Sunday, 26 November 2017

[Video Umno SEDIA TERIMA Pas & RAKYAT SUSAH~Penarikan Subsidi Minyak Menjejaskan Rakyat] Bantah Harga Petrol Diesel M'sia & 5 TUNTUTAN Petisyen Rakyat!

Isnin, 27 November 2017



BANTAH HARGA PETROL DIESEL MALAYSIA

DESAKAN UNTUK KERAJAAN MALAYSIA MENURUNKAN HARGA MINYAK
1. Menyedari bahawa hari ini kami selaku warganegara Malaysia yang sah begitu tertekan dengan kos sara hidup dan harga barangan yang begitu tinggi di dalam negara.
2. Menyedari bahawa kos sara hidup dan harga barangan yang melonjak naik secara mendadak hari ini sekitar 26% kenaikan harga makanan harian yang merupakan keperluan utama kehidupan kami adalah disumbangkan secara langsung dengan kenaikan harga minyak petrol dan diesel yang mana kenaikan harga minyak mempunyai kesan domino ekonomi kepada kenaikan harga barang dan kos lain kehidupan.
3. Menyedari bahawa penetapan harga minyak secara mingguan tidak ditetapkan mengikut struktur yang telus dan berkesan dengan kekerapan kenaikan 80% melebihi penurunan.
4. Menyedari bahawa ekonomi negara hari ini sedang berada dalam keadaan genting dan mencabar dengan kadar inflasi melebihi 4% dan kejatuhan nilai Ringgit yang mana kesan daripada kemerosotan ekonomi akan mengancam perbelanjaan seharian poket kami.
5. Menyedari bahawa Malaysia sebagai negara pengeluar minyak dengan 30% pendapatan negara diperolehi daripada hasil minyak dan kutipan GST daripada poket kami sekitar RM42 bilion setahun merupakan suatu hasil mahsul berpunca daripada hak kami selaku warganegara sah.
6. Menyedari bahawa harga minyak seharusnya ditetapkan pada harga sekitar RM1.90 seliter (RON95) jika subsidi minyak yang hanya sekitar RM3 bilion setahun tidak dipotong Kerajaan dan nilai Alpha yang telus digunakan memandangkan harga minyak mentah dunia hanya sekitar USD50 setong.
MAKA, KAMI RAKYAT MALAYSIA YANG SAH BERTANDATANGAN DI BAWAH DENGAN RELA HATI DAN TULUS IKHLAS MENYOKONG 5 TUNTUTAN DI BAWAH AGAR KERAJAAN MENGAMBIL LANGKAH-LANGKAH BERIKUT:
1) Menurunkan Harga Minyak
2) Menstabilkan Harga Minyak Secara Telus
3)Menghentikan Penetapan Harga Minyak Secara Mingguan
4) Mendedahkan Nilai Alpha Sebenar
5) Mengembalikan Subsidi Minyak
Sekretariat
Gerakan Turun Harga Minyak
(GERTAK Malaysia)

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena