pemimpin Amanah Johor.

Jumaat, 17 November 2017

Al-Jazeera temubual pemimpin Amanah Johor

Al-Jazeera temubual pemimpin Amanah Johor

Media antarabangsa Al-Jazeera telah mengadakan temubual khas dengan Timbalan Pengerusi AMANAH Negeri Johor, Dzulkefly Ahmad (Gambar kiri) bagi mengetahui dengan lebih lanjut pandangan AMANAH Johor terhadap isu-isu Negeri Johor khususnya bagi berhadapan dengan Pilihan Raya Umum ke-14.
Perkara itu telah dimaklumkan oleh Dzulkefly sendiri apabila wartawan Al-Jazeera telah hadir di kediamannya dan ia merupakan suatu perkembangan yang baik ke atas Parti AMANAH sebagai pengerak isu masyarakat terutamanya di negeri Johor ini.
Mengupas lebih lanjut berkenaan hal pertemuan itu, beliau berkata, selain isu permasalahan hartanah di negeri Johor, wartwan Al-Jazeera itu juga ingin mengetahui soal kebanjiran warga asing seperti pekerja dari China di negeri ini.
“Ini adalah suatu perkara yang positif di mana AMANAH Johor telah diberikan perhatian oleh media antarabangsa Al-Jazeera yang telah bertemu saya bagi mengetahui perkembangan politik di negeri ini.
“Perkara yang diberi perhatian adalah berkenaan dengan pemilikkan hartanah negara asing di dalam negeri ini yang sememangnya menjadi ungkitan orang ramai dan sememangnya perkara ini adalah suatu perkara yang telah diperjuangkan oleh parti AMANAH selama ini.
“Selain itu isu permasalahan peluang perkerjaan yang belangsung di negeri ini terhadap rakyat di negeri ini juga turut dipertanyakan dan saya telah menjawab berkenaan dengan peluang bagi rakyat itu telah diisikan oleh lambakan pekerja dari negara China itu sendiri,” ujarnya ketika dihubungi.
Dzulkefly juga telah menyatakan soal permasalahan sosial dengan kehadiran lambakan warga asing juga turut menjadi kebimbangan bagi rakyat di negeri ini dan perkara itu telah dijelaskan kepada wartawan Al-Jazeera terbabit.
Malaysia Dateline

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena