Wang Ehsan LESAP
Anak Kelantan harus sedar penyelewengan, ketirisan dan ketidaktelusan yang berlaku dalam agihan WANG EHSAN..., semua anak Kelantan harus bersatu menuntut WANG ROYALTI/BAYARAN TUNAI mengikut perundangan bukannya WANG EHSAN yang mudah diselewengkan...
Kenapa Wang Ehsan bukan royalti... anak Kelantan bukan nak minta sedekah!... Beri pula Wang Ehsan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP)
TAKE NOTE: Kerajaan SAH Kelantan siapa... Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan ke?
#WanRosdi4KaleKubor #BersamaPakate #PakohBule

Perjuangan rakyat Kelantan...
Kenyataan Media:
Wang ehsan tiada kaitan dengan tuntutan Royalti Petroliam
Menjelang Pilihan Raya Kecil N01 Pengkalan Kubor, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, YB Datuk Seri Mustapa Mohamed mengumumkan, wang ehsan yang diperoleh RM50 juta setahun itu bakal disalurkan sebahagiannya melalui Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) berbanding Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) sebelum ini.
Sukacitanya kami mengulangi penegasan bahawa wang ehsan bukan wang royalti. Tuntutan kami jelas berdasarkan perjanjian yang ditandatangani pada 9 Mei 1975 antara Kerajaan Negeri Kelantan dengan Petronas. Kerajaan pusat sepatutnya tiada kaitan secara langsung dalam perjanjian bertulis tersebut. Rakyat sepatutnya tidak tertipu dengan mainan silap mata pengalihan tempat bayaran ini.
Perjuangan rakyat Kelantan adalah menuntut bayaran royalti bukan wang ehsan yang tidak mempunyai sebarang asas perundangan. Jika kerajaan pusat memberikan wang ehsan berapa puluh juta pun, ianya tidak akan menjejaskan objektif tuntutan rakyat Kelantan. Seandainya royalti berjumlah RM1 berbanding wang ehsan RM50 juta pun, kami fokus kepada perjanjian.
Diulangi perjanjian jelas menyebut 5% daripada hasil pengeluaran petroliam adalah milik negeri dan 5% lagi milik kerajaan pusat. Pendedahan Petronas bahawasanya royalti 5% milik negeri-negeri pengeluar petroliam telah dibayar melalui kerajaan pusat, ternyata asas kami benar pertamanya. Melanggar perjanjian kerana membayar kepada orang yang salah adalah asas keduanya.
Anggaran kasar kami pada tahun 2012, royalti tertunggak sebanyak RM12 billion. Terbaru Telaga Damar yang hanya jarak 109 km dari pantai Kelantan sudah hampir setahun beroperasi. Kesemua ini, walau ditekan dengan situasi saluran yang pincang, kami tetap meneruskan saman, mengumpul sokongan dan kempen tanpa jemu.
Sempena PRK Pengkalan Kubor ini, pihak R akan membantu pihak yang memberi komitmen kepada perjuangan menuntut Royalti.
Sempena PRK Pengkalan Kubor ini, pihak R akan membantu pihak yang memberi komitmen kepada perjuangan menuntut Royalti.
Nazri Deraman,
Presiden ROYALTI
Fakta yang perlu diketahui : Jawapan Kepada Muhyiddin Yassin mengenai bukti Kelantan mempunyai hasil Petroleum dan dinafikan Kerajaan Persekutuan.
1. Tuntutan Royalti adalah berdasarkan Undang-Undang dan Perjanjian Akta Pembangunan Petroleum 1974 (Akta 144) dan Surat Cara yang ditandatangani oleh Pengerusi PETRONAS YBM Tengku Razaleigh & MB Kelantan Dato Mohd Nasir pada 9 Mei 1975.
2. Jarak 3 batu nautika seperti yang dilaungkan umno tidak ada dalam perjanjian akta pembangunan Petroleum, semua negeri menandatangani perjanjian yang sama utk menyerahkan hak pengeluaran petroleum diperairan negeri, sebagai balasan PETRONAS perlu membayar tunai 5% daripada hasilpengeluaran.
3. Jumlah tunggakan adalah sebanyak RM12 bilion (anggaran tahun 2012) daripada purata pengeluaran pertama pada 1997 di blok PM3 CAA, purata 5% pengeluaran setahun adalah Rm800 - RM900 juta.
4. Lima Blok Medan Petroleum Tuntutan melibatakan 44 buah telaga:
- PM3 CAA tahun 1997 (sempadan Malaysia - Vietnam)
- MTJDA tahun 2005 (sempadan Malaysia-Thailand)
- PM301 tahun 2011 (100% perairan Kelantan)
- PM302 tahun 2012 (100% perairan Kelantan)
- PM 303 pertindihan antara Kelatan - Terengganu sejak 1997.
http://www.malaysiakini.com/news/274509

0 comments:
Post a Comment