Saturday 27 September 2014

[Video] Dua 'broker, barua' PAS: Kamu bukan pengkhianat, kamu wira rakyat” - Bekas Exco S'gor

Ahad, 28 September 2014


DAP beri sambutan wira untuk dua 'broker, barua' PAS

Dua ADUN yang dilabel sebagai 'broker dan barua' oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mencuri tumpuan apabila tampil pada majlis makan malam mengutip derma anjuran DAP.


Semasa memberikan ucapan penangguhan di Muktamar PAS ke-60 di Batu Pahat hujung minggu lalu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa ada pihak yang membeli 2 Adunnya dan ada barua dan broker yang terlibat dalam peristiwa itu.

Dua Adun itu, Saari Sungib dan Hasnul Ibrahim mengambil tindakan menyokong pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai menteri besar Selangor dengan menandatangani akuan bersumpah (SD).

Ia tidak disenangi pemimpin PAS khasnya Hadi sendiri.



Dua MP PAS dapat sambutan wira dari DAP


Digelar pengkhianat oleh PAS, dua anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin mendapat sambutan sebagai seorang wira daripada penyokong Cina dalam majlis makan malam DAP malam tadi.
Duduk bersebelahan pemimpin popular DAP Lit Siang, hadirin bangun memberi tepukan gemuruh dan beberapa pemimpin DAP menggelar mereka sebagai “penyelamat Pakatan Rakyat”.

“Kamu bukan pengkhianat, kamu wira rakyat,” kata bekas exco Selangor Ronnie Liu di majlis makan malam yang dihadiri kira-kira 700 orang di Petaling Jaya malam tadi.

Sementara itu, ADUN Bukit Gasing R Rajiv berkata, mereka berdua harus menandatangani akuan berkanun (SD) bersama wakil PKR dan DAP bagi menghancurkan harapan kerjasama PAS-Umno.

“Jika tidak kerana mereka, kita sudah tentu akan lihat kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno,” katanya.
Kedahkini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena