Tuesday 28 November 2017

[Video Rakyat Kedah Siap Sedia Untuk Humbankan Umno BN] Selepas skandal 1MDB, LHDN jadi agen ‘seksa rakyat’.

Rabu, 29 November 2017

Selepas skandal 1MDB, LHDN jadi agen ‘seksa rakyat’

Selepas skandal 1MDB, LHDN jadi agen ‘seksa rakyat’
Oleh kerana kerajaan tidak ada duit LHDN jadi agensi untuk tekan rakyat bayar cukai, kata Chong Chieng Jen (DAP-Bandar Kuching). – Gambar AFP, 29 November, 2017.

LEMBAGA Hasil Dalam Negeri (LHDN) adalah agen kerajaan yang menekan rakyat untuk membayar cukai bagi menambah hasil selepas ketirisan berlaku dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata seorang ahli Parlimen pembangkang.
Chong Chieng Jen (DAP-Bandar Kuching) mendakwa kerajaan kini kekurangan hasil disebabkan skandal 1MDB dan ketirisan tadbir urus.
"Oleh kerana kerajaan tidak ada duit LHDN jadi agensi untuk tekan rakyat bayar cukai. 
“Walau banyak manapun kita bayar cukai ketirisan masih berleluasa dan ia tidak akan selesaikan masalah,” kata Chong ketika sesi perbahasan Rang Undang-undang Cukai pendapatan (Pindaan) 2017 di Dewan Rakyat hari ini.
Chong berkata, LHDN tidak seharusnya menganggap “semua orang seperti penjenayah.”
"Kita bayar cukai tapi cara LHDN kutip cukai dari orang ramai berperikemanusiaan sikit. 
“Jangan anggap orang sebagai penjenayah...terutamanya orang tua yang bersara, mereka sudah berkhidmat untuk negara," katanya.
Timbalan Menteri Kewangan 1 Othman Aziz bagaimanapun berkata dakwaan Chong tidak benar kerana LHDN hanya memberi kesedaran kepada rakyat untuk membayar cukai.
"Berkaitan langkah LHDN  dilihat macam menekan rakyat, saya melihat bahawa apa yang dibuat LHDN dalam konteks memberi kesedaran bahawa sebagai rakyat yang perlu membayar cukai mereka kena bayar cukai.
"Kalau ada masalah LHDN akan membantu. Bila kita sedar kita kena bayar cukai kita kena patuh, tapi kita sedar rungutan seperti dibangkitkan Bandar Kuching," katanya.
Othman yang juga ahli Parlimen Jerlun berkata, LHDN hanya memastikan pembayar cukai yang layak membayar cukai mereka.
"Kita tidaklah sampai tahap menekan rakyat. 
“Kita sedar langkah LHDN ini (untuk) memastikan tidak ada orang yang patut bayar cukai sikit atau banyak tapi tak bayar," katanya. – 29 November, 2017.
The Malaysian Insight

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena