Wednesday 29 November 2017

[Video Kelantan Menangis-Laporan Banjir & Sebelum ini N/Presiden Pas tertawakan banjir di Penang! Siapa cakap besar ustaz?] Malang bertimpa buat Zailah lepas berkecuali pandu lori tanpa kunci pula.

Rabu, 29 November 2017


Malang bertimpa buat Zailah lepas berkecuali pandu lori tanpa kunci pula

Keratan paparan komen netizen yang disiarkan Sinar Harian online Siti Zailah beraksi memandu lori.
Malang bertimpa buat Zailah lepas berkecuali pandu lori tanpa kunci pula

Selepas teruk diserang dengan aksi berkecuali ketika Bajet KPDNKK,  Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Yusof sekali lagi menjadi sasaran.

Kali ini dengan aksi memandu lori kononnya mahu menghantar barangan bantuan kepada mangsa banjir di kawasannya.

Ia terkantol apabila didapati beliau hanya berlakon sahaja kerana lori itu tidak mempunyai kunci pun pada tempatnya.
“Mana kunci lori tu. Kantoi,” kata netizen kepada gambar Zailah.
Gambar beliau yang mulanya ditularkan oleh para penyokong Pas kerana kehebatan beliau memandu lori kemudiannya disebarkan pula oleh pengkritik beliau kerana kehebatan berlakun dan kantoi.
Zailah sebelum ini diserang hebat kerana mengambil sikap berkecuali dalam pengundian bajet KPDNKK itu sehingga menyebabkan BN selamat dengan satu undi.
Dalam pengundian belah bahagi itu BN mendapat 52 undi, pembangkang 51 undi dan 2 berkecuali.
Turut berkecuali bersama Zailah adalah naib presiden Pas, Idris Ahmad (Bukit Gantang).
Dalam laporan Sinar Harian online Zailah terpaksa berdalih.
“Saya bawa bantuan dengan menaiki lori, bukannya bawa bantuan dengan memandu lori,” kata Zailah selepas gambarnya memegang stereng lori tanpa kunci tular di laman sosial, semalam.
Zailah dipetik berkata, gambar berkenaan diambil oleh anaknya selepas mengetahui minatnya untuk mempelajari cara pemanduan lori.
Malah katanya, gambar berkenaan diambil sebagai kenangannya bersama keluarga meredah banjir dengan menaiki lori ke pusat-pusat pemindahan sementara sekitar Rantau Panjang.
Beliau berkata, lori yang dinaiki merupakan milik anaknya digunakan sebagai salah satu kemudahan menghantar bekalan makanan kepada mangsa banjir di sini.
“Pihak berkenaan memutar belitkan kenyataan dengan hanya berpandukan gambar swafoto tanpa merujuk kepada saya terlebih dahulu,” katanya, selepas menyampaikan bekalan makanan kepada mangsa banjir di sembilan pusat pemindahan sementara dekat sini.
Semalam tular gambar Zailah menaiki lori tanpa kunci dan menganggap pemimpin Pas berkenaan sengaja menipu memandu lori untuk menghantar bekalan bantuan kepada mangsa banjir.
Malaysia Dateline

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena