Friday 24 November 2017

[Video Dr ASRI: TIDAK MAIN-MAIN Dengan KISAH LAPAR Ini & Sampai Bila Najib Nak Perbodokan Rakyat] Tuduhan pengganas terhadap Dr Zakir perlu bukti! Naik GST penyebab harga barang naik - Netizen.

Jumaat, 24 November 2017


Foto Parti Amanah Negara.
Tulisan YB Khalid Samad berhubung tuduhan pengganas terhadap Dr Zakir Naik


Foto Otai BERSIH.
Tentang kenaikan harga barang ini siapa yang patut kite persalahkan..???

Gst kan boleh menurunkan harga barang, kenapa harga barang naik pulak, mustahil saya tidak percaya,haha...

Image result for Gambar GST turun harga barang
Image result for Gambar GST turun harga barang

GST penyebab harga barang naik: Netizen


SHAH ALAM - Rata-rata rakyat kini mengeluh dengan kenaikan harga makanan dan barang-barang keperluan harian.

Justeru, apabila kerajaan digesa melakukan kajian di atas isu  kenaikan harga barang ini oleh Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye, rakyat mempunyai jawapan mereka sendiri.

Kebanyakkan mereka berasakan punca utama kenaikan harga yang melampau ini berpunca daripada cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan penurunan nilai ringgit seperti yang didakwa pengguna Facebok, Sofiyuddin Sofi.

"Punca utama kenaikan harga barang adalah disebabkan nilai RM turun ke paras yang teruk disamping GST.

"Tak payah kaji sebab puncanya dah jelas," tulisnya.
Pendapatnya disokong pengguna Facebook, Pedang Melangit.
"Baru nak kaji, dah naik berapa puluh tahun dah, mungkin faktor rasuah, orang tengah, GST, harga minyak memonopoli perniagaan dan sebagainya.

"Malaysia ni tanahnya luas tapi pengeluaran kurang, masih import dari luar, teknologi pertanian pun kurang maju berbanding negara jiran. Kementerian yang berkaitan perlu lakukan sesuatu," tulisnya pula.

Bagaimanapun, ada juga berpendapat berbeza antaranya pengguna Facebook, Demonis Phet.

"Orang tengah atau 'middleman' inilah puncanya. Kawal lah mereka ini dan lesen atau monopoli yang dipegang oleh krono ditarik balik.

"Beri lesen pada mereka yang layak," tulisnya.

Bagi pengguna Facebook, Pata pula berpendapat bahawa peniaga mana yang ingin turunkan harga barang kini.

"Peniaga kalau dah dapat 'lampu hijau' naikkan harga barang sekali, mati hidup balik pun dia takkan turunkan harga lagi," tulisnya.

Sementara itu, ada juga netizen yang menyokong sekiranya kerajaan melakukan kajian terhadap kenaikan harga barangan ini.

"Sokong tindakan mengkaji harga barangan semasa, penguatkuasa patut sentiasa prihatin tentang perkara ini termasuk menteri yang berkaitan.

"Rakyat dah rasa harga tidak murah berbanding dua , tiga tahun dahulu," tulisnya.
Laporan Indeks Harga Pengguna Malaysia bagi Julai 2017 menunjukkan harga makanan di Pulau Pinang adalah yang tertinggi di Malaysia diikuti Johor,Melaka, Kuala Lumpur, Sabah, Labuan, Selangor dan Putrajaya.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena