HARGA MINYAK: KERAJAAN TIDAK BERHATI PERUT, AYUH TERUS BANTAH!
1. Kerajaan Barisan Nasional seolah tidak ada hati perut, sewenang-wenangnya menaikkan harga minyak tanpa rasa kasihan belas. Minggu ini mencatatkan harga minyak adalah paling tertinggi sejak mekanisme penetapan harga mingguan diperkenal.
2. Biarpun ramai yang membantah dan melahirkan kekecewangan sebelum daripada ini, kerajaan pimpinan Dato' Seri Najib Tun Razak langsung tidak rasa simpati sebaliknya terus bertindak menaikkan harga minyak pada minggu ini.
3. Dalam tempoh perbahasan belanjawan 2018 ketika ini yang kononnya bajet terbaik dalam sejarah negara, kerajaan tetap tidak rasa bersalah untuk 'menjerut' rakyat dengan menaikkan harga minyak yang merupakan keperluan harian rakyat.
4.Rakyat ketika ini hidup dalam keadaan yang cukup mencabar dengan bebanan kos kehidupan yang semakin meningkat terutama selepas perlaksanaan cukai GST. Kerajaan seolah-olah tidak puas untuk membebankan rakyat dengan cukai GST, mereka terus menghimpit rakyat dengan pelbagai kenaikan dan pemotongan subsidi seperti harga minyak.
5. Oleh yang demikian, Pemuda AMANAH Nasional mengajak seluruh rakyat khususnya golongan muda untuk terus membantah tindakan kerajaan menaikkan harga minyak. Pemuda AMANAH akan meneruskan flashmob di seluruh negara bagi sama-sama memberi kesedaran rakyat tentang betapa pentingnya membuat perubahan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 yang akan datang.
6. Pakatan Harapan meletakkan azam untuk menurunkan harga minyak dalam tempoh 100 hari pemerintahan apabila mendapat mandat oleh rakyat dalam PRU14 nanti. Pakatan Harapan akan menstabilkan harga minyak dengan kadar yang tidak membebankan rakyat sesuai dengan Malaysia selaku negara pengeluar minyak.
7. Rakyat punyai hak dan kuasa untuk membantah, Pemuda AMANAH Nasional yakin kerajaan sangat gentar sekiranya rakyat bangkit menentang tindakan bobrok yang dilakukan oleh mereka. Ayuh tunjukkan kuasa kita, tolak kerajaan kleptokrasi pada PRU14 nanti!
Membina Negara Berintegriti
#PemudaBekerja
#PemudaBekerja
MOHD SANY HAMZAN
Ketua Pemuda AMANAH Nasional
Ketua Pemuda AMANAH Nasional
0 comments:
Post a Comment