Friday 19 September 2014

[Video] Perbahasan 'Daun Ketum': Azhari Ariffin...SATU BADAN DUA NAMA?

Sabtu, 20 September 2014

 Dr Azhari Ariffin yang baca doa panjang...


Inilah orangnya yang sedang heboh diperkatakan orangramai kerana membelasan pimpinan parti sendiri melalui doa panjang menjela-jela.

Aku pelik, kenapa mamat ni pakai nama Azhari Ariffin dalam Muktamar PAS ni? Adakah sebab dia nak jaga namanya yang sebenar dalam dunia perniagaan konsultannya? Korang boleh akses biodata Dr Azhar bin Yaakub @ Ariffin  di sini

Itulah nama mamat tu sebenarnya.Mengapa dia nak merahsikannya? Kalau korang google nama Dr Azhari Ariffin, kalian hanya akan diarah kepada ucapannya pada Muktamar PAS yg sedang berlangsung ini. Harap disiasat perkara ini.

Berikut adalah antara doa yang beliau leterkan.Kesian para muktamirin terpaksa menadah tangan mereka begitu lama... hinggakan pengerusi tetap menegor mamat ni beberapa kali - rasang lebih dari 4 kali minta dia pendekan doa kalutnya itu.

 Sepatutnya mamat ni kena bahas ucapan dasar Presiden, tapi dia gi baca doa membelasah pimpinan yang tidak sehaluan dengannya.

Perwakilan Kuala Kedah Ust Ridzwan Abu Bakar telah mengulas kelakuan mamat tadi tu sejurus mamat tu habis baca doa dah berpantun. Pantun pun ada.....macam-macam ada! Loklak betul! Ramai yang memuji dan mengucapkan tahniah diatas tindakan Ust Ridzwan yang berani mencegah kemungkaran yang sedang berlaku didepan mata, sedangkan para 'alim ulama khusyu' menadah tangan diatas pentas! Ziarahlah  facebook Ust Rizwan di sini 
Wakil Kuala Kedah, Ust Ridzwan Abu Bakar menuntut agar tindakan 
dikenakan ke atas Azhari Ariffin yang membacakan doa laknat kepada timbalan presiden pas dan 2 adun selangor serta pro-pakatan rakyat.

17:00 ~ Ya Alah, alangkah jahatnya polan bin polan, andai masih ada manusia seperti ini dalam parti kami, justeru wahai Allah, jauhilah kami darpada mereka, dan jauhilah mereka daripada kami.Mereka khianat wahai Allah, mereka zalim wahai Allah, mereka menikam kami dari belakang wahai Allah.

17:22 ~ Ya Rabb, jangan biarkan mereka merosakan kepimpinan dan perjuangan PAS yang kami sekalian kasihi, kesiahanilah kami wahai Allah, bentenglah kami wahai Allah!


 اللهُمَّ أَرِنَا الحَقَّ حَقّاً وَارْزُقْنَا التِبَاعَةَ وَأَرِنَا البَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَا اجْتِنَابَهُ
Ya Allah tunjukkanlah kebenaran itu kebenaran dan rezekikan kpd kami nikmat mengikuti kebenaran tersebut, wahai Allah, tunjukkanlah kebatilan itu kebatilan dan berikan kpd kami nikmat untuk menjauhi kebatilan tersebut.

17:56 ~ Ya Allah kami belajar kata-kata hikmah berbunyi:Kerana nila setitik, maka rosak susu sebelanga.

18:04 ~ Wahai Allah, sekarang dalam parti kami ada dua titik nila yang merosakan parti dan ummah keseluruhannya.Satu titik nila bernama cap Ulu Kelang, dan satu titik nila, nila cop Morib.

Catatan Oleh 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena