Sunday 14 September 2014

UPSR cetak di UK! Kat malaysia ni takde printer ke? Cop batik ada la! Cadangan pemalas...

Isnin, 15 September 014
NAJIB (tengah) bersama Rosmah sambil ditemani Musa (dua dari kanan) melihat ilustrasi wajah mereka di atas rekaan batik.
R di
Kat malaysia ni takde printer, cop batik ada la, sbb tu kena antar sampai uk
.

Cetak kertas UPSR di UK, cadangan pemalas

lim lip eng
Isunya bukan di mana kertas peperiksaan dicetak tetapi bagaimana soalan-soalannya bocor, siapa yang terlibat dan apa sebab pihak-pihak yang terlibat berbuat demikian.
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Segambut dari DAP, Lim Lip Eng menggesa Kementerian Pendidikan mendedahkan kepada orang ramai, terutamanya ibu-bapa calon-calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang teraniaya akibat kecuaian ini, siapa dalang yang bertanggungjawab.
“Orang ramai perlu mengetahui siapa yang bertanggungjawab di sebalik kes kebocoran ini dan kenapa ia berlaku,” soal Lip.
Menurutnya lagi, itulah yang sepatutnya dilakukan oleh pihak Kementerian Pendidikan dan bukan buat keputusan mudah dan pemalas dengan mencadangkan supaya kertas peperiksaan dicetak di United Kingdom (UK).
“Cadangan mencetak kertas soalan di UK adalah cadangan pemalas. Cuba jangan iyakan dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad. Usahalah lebih sedikit dan berikan cadangan yang lebih bernas, dan bukan cadangan pemalas,” katanya dalam satu kenyataan kepada FMT.
Tambah beliau, kes kebocoran soalan peperiksaan UPSR telah menimbulkan kemarahan ramai pihak, terutama ibu-bapa calon-calon UPSR tahun ini.
“Namun cadangan mencetak kertas peperiksaan UPSR di UK seperti yang dilaporkan media, tidak lain adalah perbuatan mengarut dan membazir serta merupakan satu cadangan dangkal yang tidak pun menangani masalah kebocoran soalan peperiksaan tersebut.
“Jika cadangan sebegini boleh dipertimbangkan, tidak hairan bagaimana tugas mudah menyimpan rahsia soalan peperiksaan pun tidak dapat dilaksanakan,” jelasnya.
Soalnya lagi, adakah kes soalan bocor juga mahu dijadikan alasan untuk mencipta peluang mewujudkan projek baru.
“Soal integriti penjawat awam adalah persoalan utama dalam hal ini. Bukan soal cetak di mana. Kalau sudah wujud sikap tidak amanah yang membarah di kalangan penjawat awam, cetak di mana-mana pun akan ada orang yang bocorkannya,” katanya.
Ujarnya, integriti harus dibina dari dalam kementerian dan agensi-agensinya dengan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang bertanggungjawab.
“Heret mereka ke mahkamah atas pertuduhan jenayah dan sumbat mereka ke penjara memandangkan tindakan memecat orang seperti ini nampaknya tidak memberikan kesan,” jelasnya.
FMT.

Ini Dia Pembocor Kertas UPSR


Polis menahan agen insurans dan seorang guru malam tadi berhubung kebocoran kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Gan Kong Meng berkata penahanan itu dibuat di Sentul dan Kuala Ketil, Kedah.

Agen insurans, 31, dan guru, 37, merupakan suspek kelima dan keenam yang ditahan polis setakat ini selepas empat guru sebelum ini ditahan di Pulau Pinang dan Perak.

Gan berkata sejumlah 12 orang sudah memberikan keterangan setakat ini, enam merupakan pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia, lima guru dan seorang wartawan.

Awal pagi ini, Gan memberitahu empat guru ditahan dan dua dibebaskan dengan jaminan polis. ~tmi

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena