Tuesday, 21 November 2017

[Video Hujan dan tanpa khemah, protes harga minyak diteruskan] Adakah esok (rabu) harga minyak akan naik atau turun? Pemuda Pakatan Harapan berhujan tuntut kerajaan turunkan harga minyak.

Selasa, 21 November 2017

Foto Otai BERSIH.

Foto Suara Rakyat.
HARI INI DALAM SEJARAH !!!.. MINYAK NAIK 5 MINGGU BERTURUT-TURUT !!!...CUKUURR
Terima kasih & bersyukur kepada KERAjaan Umno-BN kerana rakyat didahulukan tanggung minyak naik..
Harap slps ni biarlah minyak naik tiap2 minggu demi kesejahteraan rakyat serta kukuhkan ekonomi..

MASIH INGAT.. "RM30.2 juta jaga 2 panda China sejak 2014" -Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar

#KepalaBapakKau
Foto Otai BERSIH.
Ada betoi ke ni..??.Tolong komen sedikit..

Pemuda Pakatan Harapan berhujan tuntut kerajaan turunkan harga minyak


Peserta aksi protes terpaksa mengerjakan solat Asar di bawah hujan lebat akibat khemah dirampas oleh DBKL.
Hujan lebat petang ini dilihat tidak mematahkan semangat Pemuda Pakatan Harapan untuk meneruskan protes membantah kenaikan harga petrol dan diesel di persimpangan Jalan Parlimen.
Tindakan mereka berkumpul sejak tengah malam tadi diikuti sokongan terbuka beberapa Ahli Parlimen Pakatan Harapan tengah hari tadi diteruskan walaupun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merampas khemah mereka.
Naib Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, unjuk rasa masih terus berlangsung dengan kehadiran aktivis termasuk dari Perak dan Johor.
“Hujan lebat ketika ini (4 petang). Kami masih meneruskan flashmob (aksi kilas) di depan Parlimen walau tanpa tanpa tempat berteduh.
“Tanpa khemah dan kami akan terus di sini. Kami tidak mahu bergaduh dengan penguatkuasa atau mana-mana penjawat awam,” ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Terdahulu, kira-kira 20 penguatkuasa dan pegawai DBKL meroboh dan merampas khemah peserta sekali gus dilihat sebagai cubaan menghalang kebebasan rakyat bersuara.
Rundingan Ahli Parlimen Alor Setar dari PKR, Gooi Hsiao Leung dengan seorang pegawai DBKL agar menggunakan budi bicaranya memandangkan cuaca mulai mendung tidak diendahkan.
Pada masa sama, terdapat beberapa penguatkuasa terbabit yang dilihat tidak cermat membuka khemah yang didirikan sebelum ditegur Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Sany Hamzan.
Mengulas lanjut, Shazni yang juga Pengarah Mobilisasi Pemuda Pakatan Harapan berkata, tuntutan mereka jelas supaya kerajaan mengembalikan semula subsidi petrol dan diesel bagi mengekang kenaikan berterusan bahan api itu.
“Kami hanya mahu satu: Subsidi RM1 bilion dikembalikan dan harga minyak turun,” tegasnya lagi yang telah berada di lokasi protes sejak malam semalam.
Tanpa peduli rayuan aktivis Pemuda Pakatan Harapan, penguatkuasa DBKL terus merampas khemah peserta.
 Malaysia Dateline

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena