Wednesday 29 November 2017

[Video LAGI DUIT DANA KWSP~Pinjaman RM5.28 Billion] RAKYAT MALAYSIA TERTIPU! Syarikat China Untung, Tabung KWSP/KWAP Tanggung.

Khamis, 30 November 2017

Foto Rafizi Ramli.

EDRA SASARKAN DANA KWSP, KWAP DAN TABUNG TEMPATAN UNTUK BERI PINJAMAN RM5.28 BILION
Saya merujuk kepada dua laporan BERNAMA mengenai perkembangan-perkembangan yang sedang berlaku melibatkan Edra Energy, syarikat penjana elektrik kedua terbesar negara (selepas TNB) yang dijual kepada syarikat milik Kerajaan China oleh 1MDB.
Laporan-laporan tersebut adalah:
1. Edra power poised to raise RM5.28b for Malacca plant, 25 November 2017
(baca di https://www.malaysiakini.com/news/403295#HBycwAblCjsrEzFf.99)
2. Edra's largest power plant project in M'sia to start operations in 2021, 12 November 2017
(baca di https://www.malaysiakini.com/news/401655#7ywfd1kZtSv3vfdj.99)
Butira-butiran berikut adalah penting untuk memberikan latar belakang kenapa perkembangan-perkembangan yang dilaporkan oleh BERNAMA seperti di atas wajar diberi perhatian serius oleh rakyat:
i. Lesen menjana elektrik bagi stesen janakuasa yang kini dimiliki oleh Edra pada asalnya diberikan kepada dua orang kroni Barisan Nasional iaitu syarikat-syarikat yang dikuasai oleh Ananda Krishnan dan Genting;
ii. 1MDB kemudiannya meminjam berbilion ringgit untuk membeli stesen-stesen janakuasa ini pada harga yang jauh lebih mahal dari harga pasarannya ketika itu dengan alasan untuk menjadi syarikat penjana elektrik yang terbesar;
iii. 1MDB juga mendapat lesen untuk membina stesen janakuasa elektrik terbesar di Malaysia seperti yang dilaporkan BERNAMA pada 12 November 2017, sedangkan 1MDB tidak pernah ada pengalaman menguruskan syarikat penjanaan elektrik;
iv. Rancangan 1MDB untuk menerbitkan saham untuk mengumpul modal membiayai pembinaan stesen janakuasa elektrik gagal kerana dikhuatiri tidak mendapat sambutan. Menjelang 2015, Edra (yang ketika itu milik penuh 1MDB) menghadapi masalah kerana dibebani hutang yang tinggi;
v. TNB menawarkan sekitar RM8 bilion yang difikirkan nilaian semasa Edra pada ketika itu tetapi ditolak oleh pentadbiran Dato’ Seri Najib atas alasan ia terlalu rendah;
vi. Sebaliknya, pentadbiran Dato’ Seri Najib menjual Edra kepada CGN (sebuah anak syarikat milik penuh Kerajaan China) walaupun ia melanggar peraturan Kerajaan Persekutuan tidak membenarkan pegangan asing di dalam aset penjanaan tenaga melebihi 49%;
vii. Penjualan Edra kepada CGN dalam tahun 2015 pada harga RM9.83 bilion diwar-warkan oleh 1MDB sebagai satu bukti keyakinan China kepada 1MDB dan ekonomi Malaysia yang membawa masuk pelaburan asing ke negara ini (rujuk laporan Straits Times dan kenyataan 1MDB di http://www.straitstimes.com/…/malaysias-1mdb-agrees-sale-of…)

BERNAMA melaporkan bahawa Edra bercadang meminjam sehingga RM5.28 bilion, iaitu sehingga 80% dari pembiayaan yang diperlukan untuk membina stesen janakuasa Alor Gajah yang boleh menjana 2,242 MW, iaitu stesen janakuasa terbesar di negara ini apabila ia beroperasi dalam tahun 2021.
Pinjaman ini akan diperolehi melalui penerbitan kertas-kertas hutang sukuk yang kini sedang dalam proses untuk diterbitkan. Malah, BERNAMA melaporkan kenyataan Fiona Chan, Naib Presiden Kewangan Edra yang secara jelas menyebut bahawa “Edra mensasarkan dana-dana besar seperti KWSP, Kumpulan Wang Amanah Pencen dan syarikat-syarikat insuran”. Apabila ditanya adakah Edra hanya menumpukan kepada dana dari sumber tempatan Fiona Chan dipetik berkata “ada cukup ringgit di pasaran tempatan untuk membiayai projek ini, jadi memang tumpuan adalah kepada sumber tempatan”.
Saya menimbulkan perkara ini kerana saya telah memberi amaran sebelum ini bahawa projek-projek besar yang diberikan kepada syarikat China akhirnya akan dibiayai oleh rakyat Malaysia juga. Jelas sekarang bahawa “pelaburan dari China” yang diwar-warkan oleh Dato’ Seri Najib itu tidak wujud, sebaliknya yang berlaku ialah projek hanya diberikan kepada syarikat China, kerja-kerja diberikan kontraktor China tetapi dibiayai oleh rakyat Malaysia.
Perkara ini sedang berlaku di dalam Edra, seperti yang dilaporkan oleh 2 laporan BERNAMA di atas:
i. Ketua Pegawai Operasi Edra, Dato’ Mohamad Noor Ali mengakui sendiri bahawa hanya 30% dari projek tersebut mempunyai kandungan tempatan (“local content”) – bermakna 70% dari bahan-bahan, kerja-kerja dan segala keuntungan projek akan diberikan kepada syarikat China;
ii. Jika hanya 30% dari projek mempunyai kandungan tempatan, berapa jumlah pekerjaan yang akan diberikan kepada pekerja tempatan?
iii. Projek ini dibiayai pula oleh wang KWSP dan dana pencen rakyat melalui KWAP, bukannya melalui wang yang dibawa masuk oleh syarikat China;
iv. Dengan beroperasinya stesen janakuasa Alor Gajah ini, Edra milik negara China ini menjadi pembekal utama elektrik kepada TNB yang menyebabkan pergantungan kepada syarikat China untuk membekalkan elektrik naik mendadak; dan

v. Edra dilaporkan masih berhasrat untuk menerbitkan saham-sahamnya yang sudah tentu dibeli lagi oleh institusi pelaburan rakyat yang bermakna keseluruhan keuntungan syarikat China ini dibiayai oleh rakyat Malaysia.

Saya mahu Dato’ Seri Najib menjawab sendiri berapa peratusan tenaga elektrik negara yang akan dibekalkan oleh syarikat China ini yang perlu dibeli oleh TNB.
Saya juga mendesak Dato’ Seri Najib mengotakan janjinya bahawa penjualan bekas anak syarikat 1MDB ini kepada syarikat China adalah demi keuntungan dan mendapatkan pelaburan asing – dalam kedua-dua aspek jelas bahawa rakyat Malaysia sekali lagi tertipu apabila kedua-dua perkara itu tidak berlaku.
Sepatutnya aset penjanaan elektrik Edra dijual kepada TNB dalam tahun 2015 untuk membantu menstabilkan harga elektrik dan memastikan dana rakyat tidak tiris membiayai syarikat-syarikat asing seperti yang berlaku sekarang.

RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN
NAIB PRESIDEN KEADILAN

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena