Saturday 20 September 2014

Kezaliman Regim Tirani: Rakyat jembel meraung keperitan...

Ahad, 21 September 2014
KEZALIMAN REGIM TIRANI

MUKTAMAR PAS

Gambar: MENDOBRAK KEZALIMAN REGIM TIRANI SEUSAI MUKTAMAR PAS
Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor.

Muktamar PAS kali ke 60 berakhir dengan jayanya di bumi Johor, tanah ditanam uri UMNO pada 11 Mei 1946, penghujung semenanjung yang berkubu kuat Parti berbasis Melayu. Demografi politiknya juga berbeza dengan negeri Pantai Timur, berbudaya Melayu yang tebal serta dengan jajaran perdesaan FELDA yang kedua terbanyak selepas Pahang. Berjiran dengan Singapura dengan ertikata limpahan serangan budaya turut menempiaskan kebusukannya untuk anak muda. Pandang sisi yang lain pula negeri ini mempunyai pendidikan Islam untuk kanak-kanak melalui sekolah agama Johor .

Pulang dari Johor, maka pimpinan ,perwakilan serta seluruh ahli mempunyai tugas besar untuk mereka laksanakan ,  memberdayakan pengaruh PAS keserata pelusuk tanahair, menyedarkan rakyat tentang kebobrokan regim regim BN dan seterusnya digusur mereka dalam PRU ke 14. Rakyat terbanyak sedang memerhatikan kocakan pada bahtera PAS, ianya memberikan persepsi janggal serta dibimbangi PAS ditolak masyarakat umum negara ini yang sangat bergantung dengan akses maklumat daripada media perdana dan media sosial yang lain.

Lihat bagaimana saat PAS dicium perbedaan pandangan akibat krisis Menteri Besar Selangor, kerajaan BN menebar jala Akta Hasutan untuk mematikan suara-suara penentang . Saat beraduk di gelombang isu kritikan LUHAM terhadap Majlis Syura, negara ini membuka pehanya untuk tentera Amerika Syarikat melakukan latihan ketenteraan. Saya teringat latihan "GoldCobra" , iaitu tentera Thailand dan Amerika Syarikat yang akhirnya tercetus pembantaian terhadap umat Islam di Selatan Thailand. Sangat memualkan , anak-anak kita di bangku sekolah rendah terpaksa mengulang beberapa subjek UPSR akibat kebocoran. Dibawah regim korup ini, bukan sahaja bangunan runtuh berantakan tetapi peperiksaan awam juga hilang kerahsiaan.

Rakyat jembel meraung kejerihan dengan kos sara hidup yang meningkat, nilai wang ditangan mereka semakin mengecil sehingga 75 peratus anak-anak muda langsung tidak mampu menabung. Rakyat dijerut dengan pelbagai hutang yang membebankan, anak muda dengan PTPTN, pengenalan cukai GST yang makin membelit leher rakyat.  BN seolah pekak dan tuli terhadap derita rakyat, PAS adalah harapan rakyat untuk menjadi jurubicara mereka. Mana mungkin PAS mampu berperanan baik sebagai suara semak dan imbang terhadap regim BN jika intriq dan polemik melingkari mereka.

Tanahair ini juga sarat dengan masalah jenayah , paralel dengan masyarakat yang tertekan dengan kos sara hidup yang meningkat, kemiskinan yang melata, penggangguran, serta jurang sosio ekonomi yang semakin melebar dikalangan rakyat. Kes rompakan, penculikan, pemerdagangan manusia, rogol, buang zuriat, bunuh diri, penagihan najis dadah dan pelbagai kefasadan yang lain membuncah adalah manifestasi kegagalan regim BN apabila menolak petunjuk Ilahi.

Ayuh teman-teman, PAS selama 63 tahun berdada dengan regim tirani tanpa lelah, sepanjang denai perjalanan ini ada yang dibunuh, mendekam dipenjara, kehilangan pekerjaan, difitnah serta dikucilkan.

 Pengalaman ini tidak dimiliki oleh partai lain, maka PAS harus menfokuskan kepada gerakerja menumbangkan BN dalam PRU akan datang. Bahtera ini semakin besar dengan sejuta keahlian, maka perbedaan pandangan tida mampu dielakkan. Saya meminjam kalam Dato Tuan Ibrahim Tuan Man , " kita boleh berbeda  pandangan kerana berbeda pandangan akan menyihatkan akal namun mestilah jangan terkeluar daripada kerangka ukhuwwah dan akhlak berjemaah".

 Rapikan saf, genggam tangan, padukan kekuatan, kita bina bahtera ini dan tugasan pertama kita pasca muktamar ini ialah merampas N01 Pengkalan Kubur di bumi serambi Mekah, tanah serendah sekebun bunga.

(Penulis ialah AJK PAS Pusat dan AJK Lujnah Politik Pusat)

MENDOBRAK KEZALIMAN REGIM TIRANI SEUSAI MUKTAMAR PAS

Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena