Wednesday 17 September 2014

Laporan INSOLVENSI (68 muflis sehari) Tak pernah bohong! Menteri JPM kata pendapatan rakyat meningkat...Siapa penipu?

Rabu, 17 September 2014
Gambar: Najib paling bijak. Seba  tu gaji kita semua lebih 6000 sebulan. Kata menteri kabinet Najib.

So..tunggu apa lagi?

Ucap kat komen.. Thanks ( lanjioo )
Najib paling bijak. Seba tu gaji kita semua lebih RM6000 sebulan. Kata menteri kabinet Najib.
So..tunggu apa lagi?


Ucap kat komen.. Thanks ( lanjioo )
Gambar: ANTARA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DENGAN JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA SIAPA YANG BERKATA BENAR DAN SIAPA YANG BERBOHONG??????
http://omakkau.blogspot.com/2014/09/antara-menteri-di-jabatan-perdana.html

KUALA LUMPUR: Purata 68 individu diisytiharkan muflis setiap hari di negara ini, meningkat 13 peratus daripada 60 orang bankrap setiap hari, tahun lalu.

Statistik terkini Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) menunjukkan dari Januari hingga Jun lalu, seramai 12,381 individu sudah diisytiharkan muflis atas pelbagai sebab, sekali gus membayangkan isu kebankrapan yang semakin membelenggu sebilangan rakyat Malaysia.

Malah statistik MdI sejak tahun 2007 juga menunjukkan aliran peningkatan individu muflis daripada 13,238 pada 2007, 13,855 (2008), 16,228 (2009), 18,119 (2010), 19,167 (2011), 19,575 (2012) dan 21,987 (2013) dengan keseluruhan kes bankrap bagi tempoh itu mencecah 134,550 orang.

Peningkatan kes muflis ini merunsingkan pelbagai pihak yang meminta kerajaan melakukan sesuatu sebelum ia menjadi parah.

Pengerusi Sekretariat Bebas Muflis, Datuk Sohaimi Shahadan menyifatkan peningkatan kes muflis di negara ini sebagai ‘fenomena membimbangkan’.

Katanya, apa yang lebih menggusarkan apabila majoriti individu muflis itu terdiri daripada golongan muda berusia 40 tahun ke bawah.

Statistik menunjukkan daripada keseluruhan individu muflis, 75,279 atau 55.94 peratus berumur 44 tahun ke bawah dengan kelompok 35-44 tahun menduduki jumlah individu tertinggi muflis iaitu 46,060 kes atau 34.23 peratus.

“Kerajaan perlu segerakan pindaan akta terbabit,” katanya mengupas isu kebankrapan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Tapi ada seorang Menteri Di Jabatan perdana Menteri beritahu satu dunia bahawa penduduk Malaysia sekarang dibawah pemerintahan UMNO/BN dengan berpendana menetrikan Najib Razak purata pendapatan seisi rumah sudah melepasi RM5,900 ... Jadi yang mana benar dan yang mana satu bercakap bohong?????


Angka awal Kajian Pendapatan Isi Rumah 2014 yang dijalankan kerajaan menunjukkan taraf hidup rakyat negara ini meningkat dengan purata pendapatan isi rumah melepasi RM5,900 sebulan.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, ia pencapaian ketara berbanding hasil kajian pada 2012 yang merekodkan purata pendapatan isi rumah RM5,000 sebulan.

“Daripada segi meningkatkan ekonomi, kita sudah berjaya dan dibuktikan dengan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak 6.3 peratus pada separuh pertama tahun ini.

“Namun, perkembangan ekonomi semata-mata tidak mencukupi kerana kita juga mesti memastikan ia dapat dirasai rakyat, daripada segi gaji yang lebih tinggi yang mesti selari dengan produktiviti,” katanya pada sidang media di luar acara Simposium Ekonomi Global 2014 di sini, semalam.

Nisbah gaji kepada KDNK di Malaysia berkembang 33.6 peratus tahun lalu berbanding 29.3 peratus pada 2008.

Menyentuh mengenai Rancangan Malaysia ke-11, Abdul Wahid berkata, kerajaan kini berada pada kedudukan yang baik untuk membentangkan rancangan pembangunan itu di Parlimen Mei tahun depan berikutan penyelesaian pelarasan awal dengan 12 kerajaan negeri.

“Hanya tinggal Sabah. Saya akan menemui Ketua Menteri dan kabinet negeri minggu depan,” katanya.

Simposium tiga hari bermula Sabtu itu dianjurkan Kiel Institute for the World Economy dan dihoskan Universiti Teknologi Mara (UiTM). Simposium sebelum ini berlangsung di Istanbul, Turki dan Rio de Janeiro, Brazil dan pertama kali berlangsung di Malaysia. - BERNAMA

MOHON SANGAT-SANGAT SUATU RESPON PENJELASAN DEMI PENCERAHAN.
Posted by 

1 comments:

Datuknaga2012 said...

Kerajaan Malaysia pengurusan tidak sempurna, terlalu memberi kuasa kpd bank. bank ialah punca utama menyebabkan seseorang dijatukan bankruptcy. Bank di Malaysia boleh charge anda dengan bunga yg tinggi dan sesuka hati kalau masa anda tidak keupayaan membayar insuran bulanan. Ia tidak adil dan mangsa tidak dapat bantal dengan charge sehingga anda muflis. Malaysia kita tidak ada department yang boleh membantu anda pada masa tersebut.

Apa kebaikan Malaysia? Ia hanya menyebabkan bankruptcy meningkat saja tahun ke tahun. Ia juga akan menyebabkan lagi perkembangan economic Malaysia masa depan. Tambahan pula bankruptcy laws di Malaysia akan menghukum seseorang muflis sampai boleh memusnahkan hidup seseorang. Kita sangat jelas, ini kebanyakan disebabkan oleh kuasa bank yg keterlaluan.

Bankruptcy laws di Malaysia memang boleh menyebabkan seseorang muflis melambatkan muflis untuk hidup semula. Di dalam undang-undang bankruptcy Malaysia ada banyak syarat yang menyikat muflis untuk perkembangan semula seseorang muflis, seperti: Tidak boleh berniaga sendiri, tidak boleh terima wang lebih RM500 dari lain orang(Dikehendaki melapor kpd JIM), tidak boleh keluar luar negara berkerja (Pastport disekat), tidak dapat memegang jawatan tinggi di syarikat dan lain-lain. Ini semua memang akan menyekat seseorang muflis menjadi wang untuk perlepasan.

Harap kerajaan kita sedar dan tidak membunuh masa depan seseorang muflis di Malaysia ini dan tidak membunuh sesama sendiri.

Bankruptcy yg meningkat masa sekarang boleh menyelesaikan jika Malaysia Bankruptcy Laws untuk menjatuhkan seseorang menjadi bankrupt hutangnya kalau melebihi RM150,000 keatas. Harap juga yg telah dilaporkan bankrupt pada masa sekarang akan dilepaskan secepat mungkin jika hutang tidak melebihi RM150,000. Inilah yang sempurna.

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena