Sunday 26 November 2017

[Video INI BUKTI RAKYAT MAKIN SUSAH!] Saya kekal main peranan dalam PAS, kata Mahfuz.

Ahad, 26 November 2017

Related image

Related image

Related image

Saya kekal main peranan dalam PAS, kata Mahfuz

Saya kekal main peranan dalam PAS, kata Mahfuz
Saya ada peranan sendiri yang mesti difahami oleh Pakatan Harapan, kata Mahfuz Omar kepada The Malaysian Insight beberapa jam selepas rakannya, Amiruddin Hamzah menyertai Bersatu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 26 November, 2017.

AHLI Parlimen PAS Pokok Sena, Mahfuz Omar membuat keputusan akan terus memainkan peranannya dalam PAS ketika rakannya Amiruddin Hamzah membuat keputusan menyertai Bersatu.
"Saya ada peranan sendiri yang mesti difahami oleh Pakatan Harapan," kata Mahfuz kepada The Malaysian Insight beberapa jam selepas rakannya, Amiruddin menyertai Bersatu.
Amiruddin, Adun PAS Anak Bukit yang juga ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah mengumumkan menyertai Bersatu hari ini.
Menurut Mahfuz, Amiruddin memberitahu akan menyertai Bersatu Khamis (23 November) lepas ketika bekas AJK PAS Pusat itu mengambilnya di Lapangan Terbang Alor Setar.
"Ketika dia hantar saya ke rumah, dia beritahu akan menyertai Bersatu," kata Mahfuz yang terus menyokong tindakan itu.
Amiruddin adalah antara AJK PAS yang dikalahkan dalam Muktamar PAS 2015 lalu bersama 17 lagi rakan-rakannya dalam barisan kepimpinan PAS. Beliau tidak menyertai Amanah apabila parti itu ditubuhkan tetapi meletakkan semua jawatan dalam PAS dengan alasan tidak boleh lagi melaksanakan arahan pucuk kepimpinan PAS.
Namun begitu, Amiruddin terus kekal sebagai ketua pembangkang DUN Kedah.
Malam ini, Mahfuz dan Amiruddin akan bersama Mukhriz Mahathir, bekas menteri besar Kedah yang juga timbalan presiden Bersatu dalam satu ceramah Pakatan Harapan di Kedah.
Menurut Mahfuz, beliau akan terus memainkan peranannya dalam PAS bagi menyedarkan ahli dan pengundi PAS tentang keperluan mereka menyokong PH walaupun kekal dalam PAS. Baginya, penyertaan Amiruddin dalam Bersatu adalah satu petunjuk kepada pengundi  dan ahli-ahli PAS mereka mempunyai pilihan untuk menyertai mana-mana parti dalam PH.
"Ada sebelum ini bekas pimpinan negeri menyertai Amanah seperti Dr Ismail Salleh, ada yang sertai PKR seperti Kamarudin Jaffar dan ada yang sertai DAP seperti Zulhazmi Sharif.
"Hari ini Amiruddin sertai Bersatu," kata Mahfuz.
Menurut Mahfuz, beliau menemui ramai ahli akar umbi PAS yang berani dan telah menyertai Bersatu di Kedah.
"Pengundi dan ahli PAS yang tak berani secara terbuka menyertai PH kerana menjaga kepentingan hubungan dalam masyarakat, persatuan, di surau dan sebagainya, pasti mempunyai keberanian untuk memberi undi kepada PH nanti.
"Bagi saya, ini satu signal baru untuk pengundi-pengundi dan ahli PAS dan rakyat Kedah, PH adalah parti yang sewajarnya diberi undi dalam PRU di Malaysia dan Kedah," katanya.
Bagi beliau, penyertaan Amiruddin akan menjadi barisan bakal kepimpinan kerajaan Kedah selepas PRU nanti dan akan meyakinkan rakyat untuk mengundi mereka.
"Kini PH ada bekas MB, ada bekas Exco seperti Dr Ismail dan Fakhrurazi dalam Amanah dan kini ada Amiruddin dalam Bersatu yang sewajarnya menambahkan keyakinan rakyat untuk mengundi PH di Kedah dan Malaysia," katanya.
Katanya, fenomena ini akan membolehkan PAS terus kekal sebagai parti Islam yang kuat tetapi tidak diberikan kuasa memerintah seperti mana berlaku di Turki. 
"Di Turki, parti yang diasaskan Erbakan, Saadet, terus kuat sampai sekarang tetapi untuk politik kuasa, rakyat Turki serahkan kepada parti lain iaitu AKP," katanya. – 26 November, 2017.
The Malaysian Insight

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena