Monday, 15 September 2014

Kes Bocor UPSR: Memalukan negara! Guru Besar pun ada yang 'bangang'?...Ditahan mengikut OSA

Isnin, 15 September 2014

Guru besar antara 4 ditahan mengikut OSA kebocoran kertas UPSR

Empat suspek ditahan semalam dengan kaitan kebocoran kertas soalan UPSR dan akan dibawa ke Mahkamah Tinggi di Putrajaya hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 15 September, 2014.
Empat suspek ditahan semalam dengan kaitan kebocoran kertas soalan UPSR dan akan dibawa ke Mahkamah Tinggi di Putrajaya hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 15 September, 2014.

Polis menerima empat hari perintah reman terhadap empat individu, termasuk guru besar sebuah sekolah di Pulau Pinang yang kini disiasat mengikut Akta Rahsia Rasmi berhubung kebocoran kertas soalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Suspek lain adalah dua guru dari Pulau Pinang dan seorang ejen insurans dari Kuala Lumpur.
Perintah reman itu dikeluarkan selepas polis membawa suspek berusia lingkungan 30-an hingga 50-an di hadapan Majistret Nur Dahlia Azmi di Putrajaya hari ini.
Peguam mereka Ester Tan Siew Choo berkata, polis memohon permit selama tujuh hari, namun majistret hanya memberikan empat hari.
Tan berkata, suspek disiasat mengikut Seksyen 8(1) Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 kerana mendedahkan kandungan kertas berkenaan kepada orang lain.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Assistant Commissioner Gan Kong Meng berkata, 12 individu ditahan untuk membantu siasatan.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/guru-besar-antara-4-ditahan-mengikut-osa-kebocoran-kertas-upsr#sthash.ayVKPkQV.dpuf

UPSR - Guru Besar Pun Ada Yang Bangang Kes Bocor Kertas Peperiksaan UPSR


Kalau sampaikn guru besar pun kena tangkap terlibat.. Dah takde kerja lain puak nih... Nak nama naik.. Nak pangkat naik.. Yang jadi mangsa.. Budak kecik yang baru nak kenal peperiksaan jadi mangsa kerakusan geng gila pangkat gila nama.. Apekebodoh nak bocorkan soalan upsr.. UPSR je pun.. bukan exam tu terus menentukan budak tu berjaya ke university termashur or not.. Patut amik tindakan tegas jer.. Buang Kerja!
Polis menerima empat hari perintah reman terhadap empat individu, termasuk guru besar sebuah sekolah di Pulau Pinang yang kini disiasat mengikut Akta Rahsia Rasmi berhubung kebocoran kertas soalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). 
Suspek lain adalah dua guru dari Pulau Pinang dan seorang ejen insurans dari Kuala Lumpur.
Perintah reman itu dikeluarkan selepas polis membawa suspek berusia lingkungan 30-an hingga 50-an di hadapan Majistret Nur Dahlia Azmi di Putrajaya hari ini.
Peguam mereka Ester Tan Siew Choo berkata, polis memohon permit selama tujuh hari, namun majistret hanya memberikan empat hari. – 15 September, 2014.
 
BANkami Blog

Muhyiddin: Isu UPSR bocor memalukan negara

Genting Highlands: Isu soalan bocor Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dianggap sesuatu yang amat memalukan selepas sekian lama negara ini mewujudkan sistem pendidikan antara yang terbaik di dunia.Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, isu itu yang turut dibincangkan dalam mesyuarat khas di Putrajaya tengah hari ini tadi akan diperjelaskan dalam masa terdekat termasuk langkah yang akan diambil bagi mengukuhkan sistem peperiksaan itu.
“Ia juga mampu mengukuhkan integriti Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) supaya profesion perguruan terus dihormati dan terpelihara.
“Justeru, saya menyokong cadangan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) supaya budaya mencari soalan bocor menjelang peperiksaan dikikis di kalangan guru, ibu bapa dan murid bagi memastikan masyarakat tidak tertekan dengan sistem peperiksaan awal,” katanya ketika berucap pada Persidangan Perwakilan Tritahunan NUTP di sini, petang ini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena