Sunday 14 September 2014

Kisah As-Syahid Ustaz Lotfi : Kenapa beliau tinggalkan PAS...Berjihad di bumi Syam

Isnin, 15 September 2014

AL FATIHAH

Kisah As-Syahid Ustaz Lotfi... kenapa beliau tinggalkan PAS dan turun ke medan peperangan..!


Ust Ahmad Yahaya - "Allahu Akbar! Moga dagang Ust Md Lotfi diterima Allah swt..."

Ucapan daripada Setiausaha Dewan Ulamak PAS Kedah kepada asy-Syahid Ustaz Md Lotfi Arifin....

Di saat kini, setelah menerima berita perginya Assyahid Ust Md Lotfi Ariffin, ana masih mengingati, pada tarikh 7 Februari 2014 ana menghubunginya bagi memohon pada waktu itu untuk beliau mewakili Dewan Ulamak Pas Negeri Kedah ke Mesyuarat Ulamak Pas Pusat di Kuala Lumpur. Namun jawapan yang ana terima pada ketika itu... "Kat Istanbul lani....".

Selepas ana menghubunginya pada waktu itu, pada tarikh 23 Februari 2014 sekali lagi ana menghubunginya bagi bekerjasama dan menguruskan program Lajnah Tarbiyah Ulamak yang akan diadakan..dan jawapan yang ana terima daripada Assyahid Ust Lotfi..cukup ringkas tetapi sudah memberi maksud yang cukup jelas...katanya pada ketika itu.."Bumi Syam".

Jelas di hati sanubari ana bahawa,Assyahid Ust Md Lotfi sudah melangkah jauh meninggalkan bumi Malaysia, meninggalkan keluarga dan segala keindahan hidupnya..untuk mencari syahid. Lalu ana ucapkan untuk Assyahid Ust Lotfi ketika itu, "Allahu Akbar! Moga dagang Ust diterima Allah".

Kali terakhir itulah ana dapat menghubungi Assyahid Ust Lotfi Ariffin. Setelah itu ana mengikuti perkembangannya disana melalui facebook, adakala media-media akhbar dan kaca tv yang adakala melaporkan tentang keberadaan Assyahid Ust Md Lotfi di bumi Syria.

Hari ini, tanggal 14 September 2014..ana menerima berita bahawa dagangan Ust Md Lotfi diterima Allah..

Selamat melangkah ke syurga Allah wahai guruku, sahabatku, semoga kami dapat menjejakimu di sana... Untuk keluarga As Syahid ana mengucapkan takziah atas kehilangan ini. Namun kalian beruntung menjadi orang yang sangat sabar dan redha.

Jasamu As Syahid tetap kami kenang waktu dalam Dewan Pemuda dan Dewan Ulamak...nasihat, tarbiyah, tausiyahmu sedaya mungkin kami ikuti.. terima kasih As Syahid Ust Lotfi Ariffin kerana menjadi menjadi pendidik kami ketika hidup, dihari mati dan selepasnya..

AL FATIHAH....

USTAZ AHMAD BIN YAHAYA
Setiausaha Dewan Ulamak Pas Negeri Kedah
14 September 2014
11.03 pagi

Posted by Kedah Lanie

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena