Tuesday 21 November 2017

[Video Rasuah Berbilion Jabatan Air Buktikan Sabah Kaya Tapi Jalan Lubang, Sekolah Berpapan] Melengahkan pendaftaran Pakatan menunjukkan Najib takut kalah & Rakyat dah tahu duit Felda, duit KWSP, duit KWAP, duit Tabung Haji telah hilang!

Selasa, 21 November 2017

Melengahkan pendaftaran Pakatan menunjukkan Najib takut kalah

Melengahkan pendaftaran Pakatan menunjukkan Najib takut kalah
Pengerusi Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohamad berkata ia mungkin juga dianggap penolakan terang-terangan ke atas hak-hak pakatan pembangkang untuk bertanding. – Gambar fail The Malaysian Insight, 21 November, 2017.

KEENGGANAN Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS) untuk secara rasmi mengiktiraf Pakatan Harapan (PH) menunjukkan Perdana Menteri Najib Razak bimbang terhadap pakatan pembangkang yang bersatu.
Pengerusi PH Dr Mahathir Mohamad berkata kelengahan dan penangguhan mungkin juga dianggap penolakan terang-terangan ke atas hak-hak pakatan pembangkang untuk bertanding.
"Najib takut kalah," kata Dr Mahathir dalam blognya hari ini.
"Takut kepada parti-parti lawan yang telah bergabung yang Najib cuba halang daripada berlaku."
"Dengan itu kelulusan untuk daftar gabungan tidak diberi setelah berbulan permohonan dibuat.
"Caranya mudah. Tidak lulus secara rasmi. Tidak tolak secara rasmi. Tidak beri jawapan sama ada lulus atau tidak. Hanya tidak jawab. Dalam pertimbangan. Belum lulus tidak berbeza dari tidak lulus.
"RoS tidak jawab surat. Tunggu menteri. Menteri hilang. Ada tetapi tidak ada. Jadi tidak dapat jawab.
"Sebulan, dua bulan, suku tahun, setengah tahun. Tak jawab. Bukan tolak. Hanya tak jawab," tambah Dr Mahathir.
PH telah mengemukakan permohonan kepada RoS untuk diiktiraf sebagai sebuah gabungan rasmi masih pada24 Julai lalu, namun sehingga kini masih belum mendapat maklum balas.
Semalam, Ketua Pengarah RoS Surayati Ibrahim berkata masih terdapat masalah berkaitan parti parti PH iaitu Bersatu dan DAP.
Katanya, Bersatu masih belum mengadakan mesyuarat tahunan seperti yang dikehendaki oleh perlembagaan parti.
Sementara itu, beliau berkata RoS masih belum menerima laporan penuh pemilihan semula jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) DAP yang diadakan pada 12 November lalu.
"Mungkin dilulus lima minit sebelum bubar Parlimen," kata Dr Mahathir, merujuk kepada pendaftaran PH sebagai gabungan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 yang mesti diadakan pada Julai.
"Maka bermasalahlah Gabungan Parti Lawan. Logo dan simbol tidak dikenali oleh orang ramai, oleh pengundi. Maka terkelirulah mereka bila mengundi.
"Harapan Najib pengundi tak dapat undi gabungan parti lawan. Harapan Najib BN tak kalah. Tetapi BN akan tetap kalah.
"Rakyat bukan bodoh. Mereka tahu akan segala-galanya. Mereka tahu Najib seleweng duit 1MDB berbilion. Mereka tahu 2.6 bilion masuk akaun Najib dalam AmBank.
"Mereka tahu duit Felda, duit KWSP, duit KWAP, duit Tabung Haji telah hilang." – 21 November, 2017.


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena