Monday 29 September 2014

Menghina Sultan: Aktivis Ali Abd Jalil Akhirnya Dibebaskan...

Isnin, 29 September 2014
Aktivis Ali Abd Jalil ditahan polis untuk didakwa bagi kesalahan kedua mengikut Akta Hasutan petang ini selepas mengaku tidak bersalah menghina Sultan Johor ...

Aktivis Ali Abd Jalil menghabiskan lebih masa dalam tahanan polis berbanding suspek pembunuhan, yang hanya boleh ditahan selama 14 hari sebelum perlu dilepaskan atau didakwa polis. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 September, 2014. 

Tahanan 19-hari kes hasutan ‘lebih lama dari suspek bunuh’, kata peguam

Ali yang bersama gerakan Asalkan Bukan Umno (ABU) dituduh memuatnaik kenyataan berbaur hasutan di halaman Facebook "Kapitalis Bangsat" dalam tiga komen berlainan, yang didakwa menghina Sultan Johor dan menyeru supaya ia dijatuhkan. – 26 September, 2014.
 - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tahanan-19-hari-kes-hasutan-lebih-lama-dari-suspek-bunuh-kata-peguam#sthash.N7ZqSxQQ.dpuf

Ali Akhirnya Dibebaskan..

Selepas berulang kali dilepaskan dan ditangkap semula, aktivis Ali Abd Jalil akhirnya dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Peguamnya New Sin Yew memberitahu Malaysiakinibahawa Ali telah dibebaskan dari ibu pejabat polis daerah Nusajaya pada jam 3.40 petang ini, selepas menerima pengesahan daripada pihak polis pada kira-kira jam 1 tengahari bahawa penahanannya tidak akan dilanjutkan.


"Dia nampak bersemangat. Malah pihak polis membawanya ke hospital sebelum dibebaskan untuk memastikan dia dalam keadaan baik," kata New, sambil menambah bahawa Ali kelihatan dalam keadaan sihat.
BLM.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena