Saturday 25 November 2017

[Video Kawan Baik TRUMP (Najib) TAKUT KEPADA PH] Artis cantik muda dan popular dah berani nyatakan kerisauan mereka pada negara! Hadi main tarik tali antara Arab Saudi dan Najib.

Sabtu, 25 November 2017

Foto Otai BERSIH.
Sangat jarang ada artis cantik muda dan popular macam Dato Siti, Fatiya, Che Ta, Adiba Noor & etc berani ke depan nyatakan kerisauan mereka pada negara

Macai2 sedang gunakan page-page mereka untuk memburuk-burukkan mana saja artis yang berani macam ni. Mereka ini sedang mempertaruhkan rezeki pendapatan mereka untuk beri kesedaran pada rakyat yang leka terhadap keadaan negara yang sangat membimbangkan sekarang ini.

Hadi main tarik tali antara Arab Saudi dan Najib Razak

Hadi main tarik tali antara Arab Saudi dan Najib Razak
Presiden Pas Abdul Hadi Awang begitu tegas mengutuk hubungan Arab Saudi dan Israel, tetapi beliau tidak mendesak Putrajaya supaya menekan Arab Saudi untuk memutuskan hubungan itu. – Gambar EPA, 25 November, 2017.

SEKUTU Perdana Menteri Najib Razak, Abdul Hadi Awang mengambil tindakan mengejutkan apabila lantang mengkritik Arab Saudi, negara yang pemimpinnya rapat dengan Najib.
Presiden PAS itu menyelar hubungan baik yang dipupuk Arab Saudi dengan Israel. Hadi juga berbaik-baik dengan Qatar, negara Teluk yang dipulaukan Arab Saudi.
Kelihatannya seperti Hadi meletakkan Najib dalam persimpangan - mengecam Hadi dan membuatnya rapat dengan Pakatan Harapan, atau patutkah Najib menyebelahi Hadi dan memberi tekanan ke atas hubungan dengan keluarga diraja Arab Saudi?
Ahli sains politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Faisal Syam Hazis berkata, ada satu pandangan lain - Hadi sedang bermain tarik tali.
Hadi perlu mengambil hati Islam konservatif yang menyokong PAS sambil tidak mengecewakan Najib, kata Faisal.
Contohnya, Hadi begitu tegas mengutuk hubungan Arab Saudi dan Israel, tetapi beliau tidak mendesak Putrajaya supaya menekan Arab Saudi untuk memutuskan hubungan itu.
"Hadi mengkritik Arab Saudi tetapi mahu mengekalkan hubungannya dengan Najib. Jadi, beliau tidak mengkritik hubungan Najib dengan Arab Saudi," kata Faisal.
"Beliau memujuk rakannya yang fikir Israel sebagai musuh nombor satu Islam. Tetapi beliau juga tidak mahu mengkritik dan mengecewakan Najib," katanya.
Sekiranya Hadi kritikal terhadap Arab Saudi, beliau akan membantah kedatangan Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud ke Malaysia pada Jun, kata Faisal.
Kritikan Hadi terhadap lawatan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump ke Arab Saudi adalah satu contoh lain.
"Trump dan Arab Saudi dikritik, tetapi Najib melawat Trump di White House tidak pula," kata Faisal.
"Anda mengkritik Arab Saudi tetapi tidak kritik hubungan kerajaan sendiri dengan Arab Saudi?"
Kritikan Hadi terhadap Arab Saudi mendapat perhatian pada saat negara Teluk mengisytiharkan sebuah badan dunia ilmuwan Islam yang mana Hadi merupakan naib presidennya, sebagai sebuah organisasi pengganas.
Sebelas ahli Kesatuan Ulama Antarabangsa (IUMS) yang dahulunya mendapat dana dari Qatar, telah diisytiharkan sebagai kumpulan pengganas oleh Pihak Anti-Keganasan Arab Saudi, Mesir, Emiriah Arab Bersatu dan Bahrin.
Dalam ruangan mingguannya tiga hari lalu, Hadi mengkritik hubungan Arab Saudi dengan Israel serta usaha negara itu meningkatkan kebencian terhadap Syiah Islam yang merupakan mazhab majoriti di Iran.
Hadi juga menyatakan sokongan kepada Turki dan Iran, yang telah membantu Qatar ketika Arab Saudi memulaukan Doha.
Penganalisis hubungan luar negara berkata usaha Arab Saudi untuk memulaukan Qatar, mencampuri perang saudara di Syria dan perangnya di Yaman merupakan sebahagian daripada kempen lebih besar untuk memantau peningkatan pengaruh Iran di Timur Tengah. 
Seorang lagi penganalisis, Hisommudin Bakar berkata, pelabelan IUMS sebagai organisasi pengganas tidak memberi kesan terhadap PAS atau Hadi, kerana tiada satu pun disebutkan dalam kenyataan yang dikeluarkan agensi berita Arab Saudi.
"Tidak ada garis jelas di antara hubungan luar dan politik dalaman kita. Najib tidak perlu memilih sama ada PAS atau Arab Saudi." – 25 November, 2017.
The Malaysian Insight.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena