Tuesday 23 September 2014

Sekarang apa macam? Taktik kotor Dr Mahathir & Umno 'Tidak Mengena' di S'gor!

Selasa, 23 September 2014
Sekarang apa macam?
Dr Mahathir paling ngeri/takut kalau2 Anwar Ibrahim mengetuai Selangor, negeri terkaya di Malaysia selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac yang lalu.

" Daripada dulu hingga kini memang semua salah Anwar, Ops Lalang pun dikatakan salah saya, padahal ketika itu yang menjadi perdana menteri Dr Mahathir, bukan saya,” kata ketua umum PKR itu ketika berceramah di Taman Impian Murni, Kajang.

" dia katakan saya pro-Amerika Syarikat. Kemudian cuba melagakan PAS dengan PKR, ini semua membuktikan betapa takutnya beliau sekiranya saya menjadi menteri besar Selangor.” tambah Anwar Ibrahim.

Itulah merujuk ulasan amaran Dr Mahathir di Tivi yang mengatakan jika mahukan kerajaan yang pro Amerika Syarikat, rakyat boleh mengundi Anwar.

Anwar dan Dr Mahathir pernah bersama-sama memimpin kerajaan dan Umno sebelum dipecat atas kesalahan salah laku seksual dan penyalahgunaan kuasa pada 1998. Selepas itu, pertarungan politik beliau yang pernah menjadi timbalan perdana menteri dan menteri kewangan bersama Dr Mahathir tidak pernah berhenti.

Dalam ceramah yang dihadiri hampir 500 yang rata-ratanya merupakan penduduk Kajang, Anwar berkata, Dr Mahathir dapat menjangkakan kemaraan Pakatan Rakyat (PR) menuju Putrajaya dengan kehadirannya bersama kerajaan negeri Selangor.

Hal itu sendiri turut diakui Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang turut berucap terdahulu sebelum Anwar.

Beliau berkata Mahathir cuba menjadi batu api untuk mengeruhkan hubungan sesama parti komponen PR. Beliau berkata, amat menghairankan apabila Dr Mahathir tiba-tiba mengambil berat tentang kedudukan PAS di Selangor, walaupun semasa memerintah, parti Islam itu sentiasa menjadi mangsanya.

"Ini taktik kotor Dr Mahathir, Umno dan Barisan Nasional (BN) yang suka melagakan PKR, PAS dan DAP, sejak bila pula kamu begitu prihatin dengan PAS," katanya Khalid berkata dan menjelaskan PAS tidak akan terpedaya dengan taktik Dr Mahathir dan Umno itu.

"Kamu (Dr Mahathir) ingat kami seperti kamu yang suka memainkan politik kotor, kita tidak akan terpedaya lagi “ Tambah Khalid.

Sekarang apa macam?

Anwar memang bijak, ketika ditanya setelah Azmin diterima menduduki MB Selangor, maka seolah itulah strategi untuk mengabui mata BN kala DSWA dicadang dan bukan Azmin, kerana dia tahu mereka akan menghentam DSWA dan simpati Azmin dan dengan cara demikian mereka tidak akan memburukkan Azmin sebalik akan mereka burukkan DSWA yang hanya sebagai penampan semata.

Dalam waktu terdekat, tentunya BN tidak berkeupayaan untuk mengutuk Azmin dan sebenarnya bagi saya Azmin lagi susah ditundukkan oleh BN banding Khalid yang angguk dan ini satu kemenangan buat PKR yang merancang sesuatu demi Selangor dan siap ke puncak.

Seperti saya katakan Mahathir memang gusar dengan keadaan ini dan kegusaran itu sudah bermula sejak Kajang Move dan Anwar yang mahu bertanding diusaha bermacam hal hingga membolehkan Anwar tidak boleh bertanding dan kemudian diturunkan Wan Azizah.

Anwar memang punya strategi yang bermacam dan banyak sangat pilihan dan perancangan yang ia olah kalau sesuatu itu tidak dapat dilakukan kesan halangan2 yang dicipta oleh pemerintah dan ada sesuatu yang tidak disangka2 bisa mematahkan segala perancangan yang dibuat.

Sekarang Azmin Berjaya menduduki kerusi MB dan Azmin merupakan orang setia dan bertahun2 bersama Anwar dan ini lagi mudah untuk Anwar melaksanakan usahanya sesuai dengan Kajang Move.

Memang Selangor negeri terkaya dan kebetulan kedudukannya sesuai untuk siap mendaki dan sekarang jelas BN tidak tidur lena makan tak kenyang dan PR akan semula menyusun strategi dalam masa terdekat dan bersiaplah di PRU-14 akan datang dan kalau memang putrajaya bisa ditawan, maka siaplah penjara akan dipenuhi oleh bapak yang korup punya istana indah berjuta harga.

GST akan bermula dan derita payah susah sengsara akan kita rasa nanti.

banyak kerajaan tumbang bila GST dilaksanakan meski di TV GST dikata demi kebaikan rakyat.

Kebaikan apa kalau duduk makan minum tak pilih orang kaya atau miskin tetap dikenakan GST.

Fikirlah kamu sdra2ku!

ISMAILY BUNGSU
sabah

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena