Saturday, 25 November 2017

[Video PELUANG TERBUKA~UmnoBN Belum Pasti Menang Lagi] Kerana kurang doktor, ubat, penduduk serbu Kem Kesihatan DAP Sabah.

Sabtu, 25 November 3017

Kerana kurang doktor, ubat, penduduk serbu Kem Kesihatan DAP


PENSIANGAN, 24 NOV: Kedudukan Hospital Besar Keningau yang terletak sejauh 105 kilometer menyebabkan lebih 175 penduduk Kg Sinua, Daerah Kecil Sook dekat sini berpusu-pusu mendapatkan khidmat kesihatan di Kem Kesihatan anjuran DAP Pensiangan dan Impian Malaysia baru-baru ini.
Khidmat Kem Kesihatan itu telah disertai oleh pelbagai peringkat umur masyarakat seawal usia Sembilan bulan sehinggalah 90 tahun melibatkan sembilan doktor pakar, empat pembantu dan tujuh sukarelawan dari Sabah dan Semenanjung.
Clare Taunek Simbat, Ketua Wanita DAP Sook
Selain Kg Sinua, Impian Malaysia turut mengadakan jelajah Kem Kesihatan di dua kampung yang lain iaitu Kg Mantanid dan Kg Kuala Biah masing-masing mencatatkan kehadiran yang amat menggalakkan.
Antara program yang dijalankan ialah pemeriksaan dan nasihat kesihatan oleh doktor pakar, pemeriksaan gigi dan mata serta pemberian ubat-ubatan secara percuma.
Ketua Wanita DAP Sook, Claire Taunek ketika ditemui dalam program tersebut berkata, program itu dianjurkan kerana prihatin terhadap kesusahan dan keperluan mendesak rakyat bagi mendapatkan perkhidmatan kesihatan.
Menurutnya, walaupun wujud perkhidmatan klinik kesihatan di kampung berkenaan, penduduk mengadu berlakunya kekurangan doktor pakar dan bekalan ubat-ubatan.
“Kita tidak nafikan kerajaan menyediakan perkhidmatan ini melalui klinik-klinik kesihatan di kampung berdekatan tetapi malangnya perkhidmatan doktor pakar dan ubat-ubatan yang berkualiti sangat terhad,” katanya.
Ekoran itu, penduduk terpaksa ke Hospital Besar Keningau yang terletak lebih 100 kilometer yang merupakan satu-satunya hospital besar di pedalaman Sabah.
Malangnya, keadaan di hospital tersebut dilaporkan semakin sesak dan tidak mampu menampung jumlah pesakit yang semakin ramai.
Clare berkata, ini merupakan kali keempat program sedemikian dianjurkan meski pun terpaksa berhadapan dengan banyak halangan.
“Walaupun pada mulanya terdapat halangan demi halangan, rata-rata penduduk kampung yang mendapatkan perkhidmatan kesihatan ini begitu terharu dan bersyukur. Ia membuktikan program sebegini amat diperlukan dan membantu meringankan beban mereka.
“Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan jutaan penghargaan kepada sukarelawan yang terlibat dalam kem ini diatas komitmen serta dedikasi yang diberikan tanpa mengira penat dan lelah demi menjayakan program ini,” katanya yang juga Setiausaha Wanita Pakatan Harapan Sabah.
Beliau turut menyeru supaya kerajaan memberi perhatian terhadap usaha menyediakan kemudahan kesihatan yang lebih baik, lengkap dan berkualiti kepada rakyat di pedalaman. – Roketkini

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena