Jangan peduli cakap Melayu
Jangan pedulikan suara orang Melayu, jangan pedulikan suara orang UMNO, jangan pedulikan suara orang Islam.
PETALING JAYA: Zainuddin Maidin hari ini menyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mesti dengar suara Idris Jala mengenai tuduhan Akta Hasutan kepada pensyarah Universiti Malaya (UM) Azmi Sharom.
Sindir Zainuddin dalam blognya hari ini, ini kerana Idris Jala adalah Menteri Kabinet yang berpengaruh di dunia kewangan serta telah disenaraikan oleh Bloomberg antara 50 tokoh paling berpengaruh dalam bidang Koporat Bank dan sebagainya di dunia.
“Jangan pedulikan suara orang Melayu, jangan pedulikan suara orang UMNO, jangan pedulikan suara orang Islam kerana jika tekanan membantah tindakan di bawah Akta Hasutan 1948 telah semakin hebat terutama dari Guan Eng yang maki KPN, Ambiga, siswa bukan Melayu dan ramai lagi tidak didengar, maka populariti Datuk (Najib) akan merudum,” katanya.
Menurutnya lagi, kini semua polisi termasuk politik mesti disesuaikan dengan semangat globalisasi.
“Jika berani memulakan tindakan di bawah tekanan, maka mengapa tidak berani pula menarik balik semua tindakan di bawah tekanan.
“Pergi jahanam dengan suara semua orang Melayu, orang UMNO, suara NGO Melayu. Ini semua suara extremis, bigot, bodoh,” ujar Zainuddin dalam blognya, zamkata.blogspot.com.
Idris Jala: Azmi Sharom should not have been charged
0 comments:
Post a Comment