Wednesday 17 September 2014

Ucapan Dasar Muktamar: PAS tolak Umno! Terus bersama Pakatan Rakyat...Macai kembali sasau!

Khamis, 18 September 2014
Gambar: Presiden PAS TG Hj Abdul Hadi Awang menegaskan....

"Bahawa Tohmahan kononnya PAS mahu menyertai UMNO atau bergabung dengan UMNO menyertai BN adalah api fitnah yang dicetus oleh mereka yang tidak bertanggungjawab untuk merosakkan reputasi perjuangan Islam dan memecahbelahkan keutuhan jamaah kita".

Ucapan Dasar Muktamar kali ke 60.
Presiden PAS TG Hj Abdul Hadi Awang menegaskan....

"Bahawa Tohmahan kononnya PAS mahu menyertai UMNO atau bergabung dengan UMNO menyertai BN adalah api fitnah yang dicetus oleh mereka yang tidak bertanggungjawab untuk merosakkan reputasi perjuangan Islam dan memecahbelahkan keutuhan jamaah kita".

Ucapan Dasar Muktamar kali ke 60.

Foto Haryati Hassan.
Presiden PAS YB Dato’ Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah meletakkan tema Terus Beristiqamah dalam Ucapan Dasar di Muktamar PAS kali ke-60 yang julung-julung kali berlangsung di Batu Pahat, Johor Bahru pada hari ini.

Beliau menyeru ahli PAS agar istiqamah dalam disiplin ilmu dan tarbiyah terutama ilmu fardhu ain yang mencakupi aspek aqidah, syariat dan akhlak secara menyeluruh kerana ia merupakan asas utama untuk terus istiqamah dalam perjuangan Islam.

"Tarbiyah mengikut acuan Allah ialah, ilmu fardhu ain dalam aspek aqidah, syariat dan akhlak secara menyeluruh menjadikan kita istiqamah."

Beliau turut melahirkan rasa bangga apabila PAS mampu menggabungkan semua ilmuan yang hebat dalam ilmu fardhu ain mahupun fardhu kifayah.

"Kita telah berjaya menggabungkan semua kalangan ilmuan ini sejak mula ditubuhkan sehingga PAS kaya dengan semua kepakaran terkini."

Tuan Guru Haji Hadi telah menggariskan lapan asas istiqamah yang perlu di dalami dan di perhati oleh seluruh penyokong dan pendokong PAS dalam Ucapan Dasar beliau di Dataran Haji Salleh, Batu Pahat kali ini.
Foto Armanusantara Rahmat.

PENGAKUAN PRESIDEN PAS YANG BUAT TALI BARUT PAKATAN RAKYAT BENGANG NAIK ANGIN SATU BADAN... PAS AKAN TETAP BERSAMA PAKATAN RAKYAT TOLAK UMNO


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan PAS akan terus istiqamahmengadakan tahaaluf siyasi bersama Pakatan Rakyat selama mana tidak berlaku pelanggaran syarat yang telah digariskan.

Pada masa yang sama, beliau mahu rakan parti dalam Pakatan supaya tidak mengkhianati kerjasama yang terbentuk.

Beliau membaca sepotong ayat al-Quran yang menjelaskan syarat iaitu mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram.

"Sepanjang sejarah perjuangan PAS, kita tidak pernah khianat kepada rakan tahaaluf kita, maka kita minta rakan tahaaluf kita juga tidak mengkhianati tahaaluf ini.

"Sebagai sebuah parti politik besar, apa jua rancangan besar mestilah diputus bersama sebelum ianya dilaksanakan," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar bertajuk "Terus beistiqamah" pada Muktamar PAS di Batu Pahat.

Beliau turut mempertegaskan bahawa dakwaan bahawa PAS akan menyertai atau bergabung dengan Umno adalah "tohmahan" dan "api fitnah" yang dicetus oleh mereka yang mahu memecah dan merosakkan perjuangan Islam.

"Namun sebagai sebuah jamaah Islam yang membawa rahmat kepada semua, kita tetap berpegang kepada prinsip Islam dan terus beristiqamah untuk memelihara perpaduan ummah berasaskan tali Allah," katanya.
Posted by 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena