Saturday 25 November 2017

[Video Tun M luah rasa kecewa & Razman patut letak jawatan PJ Pas kerana BERBOHONG] Presiden PAS Hentam Arab Saudi.

Ahad, 26 November 2017


Image result for Gambar Himpunan Kleptokrasi

Image result for Gambar Himpunan Kleptokrasi

Presiden PAS Hentam Arab Saudi

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang terus mengkritik Arab Saudi, yang kini sekutu rapat Malaysia, selepas negara itu bersama tiga negara rantau Arab yang lain menyenaraikan persatuan ulama antarabangsa yang beliau pimpin sebagai kumpulan pengganas.

Pakatan empat negara Arab — Arab Saudi, Mesir, Emiriah Arab Bersatu dan Bahrin — kelmarin mengisytiharkan Kesatuan Ulama Muslimin Antarabangsa (IUMS), yang Hadi merupakan naib presidennya, sebagai kumpulan pengganas, bersama Majlis Islam Antarabangsa "Massaa".

Kata Hadi, negara-negara Arab itu sekarang sudah tidak ada jati diri dalam menentukan haluan sendiri sebaliknya kini mengikut telunjuk barat, sehingga sanggup bersekongkol dengan Zionis Yahudi dan menindas dunia Palestin.

Tindakan Arab Saudi dan sekutunya itu, kata Hadi, hanya akan membawa bangsa Arab ke gerbang kehancuran.

Katanya, negara-negara Arab ini sekarang lebih "percaya dan kagum kepada penguasa-penguasa Yahudi Zionis" berbanding kepada Allah, Islam dan umat Islam.  

"Bangsa Arab asalnya menjadi mulia kerana Islam akan tetapi kini bakal hancur dengan kejahatan mereka sendiri yang mengiktiraf rejim Zionis serta mengabaikan Palestin dan kesuciannya," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

"Pendekatan politik sebegini sebenarnya ibarat kapal yang berlayar sesat di lautan samudera yang luas," katanya lagi.

Empat negara itu turut menyenaraikan 11 individu sebagai pengganas dengan tuduhan menyebar dan menyokong keganasan.

Dalam kenyataannya, Hadi turut menempelak negara-negara Arab itu sebagai "miskin integriti serta sahsiah."

"Walaupun negara-negara ini terkenal dengan kekayaan dari sudut sumber buminya, namun mereka miskin integriti serta sahsiah. Mereka turut hilang keagungan serta kemuliaannya.

"Lebih malang, mereka juga mengubah pendirian mereka mengikut hawa nafsu sehingga menjadi lemah di hadapan orang-orang kafir, namun bersikap keras ke atas orang-orang beriman dan memuliakan 'tetamu-tetamu' Zionis melebihi saudara seagama.

"Bahkan lebih parah, mereka telah bertindak keras ke atas negara yang seagama dengannya hanya kerana berbeza pendapat," kata beliau.  

Selasa lalu, Hadi mengkritik hubungan Arab Saudi dengan Israel serta usaha negara itu meningkatkan kebencian terhadap Syiah Islam yang merupakan mazhab majoriti di Iran.

Hadi juga menyatakan sokongan kepada Turki, Iran dan Rusia, yang telah membantu Qatar ketika Arab Saudi memulaukan Doha.

Walau bagaimanapun ada pihak yang berpendapat kritikan lantang Hadi terhadap Arab Saudi itu hanya permainan tarik tali politik

Ahli sains politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Faisal Syam Hazis berkata, Hadi perlu mengambil hati Islam konservatif yang menyokong PAS dan pada masa sama tidak mengecewakan Najib.

Contohnya, Hadi begitu tegas mengutuk hubungan Arab Saudi dan Israel, tetapi beliau tidak mendesak Putrajaya supaya menekan Arab Saudi untuk memutuskan hubungan itu.

Sekiranya Hadi kritikal terhadap Arab Saudi, beliau tentu membantah kedatangan Raja Salman Abdulaziz Al-Saud ke Malaysia pada Jun, kata Faisal.

Hasil lawatan itu, Malaysia menjalin kerjasama dengan Arab Saudi dalam usaha memerangi pengganas dengan membuka Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP) di Putrajaya.

Kritikan Hadi terhadap lawatan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump ke Arab Saudi adalah satu contoh lain, tambah Faisal.

"Trump dan Arab Saudi dikritik, tetapi Najib melawat Trump di White House tidak pula. Dia mengkritik Arab Saudi tetapi tidak kritik hubungan kerajaan sendiri dengan Arab Saudi?" katanya.
 
Jun lalu negara-negara ini memutuskan hubungan dengan Qatar atas alasan negara itu menaja keganasan. - MI

Posted by 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena