Saturday, 18 November 2017

[Video BERKECUALI: PAS Khianati Undi Rakyat] Diskriminasi wanita bertudung, mana suara MCA?

Ahad, 19 November 2017

Image result for Gambar bertudung kerja dihotel

Diskriminasi wanita bertudung, mana suara MCA?

APABILA belanjawan Kerajaan Pulau Pinang menampilkan kenaikan peruntukan pada hal ehwal Islam di Pulau Pinang, pihak MCA selalu mempromosikan bahawa kononnya pentadbiran Lim Guan Eng sebagai anti Cina.

Di pihak Umno dan PAS pula menampilkan kononnya Lim Guan Eng anti Islam. Fitnah dan tuduhan tiada asas ini, sering sahaja menjadi makanan harian bagi parti-parti yang membenci kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Realitinya dapat dilihat dengan isu diskriminasi terhadap larangan bertudung terhadap wanita Islam yang bekerja di hotel. Didapati pemimpin tertinggi PH kehadapan dalam mengeluarkan kenyataan membantah tindakan hotel berkenaan.
Bermula dengan desakan agar ditarik lesen hotel oleh Nurul Izzah Anwar, kemudian diikuti pula kenyataan yang menolak sebarang amalan diskriminasi terhadap wanita Islam di Pulau Pinang oleh ketua menteri Pulau Pinang, malahan Gobind Singh yang merupakan salah seorang pemimpin tertinggi DAP pula menawarkan guaman percuma kepada wanita-wanita Islam yang didiskriminasikan tersebut.
Ajaibnya, sehingga kini pihak MCA, malahan sebilangan badan-badan yang menggunakan nama Islam yang sering berdemonstrasi kononnya mahu pertahankan Islam, kelihatan tidak kehadapan dalam isu ini.
Jauh sekali, mahu bersama dengan pemimpin PH dalam memperkatakan berkenaan diskriminasi terhadap wanita Islam ini.
Ternyata ini membezakan mereka dengan hakikat bagi masyarakat Pulau Pinang. Disamping menolak pendekatan Taliban yang keras dan melampau, hubungan baik sesama rakyat Pulau Pinang merentasi anutan agama dan bangsa menjadi nadi kekuatan bagi masyarakat di sini.
Ekoran itu, Ketua Menteri Lim Guan Eng terang-terang menyatakan bahawa sebarang elemen diskriminasi agama pasti akan ditolak dalam pentadbiran Pulau Pinang.
Dengan Isu ini, MCA kelihatan takut hilang undi Cina, makanya tidak hairan MCA sehingga hari ini mengambil sikap berdiam diri.
Namun, pihak MCA perlu sedar bahawa realiti masyarakat Cina di negara ini sejak sekian lama menghormati hak muslim, terutama masyarakat Pulau Pinang.
Ekoran itu, sekian lama hubungan harmoni dan toleransi tersemat, tanpa wujud permusuhan dan kesangsian yang berasaskan agama dan kaum.
Andai wujud provokasi, selalunya datang dari sebilangan kecil pihak yang tidak bertanggungjawab terhadap keharmonian masyarakat.
Kami menyeru, agar MCA mengambil sikap tidak berdiam diri dalam isu Islam.
Malahan, amat wajar mendokong usaha kerajaan Pulau Pinang menyuburkan keharmonian antara masyarakat Pulau Pinang, bukan membuat tuduhan palsu seperti anti Cina terhadap usaha yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan. – 18 November, 2017.
*Wan Ji bin Wan Hussin adalah pegawai penerangan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.
* Ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insight.
The Malaysian Insight

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena