Saturday 18 November 2017

[Video POLITIK ISLAM! PAS Tak Peduli kesusahan Rakyat Kelantan] Keperitan hidup miskin bandar.

Sabtu, 18 November 2017

Keperitan hidup miskin bandar



SURIANI Aziera dan suaminya Mohd Fairus Yusof mempunyai enam orang anak dengan pendapatan isi rumah sebanyak RM1,200 dan tinggal di Selangor.
Suri rumah dan pemandu lori itu, adalah antara hampir 50,000 miskin bandar yang mendapat bantuan dari badan-badan amal di Lembah Klang untuk meneruskan hidup. Mereka menerima RM400 dari zakat yang dikumpul oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), yang mengagihkan RM22.2 juta kepada 46,500 buah keluarga pada 2016, iaitu peningkatan sebanyak 2,207 daripada 44,393 keluarga yang berdaftar sebagai miskin bandar pada 2015.
Anak sulung Suriani telah berhenti sekolah untuk bekerja dan membantu menyara keluarga disebabkan anak-anaknya yang lain memerlukan RM2 sehari untuk belanja sekolah mereka.
Rumah yang melindungi keluarga tersebut menjadi pertikaian di antara keluarga Suriani, memaksa pasangan tersebut memohon untuk flat Dewan Bandaraya di Kuala Lumpur.
Walaupun hidup susah, Suriani selalu memberitahu anak-anaknya tentang pentingnya pendidikan, kerana baginya itu sahaja yang dapat mengeluarkan mereka dari kepompong kesusahan. – 17 November, 2017.
Menggunakan satu-satunya kenderaan yang mereka ada, keluarga ini menunggang motosikal dari Taman Batu Muda, Gombak ke Chow Kit untuk menghadiri kelas agama yang dianjurkan badan amal pada setiap Rabu dan untuk mendapatkan makanan percuma. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 17 November, 2017.
Mohd Fairus Yusof, 40, dan Suriani Aziera Shahril, 31, bersama tiga daripada enam orang anak mereka. Mohd Yusof adalah suami kedua Suriani. Dia mempunyai seorang anak hasil perkahwinan pertamanya ketika usia remaja, Dayang Syaheera Airricca Abdullah, 17. Syaheera berhenti sekolah ketika di tingkatan empat untuk menjaga neneknya yang meninggal dunia tahun lalu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 17 November, 2017.
Siti Norsyakila Nik Hassan, 15, adalah anak angkat Suriani. Norsyakila membantu Suriani melakukan kerja rumah dan menjaga adik-adik angkatnya. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 17 November, 2017.
Setiap malam Rabu, Suriani dan anak-anaknya akan ke Chow Kit untuk menghadiri kelas agama yang dianjurkan oleh badan amal berhampiran jalan utama di Kuala Lumpur, di mana tuisyen percuma juga diberikan. Hidup dalam kemiskinan, Suriani melihat hanya pendidikan sahaja yang akan menyuluh masa depan anak-anaknya. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 17 November, 2017.
Di ruang tamu inilah Suriani dan anak-anaknya melakukan kebanyakan aktiviti mereka. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 17 November, 2017.
Anak-anak Suriani menunggu di luar Rumah Transit Gelandangan di Medan Tunku di Chow Kit setelah menerima makanan percuma dan pemeriksaan kesihatan yang disediakan oleh badan-badan amal. Kelihatan di belakang, orang yang memerlukan dan gelandangan beratur untuk menerima sumbangan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 17 November, 2017.
The Malaysian Insight.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena