Showing posts with label Royalti. Show all posts
Showing posts with label Royalti. Show all posts

Tuesday, 16 September 2014

Titah Sultan Kelantan: BN - Selesaikan Royalti mengikut perjanjian yang telah ditandatangani...

Rabu, 17 September 2014
Siapa Penderhaka?

Tuanku Sultan Muhammad ke-V yang kita sayangi pernah bertitah supaya diselesai bayaran tunai Royalti mengikut perjanjian yang telah ditandatangani... namum sebaliknya pula pemimpin² UMNO Kelantan sedaya upaya menafikan HAK ANAK KELANTAN DEMI KEPENTINGAN PERUT SENDIRI...

Pihak mereka sendiri tidak mahu hormat titah Sultan tapi bila berlaku di pihak lain siang malam duk jaja didada media propaganda milik mereka mengatakan orang ini derhaka orang itu derhaka...

Sedar lah pengundi² PRK N.01 Pengkalan KUBOR perangai pemimpin² UMNO tersebut..


#WanRosdi4KaleKubor #BersamoPakate #PakohBule



Umno Tipu Orang Kelantan!

Gambar: Ini lah BUKTI sesungguhnya bagaimana cara Kerajaan UMNO/BN dan perjuangan pemimpin UMNO Kelantan untuk membantu orang melayu Kelantan...

"HAK ANAK KELANTAN DINAFIKAN DEMI KEPENTINGAN PERUT SENDIRI".. 

#WanRosdi4KaleKubor #BersamoPakate #PakohBule

Ini lah BUKTI sesungguhnya bagaimana cara Kerajaan UMNO/BN dan perjuangan pemimpin UMNO Kelantan untuk membantu orang melayu Kelantan...

"HAK ANAK KELANTAN DINAFIKAN DEMI KEPENTINGAN PERUT SENDIRI".. 


#WanRosdi4KaleKubor #BersamoPakate #PakohBule

Aik baru nak cakap!
Gambar: Acu komen sikit....???

#WanRosdi4KaleKubor #BersamoPakate #PakohBule
Read More

Sunday, 14 September 2014

RM12.3 juta Wang Ehsan LESAP... Jumlah tunggakan Royalti sebanyak RM12 bilion..."Pi mana"?

Ahad, 14 September 2014
Wang Ehsan LESAP
Gambar: Anak Kelantan harus sedar penyelewengan, ketirisan dan ketidaktelusan yang berlaku dalam agihan WANG EHSAN..., semua anak Kelantan harus bersatu menuntut WANG ROYALTI/BAYARAN TUNAI mengikut perundangan bukannya WANG EHSAN yang mudah diselewengkan...

Kenapa Wang Ehsan bukan royalti...  anak Kelantan bukan nak minta sedekah!... Beri pula Wang Ehsan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP)

TAKE NOTE: Kerajaan SAH Kelantan siapa... Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan ke?

#WanRosdi4KaleKubor #BersamaPakate #PakohBule
Anak Kelantan harus sedar penyelewengan, ketirisan dan ketidaktelusan yang berlaku dalam agihan WANG EHSAN..., semua anak Kelantan harus bersatu menuntut WANG ROYALTI/BAYARAN TUNAI mengikut perundangan bukannya WANG EHSAN yang mudah diselewengkan...

Kenapa Wang Ehsan bukan royalti... anak Kelantan bukan nak minta sedekah!... Beri pula Wang Ehsan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP)

TAKE NOTE: Kerajaan SAH Kelantan siapa... Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan ke?

#WanRosdi4KaleKubor #BersamaPakate #PakohBule
Perjuangan rakyat Kelantan...
Kenyataan Media:

Wang ehsan tiada kaitan dengan tuntutan Royalti Petroliam

 10644945_10152688600051310_1780709962561342495_n
Menjelang Pilihan Raya Kecil N01 Pengkalan Kubor, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, YB Datuk Seri Mustapa Mohamed mengumumkan, wang ehsan yang diperoleh RM50 juta setahun itu bakal disalurkan sebahagiannya melalui Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) berbanding Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) sebelum ini.
Sukacitanya kami mengulangi penegasan bahawa wang ehsan bukan wang royalti. Tuntutan kami jelas berdasarkan perjanjian yang ditandatangani pada 9 Mei 1975 antara Kerajaan Negeri Kelantan dengan Petronas. Kerajaan pusat sepatutnya tiada kaitan secara langsung dalam perjanjian bertulis tersebut. Rakyat sepatutnya tidak tertipu dengan mainan silap mata pengalihan tempat bayaran ini.
Perjuangan rakyat Kelantan adalah menuntut bayaran royalti bukan wang ehsan yang tidak mempunyai sebarang asas perundangan. Jika kerajaan pusat memberikan wang ehsan berapa puluh juta pun, ianya tidak akan menjejaskan objektif tuntutan rakyat Kelantan. Seandainya royalti berjumlah RM1 berbanding wang ehsan RM50 juta pun, kami fokus kepada perjanjian.
Diulangi perjanjian jelas menyebut 5% daripada hasil pengeluaran petroliam adalah milik negeri dan 5% lagi milik kerajaan pusat. Pendedahan Petronas bahawasanya royalti 5% milik negeri-negeri pengeluar petroliam telah dibayar melalui kerajaan pusat, ternyata asas kami benar pertamanya. Melanggar perjanjian kerana membayar kepada orang yang salah adalah asas keduanya.
Anggaran kasar kami pada tahun 2012, royalti tertunggak sebanyak RM12 billion. Terbaru Telaga Damar yang hanya jarak 109 km dari pantai Kelantan sudah hampir setahun beroperasi. Kesemua ini, walau ditekan dengan situasi saluran yang pincang, kami tetap meneruskan saman, mengumpul sokongan dan kempen tanpa jemu.
Sempena PRK Pengkalan Kubor ini, pihak R akan membantu pihak yang memberi komitmen kepada perjuangan menuntut Royalti.
Nazri Deraman,
Presiden ROYALTI
Gambar: Fakta yang perlu diketahui : Jawapan Kepada Muhyiddin Yassin mengenai bukti Kelantan mempunyai hasil Petroleum dan dinafikan Kerajaan Persekutuan.

1. Tuntutan Royalti adalah berdasarkan Undang-Undang dan Perjanjian Akta Pembangunan Petroleum 1974 (Akta 144) dan Surat Cara yang ditandatangani oleh Pengerusi PETRONAS YBM Tengku Razaleigh & MB Kelantan Dato Mohd Nasir pada 9 Mei 1975.

2. Jarak 3 batu nautika seperti yang dilaungkan umno tidak ada dalam perjanjian akta pembangunan Petroleum, semua negeri menandatangani perjanjian yang sama utk menyerahkan hak pengeluaran petroleum diperairan negeri, sebagai balasan PETRONAS perlu membayar tunai 5% daripada hasilpengeluaran.

3. Jumlah tunggakan adalah sebanyak RM12 bilion (anggaran tahun 2012) daripada purata pengeluaran pertama pada 1997 di blok PM3 CAA, purata 5% pengeluaran setahun adalah Rm800 - RM900 juta.

4. Lima Blok Medan Petroleum Tuntutan melibatakan 44 buah telaga: 
- PM3 CAA tahun 1997 (sempadan Malaysia - Vietnam)
- MTJDA tahun 2005 (sempadan Malaysia-Thailand)
- PM301 tahun 2011 (100% perairan Kelantan)
- PM302 tahun 2012 (100% perairan Kelantan)
- PM 303 pertindihan antara Kelatan - Terengganu sejak 1997.

http://www.malaysiakini.com/news/274509
Fakta yang perlu diketahui : Jawapan Kepada Muhyiddin Yassin mengenai bukti Kelantan mempunyai hasil Petroleum dan dinafikan Kerajaan Persekutuan.

1. Tuntutan Royalti adalah berdasarkan Undang-Undang dan Perjanjian Akta Pembangunan Petrole
um 1974 (Akta 144) dan Surat Cara yang ditandatangani oleh Pengerusi PETRONAS YBM Tengku Razaleigh & MB Kelantan Dato Mohd Nasir pada 9 Mei 1975.

2. Jarak 3 batu nautika seperti yang dilaungkan umno tidak ada dalam perjanjian akta pembangunan Petroleum, semua negeri menandatangani perjanjian yang sama utk menyerahkan hak pengeluaran petroleum diperairan negeri, sebagai balasan PETRONAS perlu membayar tunai 5% daripada hasilpengeluaran.

3. Jumlah tunggakan adalah sebanyak RM12 bilion (anggaran tahun 2012) daripada purata pengeluaran pertama pada 1997 di blok PM3 CAA, purata 5% pengeluaran setahun adalah Rm800 - RM900 juta.

4. Lima Blok Medan Petroleum Tuntutan melibatakan 44 buah telaga:
- PM3 CAA tahun 1997 (sempadan Malaysia - Vietnam)
- MTJDA tahun 2005 (sempadan Malaysia-Thailand)
- PM301 tahun 2011 (100% perairan Kelantan)
- PM302 tahun 2012 (100% perairan Kelantan)
- PM 303 pertindihan antara Kelatan - Terengganu sejak 1997.

http://www.malaysiakini.com/news/274509
10393969_10152688596221310_5514448647916959913_n
Gambar: PRK N.01 Pengkalan KUBOR ...

#WanRosdi4KaleKubor #KukuhkanPakatan #PakohBule

Read More

[Video] PRK N01: Rintihan ROYALTI! PM tipu rakyat Kelantan, JK Khas Petroleum hanya gimik PRU13 lalu...

Ahad, 14 September 2014


VIDEO dari anak Kelantan....Kenapa Beri Wang Ehsan Itu Serupa Beri Sedekah..? Kami Anak Kelantan Bukan Nak Minta Sedekah!... Beri pula Wang Ehsan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP)... tidak kah itu pencerobohan terhadap sistem demokrasi?
⇨
Sebagai Anak Kelantan ambo menyeru Anak Kelantan baik yang berada di Kelantan atau seluruh Malaysia “Bangkitlah rakyat Kelantan dan Malaysia, Ayuh Kita Tuntut Hak Kita dari parti yang selama ini telah banyak mengkhianati bangsa sendiri dan mendiskriminasi negeri kita.

Umno khianat orang Kelantan ... Umno kata mereka lah pejuang Melayu tetapi hakikatnya mereka lah PENGKHIANAT orang melayu sebenar (KELANTAN 95% MELAYU).. Negeri dinapikan selayaknya oleh Umno kerana dendam politik...

Perjuangan bukan lah pilihan tapi ketetapan jika kita berjuang mempertahankan sesuatu, tak boleh lah pilih-pilih dari mana pihak mana...

Ayuh Kita Tuntut Hak Kita. Terokk Rapatt Jikk!!!Tuntutlah hak hasil bumi kita demi anak, cucu cicit dan generasi masa depan.

DASAR UMNO PARTI PEMBELIT PUTAR ALAM..


Fakta Asas Tuntutan ROYALTI.

FAKTA ROYALTI

560171_555275001183936_2076357076_n

552877_555284797849623_1085175362_n

tungakan

PM tipu rakyat Kelantan, Jawatankuasa Khas Petroleum gimik PRU13, kata NGO

July 27th, 2014 by Truckster Inc
r_tolak
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak didakwa sebagai ‘penipu’ dan hanya cuba mengaburi mata rakyat Kelantan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 lalu apabila mengumumkan pembentukan Jawatankuasa Khas Tuntutan Bayaran Tunai Petroliam bagi negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia pada 4 Ogos, 2012.
Ini kerana, walaupun berjanji keputusan pertama dalam tempoh enam bulan setelah persidangan pertama, sehingga kini tidak ada sebarang hasil jawatankuasa ini, kata Pertubuhan R Kelantan yang memperjuangkan bayaran royalti petroleum untuk negeri itu.
Presiden R Nazri Deraman dalam satu kenyataannya kepada The Malaysian Insider berkata, setelah dua tahun pembentukan jawatankuasa ini, tidak ada sebarang hasil yang diumumkan.
Katanya, empat hari selepas pengumumaan Najib iaitu pada 8 Ogos, 2012, Pertubuhan R Kelantan menyerahkan memorandum bantahan dan menolak Jawatankuasa Khas ini, kepada Menteri Besar Kelantan pada ketika itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.Nazri berkata, Jawatankuasa Khas tersebut tidak mempunyai asas perundangan dan ditubuhkan semata-mata bertujuan mengaburi mata rakyat Kelantan yang ketika itu begitu teruja dengan perjuangan menuntut royalti.
“Jawatankuasa tersebut juga hanyalah janji politik licik perdana menteri untuk berdepan PRU13.
“Setelah PRU13 berlalu begitu lama, nasib rakyat Kelantan masih lagi tidak berubah dalam soal royalti ini walaupun Jawatankuasa Khas tersebut dibentuk,” kata Nazri.
Sehubungan itu, katanya, R mendesak kerajaan negeri Kelantan menarik diri daripada Jawatankuasa Khas itu.
Selain berjuang di mahkamah, kempen besar-besaran dibuat oleh rakyat Kelantan untuk menuntut royalti petroleum diberikan kepada negeri itu kerana terbukti telaga minyak yang digali berada di luar pantai Kelantan.
Pada 6 Julai, 2014 R menghantar surat kepada perdana menteri untuk mendapatkan maklumat dan hasil pembentukan jawatankuasa tersebut.
Di dalam surat tersebut mereka menyatakan, sekiranya masih lagi tidak mendapat apa-apa maklum balas dalam tempoh yang munasabah, mereka akan berkunjung beramai-ramai sekali lagi ke Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.
“Kami juga akan mengutuskan surat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Sultan Muhammad ke-V bagi menyuarakan hasrat dan pandangan ini,” katanya. – 25 Julai, 2014.
Read More

Friday, 15 March 2013

Fenomena-K Versus Virus-T Merebak di Kelantan! UMNO masuk ICU....

Sabtu, 16 Mac 2013
Fenomena “K” jadi aura baru di Kelantan
KOTA BHARU: Selepas simbol R kini muncul pula K. Fenomena simbol perjuangan mulai muncul di Kelantan sekarang menggantikan warna konvensional iaitu hijau dan biru.

Bermula dengan simbol R singkatan kepada Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (Royalti), sejak tahun lepas.
Gelombang dimulakan anak-anak muda yang bergabung di bawah R diketuai Nazri Deraman ternyata membuat Umno Kelantan seperti terpinggir dari arus perdana politik.

Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Dato’ Seri Mustapa Mohamed dan timbalannya Dato’ Dr Awang Adek Hussin antara orang yang paling bimbang dengan kemunculan R.

Cabaran R untuk berdebat dengan Mustapa dan Awang berkaitan tuntutan royalti Kelantan dibisukan sehingga sekarang.

Ekoran itu Umno dengan suntikan dana melalui Majlis NGO Kelantan difahamkan melahirkan Gerakan Tukar Kerajaan Pas Kelantan Demi Rakyat (Tukar) diketuai pegawai khas Mustapa, Kamaruddin Mat Kasim.

Limpahan dana membolehkan Tukar disebarluaskan melalui pelekat kenderaan yang diberi percuma pada setiap program anjuran Umno.
Virus-T
Bagaimanapun simbol K biar pun baru dilancar Pemuda PAS Kelantan yang bermaksud Kekal, berjaya mencetus suasana kedua selepas R.

K yang berlatar belakang peta Kelantan dengan warna huruf hijau digerakkan sebagai usaha Pemuda PAS bagi mempertahankan kerajaan negeri yang ada sekarang.
Fenomena-K
Pelancaran sticker dilakukan Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman di Syabab Point, Jalan Sultanah Zainab baru-baru ini.

Abdul Latiff berkata, sticker K akan disebarluas melalui program ceramah pemuda yang diadakan di seluruh Kelantan pada kempen pilihan raya umum ke-13.

“K juga sudah dicetak pada t-shirt dan pelekat kenderaan. Sambutannya begitu menggalakkan. Biar pun t-shirt tidak diberi percuma seperti T, namun sambutan orang ramai amat menggalakkan sekali,” ujarnya.
Takbir!....Alahuakbar
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena