Monday 22 September 2014

Azmin angkat sumpah jawatan MB Selangor...PKR rasa kesal?

Selasa, 23 September 2014

Azmin angkat sumpah jawatan MB Selangor

   
ADUN kawasan Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu hari ini.

Mohamed Azmin, 50, yang juga anggota Parlimen Gombak mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Balairong Seri, Istana Alam Shah di Klang, pada pukul 10.42 pagi.

Mohamed Azmin, Timbalan Presiden PKR, mengambil alih jawatan menteri besar Selangor daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang memegang jawatan itu lebih enam tahun bermula 2008.

Turut hadir isteri Mohamed Azmin, Shamsidar Taharin dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohammed Khusrin Munawi.

Bernama

Dicatat oleh 

PKR Cuba Buat Onar Lagi Selepas Perlantikan Azmin?


Majlis Pimpinan Pusat PKR menganggap pelantikan timbalan presiden parti itu, Azmin Ali sebagai menteri besar Selangor sebagai tindakan yang bertentangan dengan perlembagaan negeri


Dalam kenyataannya, PKR menyatakan rasa kesal kerana istana menolak pencalonan presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Sedangkan, Wan Azizah mendapat sokongan majoriti dari 30 ADUN, selari dengan keperluan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

“MPP juga tidak bersetuju dengan cara pihak Istana menangani proses pencalonan yang melibatkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sehingga beliau langsung tidak dipanggil mengadap walaupun mempunyai sokongan majoriti yang jelas.

“Oleh itu, MPP berpendapat bahawa proses memperkenan lantikan Menteri Besar Selangor yang baru ini tidak mengikut kehendak Undang-undang Tubuh Negeri Selangor dan bertentangan dengan amalan prinsip demokrasi berparlimen.

“Ia juga menjejaskan kemuliaan institusi raja berpelembagaan,” kenyataan itu dipetik.

Kenyataan keras itu dikeluarkan tidak lama selepas istana Selangor memaklumkan secara rasmi mengenai pelantikan tersebut semalam. ~malaysiakini

Addin:
Udah-udahler tu bertelagah.. rakyat dah naik loya. Sekarang tumpu kepada kerja-kerja kebajikan kepada rakyat dan mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap Pakatan akibat kemelut daripada isu ini.
Posted by 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena