Sunday 14 September 2014

Latihan Tentera US di M'sia: Keselamatan negara berhadapan RISIKO...

Isnin, 15 September 2014

Risiko keselamatan negara bila berlatih dengan Amerika

HARAKAHDAILY | 14 September 2014.

KUALA LUMPUR: Keselamatan negara berhadapan risiko apabila tentera Amerika berada di bumi Malaysia kerana bukan sahaja Amerika berhajat berkongsi pengalamannya, akan tetapi segala maklumat yang diperlukan oleh Amerika terhadap keseluruhan aspek pertahanan Malaysia akan lebih mudah diperolehi dan boleh diakses secara langsung.

"Kami kecewa dengan dasar Malaysia mengukuhkan hubungan dan kerjasama ketenteraan dengan Amerika kerana ia menunjukkan tanda kesediaan Malaysia untuk terus menjadi rakan Amerika bersama dengan segala dasarnya," ujar Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid sebagai mengulas latihan ketenteraan negara dengan Amerika, baru-baru ini.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) membantah kerajaan Malaysia terus mengadakan kerjasama latihan ketenteraan Amerika dengan Angkatan Tentera Malaysia. Maklumat mengenai kira-kira 300 anggota tentera Amerika tiba di Terengganu bagi menjalani latihan tentera bersama-sama dengan Angkatan Tentera Darat Malaysia adalah petanda jalinan Malaysia dengan tentera Amerika terus akrab.

Kami berpendirian Malaysia harus berani menunjukkan sikap tegasnya terhadap kuasa imperialis dunia itu yang jelas menyokong Israel dalam serangan terbaru selama 50 hari terhadap Gaza. Malah ketika pembunuhan massa warga Palestin di Gaza dan menghancurkan hampir seluruh prasarana di Gaza oleh Israel, Amerika mengisytiharkan bantuan dana tambahan USD250 juta untuk tentera Israel.

Malah amat dimaklumi betapa operasi ketenteraan Amerika di seluruh dunia menunjukkan ia sebagai negara yang mempunyai agenda untuk memastikan mana-mana negara yang bekerjasama dengannya akan memenuhi kepentingan dasar luar Amerika.

Malaysia sepatutnya tidak perlu mengadakan kerjasama dengan Amerika dari segi ketenteraan kerana ia mendedahkan Malaysia kepada kemarahan banyak pejuang Islam dan pejuang pembebasan di dunia yang melihat Amerika sebagai dalang dan punca pelbagai konflik umat Islam dan antara negara di merata dunia.

Tentera Amerika tiba dengan sebuah pesawat boeing 777 yang mendarat di Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu malam Khamis, 11 September 2014.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan Perhubungan Raya Tentera Darat pada Jumaat memaklumkan kehadiran Anggota Tentera United States Army Pacific Command (USARPAC) dari Hawaii adalah untuk melaksanakan eksesais Keris Strike Siri 18/2014.

Kami berpendirian eksesais antara 13 hingga 26 September September 2014 di sekitar kawasan Kem Pangkalan Chepa dan Kem Desa Pahlawan sepatutnya dibatalkan.

Keselamatan negara berhadapan risiko apabila tentera Amerika berada di bumi Malaysia kerana bukan sahaja Amerika berhajat berkongsi pengalamannya, akan tetapi segala maklumat yang diperlukan oleh Amerika terhadap keseluruhan aspek pertahanan Malaysia akan lebih mudah diperolehi dan boleh diakses secara langsung.

Tujuan utama eksesais bilateral ini dikatakan adalah untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan pengalaman kepada peserta khususnya dalam pengurusan bencana alam dan perlaksanaan Operasi Pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Kami kecewa dengan dasar Malaysia mengukuhkan hubungan dan kerjasama ketenteraan dengan Amerika kerana ia menunjukkan tanda kesediaan Malaysia untuk terus menjadi rakan Amerika bersama dengan segala dasarnya.

Penjelasan yang dikeluarkan oleh pihak Angkatan Tentera Darat Malaysia yang menyatakan bahawa ini adalah latihan dalam bidang pengurusan bencana alam dan pelaksanaan Operasi Pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) tidak meyakinkan kerana Malaysia boleh memilih negara lain untuk menjalankan latihan seperti itu.

Mengikut Laporan State Department’s 2007 kepada Kongress: Section 1206(f) 2006 National Defense Authorization Act:

"Security cooperation remains a critical foreign policy tool that allows the United States to advance its national security interests worldwide.... Building partner nation security capacity is one of the most important strategic requirements for the United States to promote international security, advance U.S. interests and prevail in the war against terrorism (1)" (Kerjasama sekuriti tetap menjadi alat paling kritikal untuk dasar luar yang membolehkan US memantapkan kepentingan sekuriti nasional di seluruh dunia. Membina kapasiti dengan negara rakan adalah keperluan strategik paling utama untuk US mempromosikan sekuriti antarabangsa, mengukuhkan kepentingan US dan berjaya dalam memerangi terorisme.)

Berdasarkan laporan seperti inilah yang menyebabkan kami yakin sebarang kerjasama ketenteraan dengan Amerika pasti memberi impak kepada bentuk kepatuhan yang dikehendaki oleh Amerika kepada negara yang mengadakan kerjasama dengannya.

Pesawat boeing 777 yang mendarat di Terengganu itu dilihat lengkap dengan alatan perang dari Amerika sepatutnya cukup jelas membawa mesej bahawa Amerika mempunyai tujuan lebih besar daripada hanya mengadakan latihan pengurusan bencana alam sebagaimana yang didakwa. - HARAKAHDAILY 14/9/2014

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena