Friday, 24 November 2017

[Video Muhyiddin: Najib masih boleh Berjoget Sakan Sha-la-la tatkala rakyat merana] 'Bangkit Anak Muda' Parlimen Titiwangsa bukan lagi kubu kuat UmnoBN & Najib guna strategi 'tak jawab', kata Dr M.

Sabtu, 25 November 2017

"Parlimen Titiwangsa bukan lagi kubu kuat UMNO dan BN"- Akmal Zahin Zainal, Ketua Pemuda PH dan PPBM Wilayah Persekutuan.
Untuk rekod, Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Johari Ghani yang juga Menteri Kewangan Kedua (sokong GST) hanya menang 866 majoriti undi pada PRU 13 lalu.
Najib guna strategi 'tak jawab', kata Dr M

Pakatan Harapan tahu awal-awal lagi jika permintaan dibuat untuk berjumpa dengan menteri dalam negeri, maka permintaan itu tidak akan dijawab, sama seperti surat untuk mengetahui apa sudah jadi kepada permohonan kelulusan bagi perlembagaan dan logo/simbolnya.
Ini adalah strategi kerajaan Najib Razak apabila berhadapan dengan tuntutan hak parti lawan yang ditakuti olehnya, jangan tolak dan jangan lulus. Diam sahaja.
Tidak menjawab boleh ditafsir dengan bermacam tafsiran yang tidak mendedahkan Najib kepada dakwaan menyalah guna kuasa dengan tidak melulus.
Tidak menjawab mungkin disebabkan tidak menerima, atau terima tetapi tidak menolak, atau tidak dapat memutus untuk menolak atau melulus kerana sebab-sebab tertentu, atau sedang dipertimbang.
Jika HARAPAN seperti biasa menghantar surat bertanya tentang kedudukan permohonan, sekali lagi jangan jawab.
Dengan cara ini berbulan-bulan berlalu tanpa HARAPAN mengetahui lulus atau tidak perlembagaannya dan simbol. Persiapan untuk pilihan raya umum (PRU) tidak boleh dibuat oleh HARAPAN. Persiapan mengambil masa yang panjang, sekurang-kurangnya tiga bulan. Selain dari membuat sepanduk dan bendera dengan logo/simbol yang diluluskan, penentuan kerusi dan calon juga mengambil masa. Simbol yang diguna di kertas undi amat penting. Pengundi perlu kenal simbol ini semasa mengundi. Jika tidak dikenali sekian lama sukar bagi pengundi mengundi HARAPAN. Mungkin simbol lain yang akan dipangkah.
Oleh itu melambatkan kelulusan perlembagaan HARAPAN dan simbolnya adalah cara menyalah guna kuasa kerajaan untuk BN memenangi pilihan raya.
Selepas lima bulan berlalu tanpa jawapan kerajaan, HARAPAN membuat keputusan untuk jumpa menteri dalam negeri. Jika permohonan dibuat untuk maksud ini sudah tentu jawapan tidak akan diberi. Berbulan lagi akan berlalu dan semakin dekatlah pilihan raya, semakin pendeklah masa untuk HARAPAN membuat persiapan.
Oleh itu HARAPAN memutus untuk tidak meminta atau memberitahu tarikh rombongan HARAPAN akan berjumpa menteri. Kesempatan untuk menteri menghilang diri tidak dapat dilakukan.
Tetapi kementerian dapat maklumat tentang perancangan HARAPAN. Maka hilanglah menteri.
Inilah yang berlaku pada Isnin, 20 November.
Sekarang diketahui bahawa ada masalah dengan DAP dan BERSATU. Tetapi maklumat diberi secara lisan. Tidak ada surat rasmi. Tanpa jawapan rasmi pembetulan tidak dapat dibuat. Maka terpaksa tunggu lagi.
Masa berlalu. Pilihan raya semakin dekat. Tanpa kelulusan rasmi persiapan tidak dapat dibuat. Tunggulah. Kerajaan tidak tolak. Tidak bermakna kerajaan tidak lulus. Hanya tidak jawab.

TUN DR MAHATHIR MOHAMAD adalah bekas perdana menteri yang kini mempengerusikan gabungan pembangkang Pakatan Harapan.

Rencana ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.
malaysiakini.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena